web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


7 Kuih Tradisi Bangkit Nostalgia Kala Pandemik

Kala hujung minggu begini, apa kata ramai-ramai kita kembalikan nostalgia kuih-muih tradisional Melayu di meja makan masing-masing sebagai sajian minum petang.

TARA Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jul 2021 11:07AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kala hujung minggu begini, apa kata ramai-ramai kita kembalikan nostalgia kuih-muih tradisional Melayu di meja makan masing-masing sebagai sajian minum petang. Ah, ini bukan sahaja dapat mengubat rindu pada air tangan bonda tercinta tetapi boleh juga menjadi tali pengikat kasih sayang sesama ahli keluarga. 

Aktiviti memasak dan penyediaan makanan yang dilakukan bersama-sama adik-beradik atau anak-anak kita di rumah sambil bercerita tentang kisah di sebalik kuih-muih ini akan dikenang sampai bila-bila.

Lebih-lebih lagi semasa kita semua perlu menjalani tuntutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di musim pandemik ini. Bagi anda yang baru mengenali kuih-muih ini, apa kata hasilkannya sendiri bila berpeluang nanti.

Gambar: Mohd Nazri Abdul Raji, Researchgate
Gambar: Mohd Nazri Abdul Raji, Researchgate

Abuk Abuk Sagu 

Abuk-abuk biji sagu merupakan salah satu kuih tradisional orang kita yang jarang-jarang dapat kita lihat dewasa ini. Selain daripada biji sagu sebagai bahan utama, anda juga memerlukan kelapa parut, gula melaka dan daun pisang bagi menyediakan kuih kukus ini.

Ianya memiliki rasa lemak, masin dan diakhiri dengan rasa manis gula. Bercerita tentang nama, barangkali kuih ini dipanggil sedemikian kerana saat dinikmati, kelapa parut yang menyaluti permukaan kuih ini akan jatuh berterabur seperti habuk.   

Gambar: Laman web Resipi Che Nom
Gambar: Laman web Resipi Che Nom

Kaswi

Kuih ini dikatakan ilham penduduk di selatan tanah air negara dan dipercayai bahawa kuih ini merupakan makanan yang sering dinikmati oleh orang kebanyakan sewaktu era kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka.

Ada juga yang mengatakan kuih kaswi adalah salah satu kuih kegemaran Tun Fatimah, isteri Sultan Mahmud Syah. Tun Fatimah adalah anak bongsu kepada Bendahara Seri Nara Diraja Tun Ali dan isterinya Tun Kudu.

Kaswi diperbuat daripada tepung gandum dan ubi, gula pasir, gula merah serta sedikit kapur makan. Ia dinikmati bersama parutan kelapa yang telah digaulkan bersama. Teksturnya lembut dan mempunyai rasa lemak manis.   

Gambar: Blog Kompilasi Himpunan Resipi Kuih Tradisi
Gambar: Blog Kompilasi Himpunan Resipi Kuih Tradisi

Buah Melaka  

Onde-onde adalah salah satu kuih tradisi yang begitu popular di negara kita dan ia juga dikenali dengan nama buah melaka. Kuih ini diperbuat daripada bahan-bahan seperti tepung beras, tepung pulut, manisan, kelapa muda parut, garam, air dan daun pandan (untuk warna dan baunya yang harum).

Di Indonesia ia dikenali dengan nama klepon manakala di Brunei ia dikenali sebagai kuih pancit. Nama kuih buah melaka kononnya berasal dari saiz dan bentuknya yang menyerupai buah pokok melaka.

Selain daripada itu, perbezaan antara kuih onde-onde dan kuih buah melaka adalah kandungan intinya. Kuih buah melaka menggunakan gula kabung atau gula melaka yang lebih cerah sebagai inti. Kuih onde-onde pula menggunakan gula nira yang diperbuat daripada nira kelapa dan berwarna lebih hitam.

Gambar: Blog Azlita Masam Manis
Gambar: Blog Azlita Masam Manis

Kuih Jongkong 

Kuih ini mempunyai rasa tak ubah seperti kuih tepung pelita. Jika tepung pelita lapisan putihnya berada di bahagian atas dan ia tidak dibungkus sepenuhnya tetapi berbeza pula bagi kuih warisan ini.

Bagi menghasilkan kuih jongkong atau juga dipanggil tepung bungkus ini, anda perlu menyediakan dua bahagian berbeza terlebih dahulu. Tepung beras dan ubi, santan pekat serta air pandan adalah bahan-bahan utama untuk bahagian satu.

Bahan-bahan ini perlu dimasak dengan api kecil sambil dikacau hingga adunan menjadi pekat dan kental. Manakala untuk penyediaan sos atau kuahnya pula anda memerlukan tepung gandum, santan pekat dan gula melaka.

Untuk mendapatkan rasa lebih sedap, masukkan dua atau tiga sudu besar santan bersama gula melaka secukupnya. Kuih ini perlu dikukus selama 10 hingga 15 minit. 

Gambar: Laman web Daridapur.com
Gambar: Laman web Daridapur.com

Nagasari

Ada yang mengatakan kuih tradisi ini popular di kalangan masyarakat Kelantan dan Terengganu. Ia merupakan sejenis kuih kukus yang dibungkus dalam daun pisang dan tidak ubah seperti lepat.

Diperbuat menggunakan tepung beras dan jagung serta mempunyai inti samada potongan pisang nangka atau raja mahupun jagung. Masyarakat Bugis memanggil kuih ini sebagai bandang-bandang.    

Gambar: Blog Ahmedfikreatif
Gambar: Blog Ahmedfikreatif

Cengkaruk 

Cengkaruk selalunya diperbuat daripada lebihan nasi yang telah dikeringkan dan kemudiannya digoreng tanpa minyak. Selepas digoreng, ia perlu pula dikisar. Terpulang pada selera masing-masing sama ada mahu mengisarnya sehingga halus atau sebaliknya.

Untuk menikmati cengkaruk, campurkan hirisan gula melaka, parutan kelapa (putih) dan sedikit garam sebagai penyedap rasa.  

Gambar: Blog Citarasawan
Gambar: Blog Citarasawan

Bepang

Berbeza daripada kuih-muih yang disebut di atas, bepang boleh dikategorikan sebagai snek dan rupanya lebih kurang sama seperti florentine.

Diperbuat daripada kacang tanah dan bijan yang kemudiannya disalut dengan gula. Ia rangup dan sesuai dijadikan kudapan pada bila-bila masa sahaja. - 31 Julai 2021
 

Isu Pada

Jeritan Ezah Hashim

31 Jul 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Agong Berkenan Nikmati Santapan Minum Petang Bersama PM

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Masalah Kewangan, Terpaksa Berjimat Punca Ada Tak Pulang Beraya 

3

Selera 3 tahun yang lalu

Sate Daging Wagyu Enak, Harga Berbaloi

4

TARA 3 tahun yang lalu

Nikmati Juadah Tradisi Sambil Menggamit Memori Di Wak Private Kitchen

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini