Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kenali Algiers, Ibu Negara Algeria Di Afrika Utara

Negara ini mungkin jarang diangkat sebagai destinasi pelancongan namun ia sebenarnya destinasi indah dan penduduknya sangat peramah.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jul 2021 12:33PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Barangakali ramai juga yang tidak tahu bahawa Algeria merupakan negara terbesar di benua Afrika. Dan biarpun ada yang beranggapan warga Afrika biasanya terdiri daripada mereka yang berkulit hitam, penduduk Algeria sebenarnya berkulit putih dan cerah.

Rakyat dan negaranya kaya dengan sejarah serta tamadun tersendiri. Namun berbeza dengan jiran mereka Maghribi dan Tunisia, Algeria bukanlah negara yang terkenal dengan industri pelancongan.

Walau bagaimanapun, negaranya ada tarikan tersendiri seperti rakyatnya. Penjelajahan saya di ibu negara mereka membuktikan pesona yang mereka miliki.

Pusat Bandar Algiers
Pusat Bandar Algiers

Sebaik tiba di kota Algiers, saya dapati ia banyak persamaan dengan kota Paris, dari papan tanda dengan tulisan Bahasa Perancis sehinggalah sistem jalan raya serta seni bina bandar itu sendiri.

Seperti kebanyakan bekas jajahan kuasa Eropah, bangunan-bangunan lama bandar rayanya melambangkan kesan peninggalan kuasa Perancis puluhan tahun yang lalu.

Barisan pakaian di cuci di Algiers
Barisan pakaian di cuci di Algiers

Algiers terletak di kawasan barat teluk lautan Mediterranean dan mempunyai banyak kisah sejarah. Semua ini boleh dipelajari di beberapa muzium mereka yang terletak di sekitar ibu kota.

Ini termasuklah Muzium Negara Bardo yang satu ketika dahulu merupakan sebuah vila kaum Moor dan kemudian dibuka menjadi muzium pada tahun 1927. Muzium ini menjelaskan banyak tentang asal-usul tamadun negara mereka dan latar belakang sejarah Algeria.

Muzium Negara Bardo
Muzium Negara Bardo

Dengan bantuan pemandu pelancong daripada Kementerian Kebudayaan Algeria, saya juga dibawa untuk melawat Palais des Rais yang turut dikenali sebagai Bastion 23 untuk menikmati makan tengah hari yang kami beli di sebuah kafe berdekatan. 

Bastion atau benteng itu dahulunya terdiri daripada tiga buah istana dan enam buah rumah seorang raja dan kini menjadi tempat yang sesuai buat menikmati keindahan lautan dari kawasan dermaga Algiers.

Kawasan Citadel
Kawasan Citadel

Satu lagi bangunan yang menarik perhatian saya adalah pejabat pos besar mereka yang terletak di tengah-tengah pusat kota Algiers tidak jauh dari stesen metro mereka. Pejabat pos ini bak satu mercu tanda kota tersebut dan kerap juga diabadikan dalam poskad dan foto-foto bandar ini.

Pejabat Pos Besar Algiers
Pejabat Pos Besar Algiers

Dan ya, seperti Paris serta kota-kota lain di Perancis, mereka juga mempunyai jalur Metro mereka tersendiri yang sempat saya cuba, iaitu sistem kereta api bawah tanah dalam kota (seperti sistem MRT kita) untuk bergerak ke seluruh Algiers.

Tramway di Algiers
Tramway di Algiers

Ini juga telah membawa saya ke satu lagi tempat yang wajib dilawati iaitu ‘Jardin d’Essai’ yang juga dikenali sebagai ‘Test Garden of Hamma’ atau Taman Cubaan Hamma.

Taman Botanik Hamma
Taman Botanik Hamma

Ia merupakan sebuah taman botanik seluas 58 hektar yang menyimpan lebih kurang 1,200 spesies tumbuh-tumbuhan dari seluruh dunia!

Taman ini luas dan banyak tempat menarik untuk mengambil gambar. Saya sendiri tidak melepaskan peluang untuk berfoto sewaktu berada di situ.

Penulis di Taman Botanik Hamma
Penulis di Taman Botanik Hamma

Saya juga bernasib baik kerana berpeluang menunaikan solat Jumaat di salah sebuah masjid tersohor mereka iaitu Masjid Ketchaoua. Terletak di kaki Kawasan Lorong-lorong Casbah, ia kini menjadi sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO yang dibina semasa pemerintahan Ottoman di abad ke-17. 

Masjid Ketchaoua
Masjid Ketchaoua

Sewaktu pemerintahan Perancis ia sempat ditukar menjadi gereja Cathedral St. Philippe, sehinggalah tahun 1962. Kemudian ia kembali menjadi masjid serta masih mengekalkan keindahannya yang gah dan terus menjadi salah satu tarikan di Algiers.

Lorong kawasan Casbah
Lorong kawasan Casbah

Dari lorong-lorong kawasan Casbah saya pastikan untuk tidak terlepas melawat salah satu bangunan paling ikonik di Algiers iaitu Tugu Peringatan Para Syahid atau Martyrs’ Memorial Monument.

Martyrs’ Memorial Monument
Martyrs’ Memorial Monument

Ia dibina sebagai tanda memperingati perang kemerdekaan Algeria. Ia direka dalam bentuk tiga daun kelapa sawit yang berdiri dan melindungi ‘api abadi’ yang terletak di bawah. Di setiap hujung daun berdiri sebuah patung askar yang melambangkan perjuangan Algeria.

Martyrs’ Memorial Monument
Martyrs’ Memorial Monument

Tapak kawasan tugu itu kini menjadi tempat warga tempatan menghabiskan masa bersama keluarga di hujung minggu untuk menikmati aneka permainan yang disediakan dan dijual para peniaga.

Yang pasti, Algiers merupakan satu pengenalan yang baik untuk mengetahui apa yang ada di Algeria secara dasar. Namun saya diberitahu untuk melawat keindahan Algeria yang lebih hebat di kota-kotanya yang lain. Tapi percayalah Algeria, saya akan kembali kala takdir mengizinkan! - Getaran, 25 Julai 2021

Semua gambar: Shah Shamshiri

Isu Pada

Sweet Qismina Melakar Laluan Seni

24 Jul 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

JWP Gerakkan Usaha Promosi Produk Pelancongan Domestik - Dr Zaliha

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Acara Pelancongan Negeri Sembilan Perlu Beri Impak Maksimum - Aminuddin

3

TARA 7 bulan yang lalu

Biarpun Kadar Tukaran Wang Tinggi, Rakyat Malaysia Masih Suka Ke Singapura

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Perbelanjaan Pelancongan Domestik Cecah RM59.2 Bilion Tahun Lepas

Sorotan

1

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

2

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

4

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

5

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

6

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

7

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu