web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Indahnya Auckland

Apabila pandemik sudah berlalu nanti, cubalah ke Auckland, di New Zealand. Anda pasti tidak akan menyesal!

TARA Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Feb 2021 8:50AM

Gambar: Shah Shamshiri

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

New Zealand merupakan salah sebuah negara yang mempunyai jumlah kes positif COVID-19 terendah di dunia. Malah di satu tahap mereka pernah mencapai tahap sifar kes untuk satu tempoh yang lama. 

Mungkin sebaik sahaja pandemik ini berlalu ramai yang harus menjelajah negara kecil ini kerana terdapat banyak tempat-tempat menarik untuk dikunjungi. 

Terletak bersebelahan Australia, New Zealand lebih dikenali oleh ramai orang sebagai negara yang mempunyai keindahan semula jadi yang menakjubkan. Oleh kerana itu juga, ia menjadi lokasi pilihan siri filem Lord Of The Rings dan juga The Hobbit.

Kota yang paling menjadi tumpuan di negara ini sudah tentulah Auckland, bandar raya yang agak kecil namun mempunyai tarikannya tersendiri. Ia juga merupakan kota dengan jumlah penduduk paling ramai di New Zealand. 

Sejajar dengan kedudukan Auckland sebagai pusat perdagangan New Zealand, ia juga tempat yang sangat cantik untuk mengambil gambar! 

Pemandang Auckland dari Sky Tower. Gambar: Shah Shamshiri
Pemandang Auckland dari Sky Tower. Gambar: Shah Shamshiri

Cara paling cepat untuk menjelajah Auckland adalah dengan menaiki perkhidmatan bas ‘Auckland Explorer’ kota tersebut. Pas bas ini termasuk tiket feri dua hala untuk menyeberangi pelabuhan di kota Devonport.

Antara lokasi utama yang harus dilawati adalah Auckland Sky Tower. Pada ketinggian 328 meter, ia merupakan tempat paling ideal untuk melihat keseluruhan kota Auckland dari atas. Menara ini merupakan struktur bebas berdiri tertinggi di Hemisfera Selatan Bumi!

Auckland Sky Tower. Gambar: Shah Shamshiri
Auckland Sky Tower. Gambar: Shah Shamshiri

Untuk mengenali sedikit sejarah penduduk New Zealand pula, jangan lupa lawati Muzium Memorial Perang Auckland yang mempunyai banyak peninggalan sejarah serta informasi tentang asal-usul negara tersebut. Mereka juga mempunyai persembahan nyanyian dan tarian Maori yang menerangkan budaya serta cara hidup kaum Maori.

Tidak ketinggalan juga adalah Akuarium Kelly Tarlton’s Sea Life yang bukan sahaja sebuah tarikan pelancongan, tetapi mereka juga mempunyai misi untuk menyelamatkan haiwan laut. Sebagai contoh, mereka menyokong pemeliharaan penguin dan mendidik orang awam tentang burung unik ini. Akuarium ini adalah idea bernas penyelam dan pakar sejarah lautan Kelly Tarlton. Dibina menggunakan tangki terpakai ia juga memanfaatkan sejenis  akrilik yang membolehkan terowong berlekuk dijadikan tempat melihat haiwan berbanding kawasan simpanan yang mendatar dan biasa. 

Penguin di Akuarium Kelly Tarlton’s Sea Life. Gambar: Shah Shamshiri
Penguin di Akuarium Kelly Tarlton’s Sea Life. Gambar: Shah Shamshiri

Lawatan ke Auckland tidak akan lengkap tanpa mengunjungi ‘Hobbiton,’ set penggambaran filem Lord of The Rings yang terletak dua jam perjalanan dari pusat kota Auckland. Para pelawat boleh menyaksikan keindahan lokasi serta merasai sendiri suasana filem ajaib tersebut di situ. 

Dibina di kebun keluarga Alexander, lokasi ini mencuri perhatian pengarah filem Sir Peter Jackson dan telah mengubahnya menjadi tempat tinggal para ‘hobbit’. Seorang pemandu pelancong akan membawa para tamu keliling set penggambaran sambil menjelaskan setiap sudut. Di penghujung acara tamu akan dibawa minum secara percuma di Green Dragon Inn.

Salah satu rumah di Hobbiton. Gambar: Shah Shamshiri
Salah satu rumah di Hobbiton. Gambar: Shah Shamshiri

Sememangnya, pengalaman ini harus dirasai untuk menyelami perasaan para pelakon yang terbabit.

Untuk membeli-belah pula jangan lupa singgah ke kawasan Queen Street yang merupakan jalan utama serta pusat perdagangan Auckland. Pelbagai butik dan kedai terdapat di situ dengan ajnas produk menarik. 

Ini merupakan sedikit sahaja tarikan yang sempat dikongsi tentang Auckland. Sebenarnya terdapat banyak lagi yang boleh dialami sekiranya berkunjung ke sana.

Buat yang mahukan sesuatu yang  berbeza dari Eropah, terokailah New Zealand. Ia mungkin memenuhi kehendak penjelajahan anda! - 14 Februari 2021

Isu Pada

Alvin Chong

13 Feb 2021

Berita Berkaitan

1

Jelajah 1 tahun yang lalu

‘Jalan-Jalan Muslim-Friendly NZ’ Untuk Pengembara Muslim Berseronok Di New Zealand

2

Jelajah 1 tahun yang lalu

Lembaga Pelancongan Sarawak Promosi Pakej Menarik Di NATAS Holidays 2024, Singapura

3

Jelajah 1 tahun yang lalu

Tempah Percutian Mesra Poket, Hanya RM2,428 Ke Jepun!

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Jenazah Allahyarham Megat Ashman Aqif Dikebumi Di Christchurch Esok

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini