Berita Terkini

1 jam yang lalu: Cabaran negara pada Terbuka Thailand berakhir 1 jam yang lalu: Video bayi perempuan dikasari berlaku di pusat jagaan di Batu Caves 1 jam yang lalu: Persijilan logo halal JAKIM tidak cakupi skop makanan ternakan - DVS 1 jam yang lalu: UMS hargai peruntukan RM3 juta atasi masalah air - Naib Canselor 1 jam yang lalu: RM44 juta untuk atasi masalah bekalan air di Rengit - Ranhill SAJ

IKUTI KAMI


Altimet Menelanjangkan Hipokrasi Hidup Dengan Hip Hop

Hip hop adalah lagu rakyat. Ia adalah lagu kota raya, ia adalah muzik rakyat kota. 'Rapper' adalah pemerhati dan juga menyanyikan apa yang dilalui oleh masyarakat

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 11 Jul 2021 2:58PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tak semua orang boleh menelanjangkan segala hipokrasi yang terjadi dalam hidup ini dengan begitu pedas tetapi indah. Itulah magis yang hanya dimiliki oleh para rapper seperti Altimet.

Bagi menghasilkan lagu dan lirik yang tajam, seseorang perlu benar-benar melihat dan menaakuli apa yang terjadi dalam kehidupan sosial masyarakat pada hari ini.

Pada usia 42 tahun, Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad telah merekodkan pelbagai pencapaian yang begitu membanggakan sebagai anak seni. 

Pada Mac bulan lalu, lagu yang dihasilkannya bersama rapper wanita Zizi Kirana telah meraih gelaran anugerah persembahan terbaik dalam Anugerah Juara Lagu ke-35. 

Bukan itu sahaja, tiga tahun yang lalu, menerusi lagu 'Amboi', Altimet dikatakan rapper paling berjaya dan genius kerana berjaya menghasilkan lagu kritik sosial yang menyindir etika kerja dan budaya material dalam masyarakat. Lagu itu juga memenangi anugerah yang sama semasa AJL tahun yang sama. 

Carilah nama Altimet di YouTube, ada lambakan video muzik dan lagu yang pernah dihasilkannya selama berada di dalam industri ini.

Apa yang menarik, kesemua lagu Altimet memiliki ciri unik dengan elemen Melayu dalam muziknya. Tak kiralah sama ada ia lagu yang dihasilkan sendirian mahupun secara kolaborasi.

 

Sinergi hip-hop dengan budaya dan tradisi

Memulakan langkahnya dalam industri muzik bersama Teh Tarik Crew pada tahun 1999, Altimet kemudian bergerak solo dengan menghasilkan album debut pertamanya bernama First Among Equals pada tahun 2007.

Kemudian kemunculan Altimet terus diterima dan menghasilkan lebih banyak karya yang malar segar seperti album 'Kotarayaku' dan 'Air' sebelum mengumumkan pengundurannya dari melakukan apa-apa persembahan beberapa tahun lalu.

Sebelum ini, muzik hip hop yang datang dari Barat memang sangat bertentangan dengan budaya masyarakat Melayu. Namun, di tangan seorang Altimet, muzik dan budaya ini boleh menyatu dengan begitu secocok sekali.

“Kita harus ‘mendamaikan’ muzik hip hop dengan mengambil hanya yang terbaik daripada kedua-dua dunia yang berbeza ini.

“Orang kita sangat berseni. Mereka menghasilkan sesuatu tanpa terlalu memikirkan bila mereka nak hasilkan sesuatu itu. Mereka hanya buat. Orang kita kalau melukis, dia tak ada nak ukur ke apa. Dia hanya lukis. Orang kita di Terengganu, nak buat kapal mereka hanya buat. Tak ada nak ukur-ukur. Dia hanya buat.

“Hip hop pula sebenarnya macam raksasa ‘Frankenstein’ dari segi genre, maksudnya ia sendiri meminjam banyak genre sehingga terciptanya hip hop. Ia menggabungkan elemen blues, rege, latin, punk dan lain-lain,” terang Altimet yang juga merupakan bapa kepada tiga orang anak.

Hip hop lahir dari anak-anak kreatif yang serba tidak mampu. Mereka ingin menghasilkan muzik tapi tidak mempunyai instrumen. Ibu bapa mereka tidak mampu membelikan alatan muzik atau hantar mereka ke kelas-kelas.

“Jadi apa yang mereka buat? Mereka mengambil apa sahaja benda yang ada disekeliling mereka untuk jadikan alat muzik seperti meja. Mereka menggunakan koleksi rekod muzik dari ibu bapa mereka. Itulah sebabnya hip hop mempunyai banyak elemen genre muzik seperti punk, jazz, disko dan lain-lain,” katanya.

 

Kritik sosial dalam lagu

Dalam banyak aspek, rap dilihat sebagai senjata yang digunakan untuk mengkritik isu sosial dan politik. Walaupun tidak selalu dimainkan di radio arus perdana namun Altimet yang baru sahaja menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) merasakan rap seperti ini harus tetap diberikan lebih banyak perhatian. 

“Hip hop adalah lagu rakyat. Ia adalah lagu kota raya, ia adalah muzik rakyat kota. Rapper adalah pemerhati dan juga menyanyikan apa yang dilalui oleh masyarakat.

“Ada sebab mengapa 50 Cent bercakap tentang dadah dan senjata - kerana itulah yang dialami oleh masyarakat. Itulah yang dilihatnya setiap hari pada waktu itu,” tambahnya.

Menjadi seorang penyanyi hip hop membuatkan Altimet banyak belajar tentang budaya dan warisan kita. Dia telah pergi mendalami ilmu tentang Zapin, Joget dan Inang. 

Bercerita lebih lanjut mengenai penglibatannya dalam PKR baru-baru ini, dia menganggap penting bagi para seniman untuk terlibat secara aktif dalam politik.

"Saya fikir bahawa mereka (seniman) harus lebih mengetahui apa yang sedang berlaku di dunia dan lebih sedar tentang ekonomi dan kewangan.

"Saya tahu ini semua mungkin kedengaran membosankan, tetapi mana-mana orang yang kita jumpa atau mana-mana tempat yang kita pergi, ekonomi tetap penting,” katanya.

Altimet turut mengakui bahawa seniman yang menyokong parti pembangkang sering dipulaukan daripada mendapat pekerjaan atau undangan persembahan yang berkaitan kerajaan.

"Itulah sebabnya orang dalam industri hiburan tidak digalakkan untuk terlibat secara aktif dalam politik," katanya.

"Sekiranya anda menyokong parti pembangkang, anda tidak akan mendapat pekerjaan (dengan mereka). Ini seolah-olah sudah menjadi budaya dalam industri hiburan. " katanya menutup temu ramah. - Getaran, 11 Julai 2021

Olahan: Wafa Aula

Isu Pada

Inkarnasi Joe Flizzow

10 Jul 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Rakyat Kedah Teruja Anwar Tiba Awal Bertemu Mereka

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Ops Sudan: 30 Rakyat Malaysia Selamat Tiba Di Tanah Air Hari Ini

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Sokongan Rakyat Terhadap Kerajaan Perpaduan Amat Positif - Fahmi

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Kurangkan Kos Sara Hidup Rakyat, Jualan Rahmah Diperluas Ke Seluruh Pahang

Sorotan

1

Polis Rakam Keterangan Dr Mahathir

2

Isu kontrak CEO FINAS Ditamatkan Lebih Awal Bukanlah Suatu Kes Unik - Kamil Othman Ulas

3

FINAS: Penamatan Khidmat Dr Md Nasir Keputusan Lembaga Pengarah - Fahmi

Disyorkan untuk anda

TARA 58 minit yang lalu

Koleksi Happy Giraffe & Friends Dari Starbucks Inspirasi Daripada Mas Boy!

oleh Izwan Ramlan