Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Anugerah Terindah Alif Satar and The Locos

Ikuti temu ramah eksklusif Getaran bersama Alif Satar and The Locos, berbual tentang anugerah paling indah yang takdir hadiahkan buat mereka.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jul 2021 9:02AM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pertemuan saya bersama band Alif Satar and The Locos hanya berlangsung di atas talian. Ada dua perkara yang merisaukan saya pada awalnya.

Pertama, sudah semestinya jaringan internet kerana teknologi ini bukan kira masa kalau nak cari fasal.

Kedua, memandangkan ia bukanlah pertemuan empat mata, saya sedikit gusar kalau-kalau saya gagal menangkap riak wajah mereka hingga menyebabkan perbualan kami jadi terlalu membosankan.

Alif Satar and The Locos berada di atas talian sedikit awal daripada saya. Namun, ketika wajah saya muncul sahaja di layar, kedengaran suasana riuh-rendah dengan suara bernada ceria.

Welcome, Wafa!” sambut mereka teruja. Apalagi saya. Perasaan saya terus berubah. Saya seperti seorang tetamu yang sedang menghadiri sebuah pesta ulang tahun. Meriah. Mereka memiliki aura hangat dan ramah.

‘Temu ramah ini pasti menyenangkan,’ getus saya di dalam hati. Kegusaran saya awal-awal tadi terus terhenti.

Sebut sahaja nama Alif Satar, semua boleh bersepakat bahawa penyanyi ini memang seorang romantis.

Tidak hanya lagu-lagunya yang bersifat seperti itu. Tetapi ia juga dibuktikan dengan beberapa cerita yang pernah tular sebelum ini menceritakan betapa Ironman Malaysia ini begitu menyayangi isterinya.

Ingat lagikah anda dengan mesej berbunga Alif kepada isterinya sebelum mengacarakan pentas Anugerah Juara Lagu  yang sempat tular beberapa tahun lepas?

Aura pencinta yang dimiliki Alif nampaknya dikongsi bersama The Locos setelah mereka bersetuju  menubuhkan sebuah kumpulan pop dengan gabungan nama mereka iaitu Alif Satar and The Locos.

Termasuk Alif, kumpulan ini memiliki lima orang ahli iaitu Faliq Auri sebagai pemain saksofon, Tam Cobain selaku pemain gitar, Efry Arwis sebagai basis dan Rajwan selaku pemain dram.

 

Bermula dengan projek persembahan

Sebelum kumpulan ini ditubuhkan, Alif dan ahli yang lain sebenarnya sudah saling mengenali walaupun bertemu dengan cara berbeza. 16 tahun usia persahabatan mereka adalah sebuah angka purba. Ia tempoh masa yang panjang untuk dicerita.

“Asalnya, sebagai seorang performer, saya inginkan pembaharuan semasa membuat persembahan. Bosan nyanyi guna minus one sahaja. Jadi, saya nak nyanyi bersama-sama band. Selepas satu persembahan ke persembahan yang lain, kami jadi lebih akrab. Apalagi kami berkesempatan buat road show di UK bersama-sama.

“Perasan tak, dekat Malaysia ini tak ada band yang ada bunyi saxophone? Kebanyakan kumpulan yang ada mesti mereka menari atau bawa muzik rock. Inilah kelainan yang band kami cuba tampilkan. Band ini sedang meningkat naik, tapi kami bukanlah muda di dalam industri,” jelas Alif.

Bercerita tentang apa yang membuatkan The Locos bersetuju menerima pelawaan Alif, mereka tersenyum-senyum.

“Bukan senang nak cari vokalis seperti Alif. Dari segi teknikal, Alif mempunyai pitching yang sangat sempurna dan ia memudahkan kami para pemuzik..,”puji Faliq. Waktu ini Alif sudah tersipu-sipu.

“Semuanya tepat. Suara Alif hebat, bagus…,” sambung Faliq lagi sementara ahli yang lain sudah bertepuk tangan. Alif menutup muka.

“Kiranya suara Alif ini memang sempurna macam datang dari syurga,?” saya sengaja mengusik.

“Ya betul, macam dari syurga! Perfect!,” sambut Faliq dan ketawa kami pun pecah beramai-ramai.

 

Pertaruh ‘Anugerah Terindah’

Saya telah menonton klip sedutan lagu terbaharu mereka bertajuk ‘Anugerah Terindah’ yang dikongsikan sedikit demi sedikit di laman Instagram mereka.

Sekali imbas, ia mendatangkan sedikit perasaan jungkir balik kepada lagu Alif sebelum ini iaitu ‘I Want You To Love Me.’ Ternyata, itulah yang diinginkan kumpulan ini apabila konsep setiap lagu dan video yang dihasilkan dapat menceritakan secara jelas identiti band ini.

“Kalau Wafa nak tahu, sebenarnya lagu ‘Anugerah Terindah’ kami tulis bersama-sama ketika kami jet lag di United Kingdom beberapa tahun sudah.

“Waktu itu saya katakan pada Efry dan Tam alang-alang tak boleh tidur ini apa kata kita buat lagu. Kami pun hanya guna aplikasi di telefon sahaja untuk rakam. Ia terjadi begitu bersahaja.

“Cuma pada awal PKPP tahun lalu, kami buat keputusan untuk siapkan betul-betul lagu ini. Kami dapatkan bunyi yang betul-betul kami inginkan dan lengkapkan lirik,” cerita Alif.

“Ingat lagi tak kita angkut barang-barang rakaman pergi rumah Alif?” bongkar Efry.

“Yalah, kau cakap baru aku teringat!” sambut yang lain.

“Waktu rakam dekat rumah Alif, syok betul Tam main game kereta,” sampuk Faliq dan mereka menyambung ketawa. Mereka mengakui inilah kali pertama mereka semua merasai pengalaman menyiapkan sebuah lagu di luar studio. Semuanya kerana cabaran pandemik. Mujurlah mereka cepat beradaptasi.

Bercerita tentang lirik dan mesej lagu ini. Alif and The Locos turut bekerjasama dengan penulis lirik terkenal Shah Shamshiri.

“Kalau dulu, dialah yang tulis lagu pertama untuk Alif. Kini, ‘Anugerah Terindah’ adalah lagu pertama yang dia tuliskan pula bersama Alif and The Locos. Ia seakan-akan membawa kembali memori. Shah sudah menulis banyak lagu yang menggondol anugerah. Jadi, suatu penghormatan bagi kami untuk berkolaborasi bersamanya.”

“Mungkin ramai yang terfikir, Malaysia ini tak habis-habis dengan lagu cinta. Tapi saya rasa itulah yang kita perlukan sekarang. Cinta dan positiviti,” cerita Alif yang tidak sabar mahu menanti apakah reaksi yang bakal diberikan pendengar terhadap lagu Anugerah Terindah yang bakal menemui khalayak 23 Julai ini.

 

Survival Alif and The Locos

Sebenarnya kumpulan Alif Satar and The Locos ini mempunyai perancangan jauh lebih besar. Sama besarnya dengan minat mereka terhadap muzik.

Kewujudan mereka dalam industri ini jauh sekali untuk mengejar apa-apa anugerah mahupun penghargaan. Mereka hadir untuk mengekspresikan perasaan dan mempersembahkan muzik yang dapat menyentuh hati seramai mungkin orang.

Sky is the limit,” kata Alif.

Jika pandemik ini tidak terjadi, band pop ini sekarang sedang melakukan siri jelajah bersama Petron di Australia dan Jepun.

“Pandemik memperlahankan semua. Namun kami reda, kita akan sambung semula segala yang tertunda selepas keadaan pulih,” jelas Alif.

Bercerita tentang bagaimana pandemik ini memberi kesan kepada semua, Alif Satar and The Locos menyifatkan mereka antara yang bertuah kerana masih boleh bertahan dalam situasi yang mencengkam ini memandangkan mereka semua mempunyai sumber pendapatan selain bermain muzik.

Ada yang menjadi pensyarah, menjalankan perniagaan dan menerbitkan iklan.

“Walaupun pandemik ini kuat impaknya. Kami mungkin antara yang bertuah kerana tidak terjejas teruk seperti yang lain. Bayangkan, untuk saya sendiri yang masih aktif di dalam industri, show terakhir saya pun pada Januari lalu. Bagaimana pula yang lain-lain.

“Inilah waktunya kita semua kena bersatu. Siapa yang boleh membantu, silakan membantu. Siapa yang nak dapatkan bantuan carilah pertolongan.

“Saya bangga melihat rakan artis yang lain melakukan inisiatif membantu sesama kita. Teruskan kekal kuat dan jangan putus asa. Akan selalu ada terang di hujung lorong. Ini bukan pengakhiran,” ujar Alif sementara yang lain mengangguk-angguk.

“Kami turut sedih melihat situasi hari ini di mana semua orang susah. Apapun kita semua kena kuat. Yakinlah bahawa kita ada sesama kita. Berdoalah agar semuanya baik-baik sahaja selepas ini,” sambung Efry.

Mungkin Alif Satar and The Locos benar. Di tengah ketegangan dan teriknya pandemik ini hingga membuat banyak jiwa terasa lesu, kita memerlukan sesuatu yang meneduhkan.

‘Anugerah Terindah’ hadir di tengah ketegangan ini untuk membawa kita merenung dan kembali mencintai mereka yang pernah membuatkan kehidupan kita menjadi sedikit lebih baik.

‘Anugerah Terindah’ lahir dari ilham lelaki yang berjiwa pencinta. Keredupan hati yang mereka miliki mungkin bakal memberikan magis tersendiri kepada pendengar nanti.

Bila difikir-fikir, lagu itu terhasil dari persahabatan akrab lima ahli band ini. Mereka menghasilkan lagu ini bersama-sama bermula dari peristiwa jet lag di UK hinggalah sama-sama mengangkat segala peralatan muzik untuk melengkapkan lagu ini.

Saya tidak pasti apa yang mereka hajatkan sebelum masing-masing bertemu dan bersetuju bergabung menjadi sebuah band. Tapi apa yang pasti, ketika mereka sedang menghasilkan lagu ini dahulu, takdir rupanya telah menghadiahkan anugerah paling indah buat mereka. Takdir telah menganugerahkan persahabatan ini.

Lagu ‘Anugerah Terindah’ boleh didengari di semua di semua pelantar digital bermula 23 Julai 2021. - Getaran, 17 Julai 2021. 

 

DI SEBALIK TABIR PEMBIKINAN WAJAH TARA – GETARAN

Wajah TARA : Alif Satar and The Locos

Pengarang Urusan : M. Zulkifli Abd Jalil

Penyelaras : Shah Shamshiri  

Teks : Wafa Awla

Suntingan : Ili Farhana

Penata Gaya : Johan Kassim

Pakaian : Dior (Alif Satar). Zara dan Pull & Bear (The Locos)

Solekan & Dandanan : Chomel

Jurugambar : Bustamam Mokhtar

Rekaletak: Hanif Zahari 

Lokasi :  White Studio, Hulu Langat

Terima Kasih pihak Warner Music Malaysia.


 

Isu Pada

Anugerah Terindah Alif Satar and The Locos

17 Jul 2021

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Selebriti 3 minggu yang lalu

 Alif Satar Perluas Kempen #GengSubuhMacamJumaat Ke UK

3

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

4

Semasa 4 minggu yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

Sorotan

1

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

2

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

4

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

5

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

6

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

7

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu