Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Siti Saleha Suka Jadi ‘Scammer’

Penglibatan Siti Saleha di dalam dunia lakonan, tidak lagi bersandarkan kepada wajah cantiknya semata-mata. TARA minggu ini mengupas nilai pesona bintang yang dimilikinya.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jul 2021 9:08AM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

There is something about Sally!  Sally who...? Sally yang mana lagi kalau bukan Siti Saleha Baharom, 31, si aktres jelita berdarah kacukan Melayu-Inggeris yang semakin hari semakin progresif serta menyengat lakonannya di layar skrin TV.

Setiap watak utama yang dipegangnya sama ada protagonis mahu pun antagonis, semuanya tampak hidup serta berjaya memberikan impak dan meninggalkan kesan cukup mendalam buat penonton drama. 

Aksinya menerusi watak Amy, seorang peguam bela yang terlibat dengan jenayah penipuan wang secara haram dalam drama siri berjudul 'Scammer' terbitan Radius One Sdn Bhd itu telah berjaya membuatkan penonton berasa terkesima. 

Keupayaan menonjolkan sisi jahat peguam bela itu dengan cemerlang meraih pujian dan respon yang baik daripada peminat drama Melayu tempatan. 

Belum pun sempat penonton melupakan watak Amy, aktres yang dilahirkan di Basildon, England ini kembali semula dengan watak Sofea dalam drama bersiri 'Black' musim kedua terbitan platform siaran Viu yang diadaptasi daripada drama bersiri Korea menggunakan judul yang sama.

Watak Sofea juga agak mencabar kerana dia adalah seorang wanita yang memiliki kelebihan untuk melihat ajal seseorang, termasuklah melihat bayangan orang bunian dalam tubuh manusia. 

Nyata sekali, penglibatan Siti Saleha di dalam dunia lakonan, tidak lagi hanya bersandarkan kepada wajah cantiknya semata-mata. 

Sebaliknya, si aktres yang memiliki ketinggian 165 sentimeter ini benar-benar punya bakat lakonan sebenar yang setara dengan nilai pesona bintang yang dimilikinya. 

Saat ditemu bual Getaran sewaktu sesi fotografinya dilakukan, Siti Saleha yang lebih selesa disapa sebagai Sally mengakui bahawa dia gembira apabila peminat benar-benar menghargai lakonannya di dalam 'Scammer.'

“Watak Amy sememangnya sangat sukar untuk dibawa kerana watak ini benar-benar jahat. Tapi, membawakan watak ini juga suatu luck kerana ia suatu watak yang tidak pernah saya bawakan sebelum ini. 

“Saya juga diberikan kebebasan untuk bereksperimentasi dengan watak ini dan menerusi kebebasan yang diberikan saya cuba bawakan watak ini secara all out. 

“Nyata usaha dan kerja keras yang saya lakukan itu membuahkan hasil. Respon yang saya terima sungguh luar biasa dan secara peribadi saya sangat suka bawakan watak ini,” katanya bercerita mengenai 'Scammer' yang baru sahaja tamat siarannya di Astro Ria pada Jun lalu. 

Dalam 'Black' musim kedua pula, saudara kandung kepada Shamsul Annuar Baharum atau Sam yang juga vokalis band muzik Bunkface ini mengakui bahawa banyak elemen baharu dan pendekatan berbeza yang disuntik di dalam drama bersiri yang dinantikan ramai ini. 

“Waktu 'Black' musim pertama, pengarahnya orang lain. Dalam musim kedua ini pula, tanggungjawab sebagai pengarah digalas Ghaz Abu Bakar dan Sein Qudsi. Lain orang lain sentuhan dan pendekatannya. 

“Malah, ada juga beberapa scene menarik yang dilakukan di studio Pinewood Iskandar Malaysia Studios.  Namun, dari sudut produksi, mereka sangat mengambil-berat terhadap kami semua yang terlibat di dalam drama bersiri ini. 

“Cara mereka menguruskan produksi juga sangat profesional dan mereka mengambil kira semua aspek termasuklah menjaga SOP COVID-19 yang ketat sewaktu berada di lokasi penggambaran. 

“Melihat cara mereka bekerja dan menjaga keseluruhan produksi, membuatkan kita yang bekerja di dalam projek drama bersiri tersebut terasa benar-benar dihargai,” katanya yang kelihatan semakin jelita sejak mendirikan rumah tangga dengan jejaka bernama Ahmad Lutfi Azhar pada 2017.

Menariknya, dia bekerja secara back to back dalam kedua-dua drama bersiri tersebut. Selepas menyiapkan penggambaran 'Scammer' pada bulan Ramadan tahun lepas, dia kembali ke lokasi 'Black' musim kedua pada hujung tahun yang sama. 

Tayangan kedua-dua siri juga tidak jauh berbeza. Selesai tayangan 'Scammer', 'Black' musim kedua pula mengambil-alih dan tayangannya masih berterusan hingga saat ini. Malah, Kedua-dua drama bersiri itu menampilkan gandingannya bersama aktor Kamal Adli sebagai teraju utama.

Hebat benar Sally! Keberadaan dan penerimaannya di layar TV sangat kukuh. Ditambah pula dengan kemenangannya sebagai Pelakon TV Wanita Popular, di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-33 pada tahun lalu. 

Semua itu adalah suatu petanda bahawa dia adalah aktres yang sedang dan ketika ini sangat relevan di dalam industri.

“Tahu tak? Kawan-kawan saya di dalam industri juga memberitahu perkara yang sama. Saya bersyukur apabila dianggap relevan. 

“Pernah juga saya tidak mendapat apa-apa job selepas berkahwin dan ia membuatkan saya tertanya, mengapa sedangkan saya tidak pernah beritahu bahawa mahu berhenti berlakon selepas berkahwin

“Suami saya juga tidak pernah memaksa saya untuk berhenti. Keadaan itu membuatkan saya terpaksa menghubungi beberapa rakan pengarah dan produser untuk bertanya mengapa keadaan itu terjadi sedangkan saya bukanlah orang yang suka mendapatkan job melalui cara begitu,” katanya sambil tertawa kecil. 

Sepanjang berbicara mengenai kerjaya lakonannya, dia kelihatan begitu bersemangat sekali dan berkobar-kobar. Menyentuh tentang hal itu, dia mengakui bahawa dia memang suka bekerja dan sangat mengambil serius akan pekerjaannya. 

“Untuk berada di tahap sekarang adalah suatu tempoh masa yang panjang.  Saya mula bekerja sejak usia 18 tahun dan pada ketika itu saya sudah mula berdikari dan hidup sendiri. 

“Saya percaya sebagai wanita kita harus berdikari dan biar pun sudah berumah tangga, saya masih tetap mahu bekerja dan mencari duit sendiri,” katanya lagi. 

 

Hobi Melukis

Melihat karya seni lukisannya, tertanya juga, mengapa dia tidak menjadikan hobi itu sebagai suatu perniagaan yang serius dan komersial.

Sally tertawa. Katanya, dia hanya melakukannya secara hobi dan tidak yakin menjadikan lukisannya itu sebagai punca pendapatan. 

“Adakah kamu fikir lukisan saya benar-benar cantik? Sebetulnya, saya mewarisi darah melukis daripada ibu saya. 

“Dahulu dia gemar melukis potret. Tapi, kini lukisannya lebih menjurus kepada seni khat.

“Manakala saya pula kini mula berjinak-jinak dengan lukisan watercolour dan ada mengikuti kursus online untuk mendalami lukisan warna air,” katanya yang memulakan hobi terpendamnya itu sejak wabak COVID-19 menyerang global. 

 

Güzelim Lush Jelly by Siti Saleha 

Selain memanfaatkan masa yang terluang dengan melukis sewaktu berada di dalam Perintah Kawalan Pergerakan, Sally juga dalam diam turut menceburkan diri dalam dunia perniagaan apabila mengeluarkan produk kecantikan dan kesihatan berbentuk suplemen yang dinamakan sebagai Güzelim Lush Jelly by Siti Saleha

“Ia adalah produk jeli di dalam paket (sachet) yang dimakan begitu sahaja. Tidak perlu dicampur dengan air. Picit sahaja sudah boleh makan. 

“Bahan kandungan utamanya adalah habbatus sauda yang merupakan makanan sunnah dicampur dengan marine collagen, buah delima, buah kranberi, buah beri, vitamin c serta ekstrak sakura. 

“Bahan-bahan kandungannya ini memang saya pilih sendiri kerana ada di antaranya telah saya amalkan sejak muda lagi.  Menerusi kajian makmal yang dilakukan, saya cuba gabungkan kesemua bahan-bahan ini. 

“Sebelum memasarkan produk ini, saya bersama team pemasaran telah mencuba dahulu produk ini. Awalnya, ada juga yang tidak setuju jika Habbatus Sauda dicampurkan. Bimbang, rasanya tidak sedap.

“Tapi, setelah mencuba gabungan jeli ini, mereka terkejut kerana rasanya sedapnya. Ia sama sekali di luar jangkaan mereka termasuk saya sendiri,” katanya. 

Jelas Sally lagi, banyak aspek tentang perniagaan dan pemasaran yang dipelajarinya kala mengeluarkan produk ini.

“Rupanya bukan senang nak keluarkan produk ya. Tapi, saya bersyukur kerana memiliki team pemasaran yang efisyen dan banyak membantu saya. 

“Saya sendiri turut mendalami ilmu perniagaan mengeluarkan produk dengan mengikuti kelas online. Daripada situ, saya dan pasukan saya memikirkan idea bagaimana hendak mengeluarkan kemasan atau packaging dengan warna-warna yang menarik dan bermacam lagi,” katanya. 

Namun, dia mengakui, amat berterima kasih kepada suaminya, Ahmad Lufti kerana penggunaan nama Güzelim itu datang daripada ideanya.  

“Güzelim bermaksud ‘my beauty’. Ia adalah perkataan daripada bahasa Turki. Suami saya pernah menetap di sana. Jadi, dia sarankan saya untuk gunakan nama itu,” katanya mengakhiri perbualan. 

Kami yakin selepas ini kelibat Siti Saleha akan lebih banyak kelihatan di layar perak selain layar TV yang sedia ada! - Getaran, 3 Julai 2021.

 

DI SEBALIK TABIR PEMBIKINAN WAJAH TARA – GETARAN

Wajah TARA : Siti Saleha

Pengarang Urusan : M. Zulkifli Abd Jalil

Penyelaras : Shah Shamshiri  

Teks : Elyna Ali

Suntingan : Ili Farhana & Shah Shamshiri

Penata Gaya : Vee Mukhtaram

Pakaian : TopShop

Aksesori : Shein

Solekan & Dandanan : Jib Salim

Jurugambar : Azim Rahman

Juruvideo  : Sadiq Asyraf

Suntingan Video : Muharram Kasim

Rekaletak: Hanif Zahari

Lokasi :  Petra News, Bangsar.



 

Isu Pada

Siti Saleha Suka Jadi ‘Scammer’

03 Jul 2021

Sorotan

1

Jenazah Tun Hanif Omar Selamat Dikebumikan Di Bukit Kiara, Sebelah Pusara Anaknya

2

Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup

3

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

4

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

5

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

6

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart