Berita Terkini

22 jam yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 6 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


'Disciples', Subbudaya Skinhead Malaysia Dan Pencarian Identiti Sendiri

Filem dokumentari 'Disciples' cuba menggambarkan dunia subbudaya Skinhead di Malaysia. Ia mendapat reaksi dan kritikan yang berbeza-beza daripada para pengikut aliran ini. Adakah ia kebenaran atau kisah picisan?

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jul 2021 8:58AM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kemunculan filem dokumentari bertajuk Disciples yang cuba menggambarkan dunia subbudaya Skinhead Malaysia yang dikatakan terbahagi kepada tiga kelompok iaitu tradisional, Sharp Skin dan Nazi ini telah mendapat reaksi yang berbeza daripada pejuang mahupun pengikut-pengikut kepada aliran ini. 

Ada menganggap bahawa filem dokumentari terbitan Dazed yang diarahkan Jess Kohl ini digambarkan dengan cukup baik sekali apabila ia turut mendedahkan kisah dua puak iaitu S.H.A.R.P (Skinhead Menentang Prasangka Budaya) dengan Kuasa Melayu (nasionalis jauh dengan pandangan Neo-Nazi). 

Akan tetapi, tidak kurang juga yang mengkritik kerana ia disifatkan sebagai hanya mewakili suara budak-budak picisan yang sekadar terikut-ikut dengan subbudaya itu tetapi pada waktu yang sama masih gagal untuk memahami konteks sebenar pergerakan Skinhead di negara ini. 

Sebagai seorang berada di dalam subbudaya yang sealiran dengan Skinhead, Edy J. Herwan berkata, dia tidak melihat dokumentari itu sebagai suatu masalah, malah dia berpendapat Jess Khol telah melaksanakan tugasnya dengan baik sekali dengan dokumentasinya itu. 

“Begitu juga dengan kandungan dokumentari itu. Pada saya, jika sesiapa pun menemu bual 10 orang Skinhead atau 10 orang Punk daripada latar belakang, waktu, tempat, keadaan dan umur yang berbeza, mereka pasti akan mendapat kisah serta cerita yang berlainan. 

“Sifirnya mudah. Semua orang melalui pengalaman yang tidak sama. Betul atau salah, ia tetap pengalaman. Pokoknya, itu adalah apa yang dia lalui.

“Tiada siapa boleh menidakkan pengalaman yang telah dilalui oleh seseorang.  Itu cerita dia, dari pemahaman dia dan pendapat dia sendiri. Lagipun ada banyak dokumentari lain yang boleh ditonton,” katanya kepada portal Getaran. 

Pemuzik, Edy J Herwan. Gambar: Instagram @edy.j.herwan
Pemuzik, Edy J Herwan. Gambar: Instagram @edy.j.herwan

Vokalis dan pemain trumpet Gerhana Ska Cinta ini juga memberitahu, budaya Skinhead di Malaysia sebenarnya sangat indah jika ia tidak dicemari atau dicampur aduk dengan ideologi yang remeh dan tidak penting dalam subbudaya ni. 

“Di Malaysia misalnya ada macam-macam bentuk fahaman (Sharp, Antifa, Left, Right dan sebagainya) dan bagi saya, semua itu tidak perlu kerana ia hanya akan berakhir dengan perbalahan dan perpecahan. 

So, what’s the point? Saya mungkin tidak setuju dengan ideologi-ideologi ini tetapi saya juga bersikap terbuka dan tak ada masalah menerima pandangan yang berlainan.

“Tidak setuju tidak bermaksud kita perlu bermusuhan. Kita boleh bertoleransi dengan agama yang berbeza, jadi apalah sangat kalau berlainan ideologi. Jangan rugikan hidup kita dengan bermusuhan dan pegangan yang ekstrim. 

“Jangan biarkan fahaman politik, racism, perbezaan agama atau pendapat mewujudkan jurang antara kita. Rugi. Kerana kehidupan adalah lebih daripada itu dan indah jika dinikmati bersama,” tambahnya.

Menurut Edy lagi, Jess Kohl sebenarnya ada menghubunginya tentang projek filem dokumentari ini pada 2018 tetapi pada waktu itu dia agak sibuk dan berada di Jepun sewaku pengarah itu datang ke Malaysia. 

“Daripada apa yang dihasilkan Jess Khol ini, saya tidak melihat dia cuba mengambil kesempatan untuk menggunakan isu Skinhead di dalam karya filem dokumentarinya itu. 

“Bagi saya, ia hanya dilakukan dengan tujuan untuk mendokumentasikan sisi kecil budaya Skinhead di Malaysia serta hitam putih fahaman remaja-remaja yang mengikut atau pengikut (disciples) subbudaya Skinhead dan menemu bual mereka yang masih mencari apa sebenarnya 'Skinhead.' Itu sahaja, tidak lebih dari itu.

“Sebenarnya Skinhead sama sahaja di mana-mana kalau kita faham bagaimana subbudaya ini tercetus. Tapi saya pernah katakan sebelum ini bahawa budaya adalah buatan manusia. Jadi, apabila ianya buatan manusia, sifatnya sudah tentu berubah-ubah dari semasa ke semasa, mengikut zaman dan kesesuaian. 

“Sama juga di Malaysia. Kita belajar, kita cedok, kita pinjam dan sesuaikan dengan cara hidup kita sendiri tetapi asasnya sama sahaja.

“Untuk saya di Malaysia ini tidak lebih dari sekadar minat yang mendalam dan keserasian terhadap satu-satu subbudaya selain dapat a good time, boleh dress smart and neat, mendengar muzik reggae, tanpa ideologi dan fahaman tambahan yang merumitkan,” katanya. 

Tentang pengikut Nazi yang telah diberi ruang untuk bersuara di dalam dokumentari ini, Edy menjelaskan bahawa Nazi sebenarnya tidak ada dan tidak relevan untuk wujud Malaysia. 

“Budak-budak yang dipaparkan di dalam dokumentari ini mungkin belum faham tentang budaya ni. Nazi dan Skinhead tu macam langit dengan bumi. Malah, kejadian dua budaya itu tidak layak dibandingkan dan langsung tidak ada kena-mengena. 

“Apatah lagi di Malaysia. Itu mungkin salah satu yang keliru dengan diri sendiri, jadi saya anggap sajalah, mereka ini tidak tahu apa-apa tetapi minat dengan Skinhead. 

“Isu ni sebenarnya sangat bosan untuk saya, dari berpuluh tahun lepas benda yang sama sahaja dan mungkin 20 tahun akan datang pun kita akan bincang perkara ini lagi. Takuk yang sama. Bila nak move on?” soalnya. 

Bercakap tentang perbandingan budaya Skinhead dahulu dan masa sekarang, Edy mengakui bahawa dia lebih menghargai apa yang pernah dia lalui pada masa dahulu. 

“Dulu kita hidup dalam keadaan yang sangat berbeza dengan sekarang tapi kita benar-benar menikmati setiap apa yang kita lakukan. 

“Setiap memori dalam perjalanan yang perlahan itu, sangat saya hargai dan tidak akan saya lupakan. Pergi kemana-mana jalan kaki, naik bus, nak jumpa orang pun kena cari pakai kaki dan mata, sembang-sembang dan bertukar buah fikiran. Aman dan tenang sahaja. 

“Ia sangat asas dan mudah tetapi sangat bermakna. Dulu kita mungkin kena usaha lebih sebab tidak ada ada internet, secara automatik jadi lebih rajin cari info, bertukar-tukar CD, LP, buku dan fanzine. Bertukar pengetahuan.

“Tidak ada persaingan tidak sihat sebab masing-masing ada kelebihan dan keistimewaan sendiri dan tidak peduli pun pasal competition. Walaupun berbeza, tetapi masing-masing saling menghormati, tak ada nak cari pasal tak tentu hala.

“Berbeza dengan sekarang. Kita tidak sudah-sudah menanam rasa kebencian dalam diri kita. Kita mudah sangat membenci. Terlalu banyak yang negatif negatif dan gangguan yang tidak perlu.

“Kita banyak melayan benda-benda yang tidak penting dan bukan yang jadi keutamaan. Sampai kita lupa untuk benda asas yang patut kita beri perhatian serta kita hargai,” katanya. - Getaran, 24 Julai 2021


 

Semua gambar kecuali tertera: Tangkapan layar YouTube dokumentari 'Disciples'

Isu Pada

Sweet Qismina Melakar Laluan Seni

24 Jul 2021

Berita Berkaitan

1

Sukan 5 hari yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Luar Negara 2 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

4

Sukan 3 minggu yang lalu

Beraksi Di Laman Sendiri Gagal Bantu Harimau Malaya Saingi Kehebatan Oman

Sorotan

1

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM

2

200 Ulama Nusantara Dijangka Hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei Ini

3

Stoking Tertera Kalimah Allah: Mahkamah Tinggi Batal Hukuman, Sabitan Terhadap Juruteknik 

4

Penumpang Terkandas Di Lapangan Terbang Selepas Letusan Gunung Berapi Menyebabkan Pembatalan Penerbangan

5

Kerajaan Setuju Salur Peruntukan Kepada Pembangkang - Fadillah

6

Belanjawan Pertahanan Beri Impak Penganjuran DSA, NATSEC Asia Untuk Kekal Relevan