Berita Terkini

15 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


Masih Dalam Siasatan Polis, Amin Landak Enggan Bersuara

Amin Landak disoal siasat berhubung video animasi, 'Chili Powder & Thinner' yang memaparkan kisah benar remaja lelaki diseksa dalam tahanan polis bersama dua rakannya.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jul 2021 9:03AM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

“Maaf saya tidak dapat memberikan sebarang kenyataan kerana kes ini masih lagi di dalam siasatan polis.

“Cuma apa yang boleh saya beritahu, selepas memberi keterangan, polis telah datang ke rumah saya dan beberapa barangan termasuk telefon bimbit dan laptop saya telah diambil,” kata Amin Landak kepada portal Getaran menerusi satu pesanan ringkas yang dihantar melalui aplikasi media sosial, Twitter.

Kartunis itu telah disiasat pihak polis berhubung video filem animasi pendek arahan Mohammad Alshatri berjudul 'Chili Powder & Thinner' yang telah menyertai festival filem dokumentari anjuran Freedom Film Network (FFN).

Turut disoal siasat polis adalah produser Freedom Film Network (FFN), Anna Har. 

Filem berdurasi empat minit itu memaparkan kisah benar seorang remaja lelaki yang telah dipukul dan diseksa sewaktu berada di dalam tahanan polis bersama dua rakannya, walaupun kehadiran mereka di situ hanyalah sekadar untuk memberi keterangan. 

Amin Landak dan Anna Har telah disoal siasat pada 2 Julai lalu di Bukit Aman di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia serta Seksyen 500 dan 505B Kanun Keseksaan. 

Berikutan siasatan yang dilakukan ke atas Amin Landak dan Anna Har berhubung video animasi itu, beberapa pihak aktivis telah menyuarakan rasa tidak senang mereka cara pihak polis menangani isu ini.

Malah, mereka turut mempersoalkan tindakan pihak polis melakukan siasatan ke atas Amin Landak dan Anna Har.

FFN dalam kenyataan yang dikongsi di akaun FB mereka menganggap bahawa tindakan polis itu sebagai tidak patut serta sangat mengganggukan. 

“Mengapa polis mahu menyiasat artis dan aktivis yang cuba mengangkat mesej serius mengenai kematian tahanan, penyeksaan, penderaan dan salah laku polis ini dan bukannya menangani isu tindakan ganas polis yang sudah pun berulang kali berlaku, terutamanya dalam beberapa bulan kebelakangan ini. 

“Mengapa pihak berkuasa memilih untuk menahan orang yang menyampaikan mesej ini dan bukannya berusaha menangani mesej yang sangat penting ini? 

“Kami melihat siasatan ini sebagai satu bentuk ugutan dan gangguan terhadap pembela hak asasi manusia, termasuk artis dan penyampai cerita. 

“Kami akan terus mengemaskini perkembangan terbaharu mengenai kes ini buat rakan kongsi dan penyokong kami dan kami juga akan terus berdiri teguh di belakang Anna dan Amin Landak.”

FFN juga turut mengalu-alukan publik untuk menonton sendiri video animasi filem pendek, 'Chili Powder & Thinner' menerusi pautan ini.

FFN adalah festival festival filem dokumentari hak asasi manusia yang diadakan secara tahunan di Malaysia. 

Dalam suatu kenyataan media, kumpulan hak asasi, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) memberitahu mereka  berganding bahu dengan FFN, dalam kempen untuk mendesak Putrajaya mengembalikan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis (IPCMC) 2019.

Menerusi kempen tersebut, animasi pendek dan filem yang menyorot kekejaman polis terhadap tahanan di penjara telah dipaparkan. 'Chilli Powder & Thinner' adalah salah satu daripada animasi pendek tersebut dan tayangan perdananya telah diadakan baru-baru ini. 

“Itu adalah budaya kekerasan dan taktik penderaan untuk memaksa suspek mengaku,” kata Pengarah Eksekutif Suaram, Sevan Doraisamy, dalam satu forum susulan tayangan perdana animasi tersebut.

Sementara itu, anggota kumpulan masyarakat sivil MISI Solidariti, Sharon Wah berkata, video tersebut membawa mesej yang kuat, bahawa kematian dalam tahanan adalah lebih dari sekadar angka dan data.

Mereka turut menggesa Putrajaya untuk mengembalikan RUU IPCMC 2019, dengan menegaskan jumlah kematian dalam tahanan menunjukkan betapa ia diperlukan dan bukannya Rang Undang-Undang Suruhanjaya Tingkah Laku Polis (IPCC) 2020.

Suaram turut melancarkan petisyen mendesak Kementerian Dalam Negeri untuk menghentikan kekejaman dan salah laku polis. 

Petisyen itu memperoleh lebih 30,000 tandatangan yang mahukan kekejaman dan salah laku polis dalam pelbagai aspek dihentikan termasuk kes gangguan seksual di sekatan jalan raya, sikap meremehkan ancaman rogol, mengugut wartawan dan tokoh yang lantang bersuara, ketidaksamaan dalam denda PKP dan kematian dalam tahanan. - Getaran, 4 July 2021

Semua gambar: Tangkapan layar filem pendek 'Chilli Powder & Thinner'

Isu Pada

Siti Saleha Suka Jadi ‘Scammer’

03 Jul 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 jam yang lalu

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

2

Semasa 1 hari yang lalu

Ragut Di Klang, Tangkap Di Langkawi

3

Semasa 2 hari yang lalu

Polis Kesan Guru Lelaki Cederakan Rakan Setugas

4

Semasa 6 hari yang lalu

Polis Tahan Lelaki Disyaki Bunuh Anak Usia 6 Bulan

Sorotan

1

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

2

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

3

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut