Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kadang Menjadi ‘Kaki Sibuk’ Dapat Menyelamatkan Nyawa

Mengambil tahu perihal jiran tetangga tidak semestinya sesuatu yang buruk. Kadangkala ia dapat menyelamatkan nyawa, apatah lagi di era pandemik ini.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jun 2021 9:18AM

Gambar: Cottonbro, Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Di Seremban seorang bapa mengurung isteri dan anak-anaknya di dalam rumah kerana mengalami tekanan selepas diberhentikan kerja akibat situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang kita lalui ekoran pandemik COVID-19.

Sebelum itu kita digemparkan dengan kisah seorang suami memukul isterinya sehingga separuh nyawa kerana tekanan selepas menganggur. Sewaktu laporan polis dibuat si suami berjanji akan memulihkan kembali hubungannya dengan isteri.

Bagaimanapun apa yang berlaku adalah sebaliknya, apabila sebaik tiba di rumah, dia bertindak luar batas dengan menikam isteri dan bapa mangsa sebelum menggantung diri.

Awal Jun seorang jiran bertindak pantas apabila membuat laporan polis selepas mendengar wanita dan anak kecil meraung kerana dibelasah suaminya, yang dipercayai perkara itu berlaku disebabkan tekanan yang dialami keluarga itu berpunca daripada PKP.

Ini antara kes yang dilaporkan, namun yang tidak dilaporkan tidak diketahui.

Namun Ketua Kempen Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO), Abinaya Mohan dalam satu kenyataan diberikan baru-baru ini mendedahkan pihaknya menerima sebanyak 1,487 aduan keganasan dan penderaan terhadap wanita sepanjang Januari hingga Mac lalu berbanding 867 kes bagi tempoh sama tahun lalu menerusi talian Hotline dan aplikasi WhatsApp TINA.

Jelasnya, daripada jumlah keseluruhan aduan itu, pihaknya merekodkan 70 peratus peningkatan kes keganasan rumah tangga iaitu 708 kes sepanjang Januari tahun ini hingga Mac lalu berbanding 415 kes sepanjang tempoh sama tahun lalu.

"Walaupun pelaksanaan PKP tahun ini kurang ketat berbanding PKP fasa satu tahun lalu, WAO masih menerima secara purata 7.8 panggilan dan WhatsApp sehari bagi kes keganasan rumah tangga,” katanya kepada Harian Metro. 

Menerusi laporan dan kejadian yang berlaku jelas menunjukkan, tekanan yang dialami sebahagian besar daripada kita akibat pelaksanaan PKP ini bukan omongan kosong, atau cerita yang direka-reka. Sama seperti mana tuduhan perangkaan jumlah mereka yang dijangkiti COVID-19 dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKM) setiap hari juga dikatakan rekaan.

Begitu juga dengan mereka yang mengalami tekanan perasaan sehingga membuatkan ada antaranya mengambil keputusan nekad, mencabut nyawa sendiri.

Dilaporkan 266 orang membunuh diri dari tempoh Mac hingga Oktober tahun lalu, sebaik saja pelaksanaan PKP 1.0 dilaksanakan sementara 249 jumlah kematian dilaporkan akibat virus COVID-19 pada tempoh yang sama.

Melihat kepada situasi yang sangat membimbangkan ini sudah tiba masanya untuk kita semua mengubah sikap dengan mengambil berat dan tahu apa yang berlaku membabitkan orang di keliling kita, lebih-lebih lagi mereka yang kita kasihi.

Andai dahulu kita mempunyai sikap tidak mahu mencampuri urusan orang lain tetapi dalam situasi sekarang, perkara itu adalah yang terbaik untuk kita lakukan.

Biarlah orang menuduh kita ‘kaki sibuk’ asalkan kesannya kita mampu menyelamatkan nyawa.

Mengambil contoh kebaikan sikap ‘kaki sibuk’ dalam musim PKP ini, apabila seorang jiran menghubungi polis, apabila kedengaran wanita dan kanak-kanak meraung kerana didera di rumah berhadapan dengan kediamannya.

Dan pihak polis berjaya menangani situasi agar tidak memburuk.

Bayangkan sekiranya dalam situasi berkenaan, kita tetap dengan pendirian tidak mahu mencampuri urusan orang lain.

Kemungkinan wanita dan anaknya itu sudah menjadi mayat kerana tindakan luar batas suaminya yang menghadapi tekanan disebabkan dibuang kerja, berdepan dengan hutang dan pelbagai lagi perkara mungkin timbul ekoran pelaksanaan PKP.

Jadilah manusia perihatin dengan bertanya khabar ahli keluarga, saudara-mara, mahupun sahabat kita yang diketahui sedang berhadapan dengan masalah atau dugaan disebabkan pelaksanaan PKP ini. Dan rutin hidup mereka terjejas.

Kemungkinan dengan mengambil tahu, ada antara ahli keluarga, saudara-mara dan kenalan akan mula ‘buka mulut’ dan meluahkan apa yang berlaku dalam kehidupan keluarga mereka.

Perlu juga diingatkan di sini bahawa penderaan bukan saja berlaku pada fizikal malah juga emosi dan itu lebih teruk kerana penderaan emosi boleh mempengaruhi kesihatan mental sehingga membolehkan seseorang itu mengambil tindakan luar sedar.

Penderaan juga bukan saja boleh berlaku membabitkan pasangan suami isteri tetapi juga ibu bapa dan anak juga pasangan yang sedang bercinta.

Ada yang merasakan apabila bercinta mereka sudah mempunyai hak untuk memperlakukan apa saja terhadap pasangan mereka dan tanggapan seperti itu adalah salah.

Begitu juga dengan situasi di mana kita lihat di media sosial ada saja setiap hari daripada kenalan kita yang berkongsi luahan membabitkan tekanan yang mereka hadapi disebabkan PKP ini.

Andai ada yang memerlukan bantuan, berilah sekadar termampu atau paling tidak jadilah pendengar setia terhadap permasalahan yang dihadapi oleh kenalan anda itu.

Menjadikan anda ‘bahu’ untuk menangis membolehkan beban emosi yang dialami berkurang dan kemungkinan memberikan buah fikiran kepada penyelesaian masalah sedang dihadapi kenalan itu tadi.

Jangan sesekali memperlekehkan apa juga luahan yang dikongsi berkaitan tekanan dihadapi disebabkan pelaksanaan PKP, kerana tidak semua orang bertuah seperti kita. Apatah lagi menyarankan perkara yang boleh memburukkan keadaan. - Getaran 27 Jun 2021.

Isu Pada

Nurul Shamsul - Citra Perempuan Melawan

26 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Keluarga Pelajar Sabah Di Asia Barat Diminta Bertenang

2

Sukan 1 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

3

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

4

Semasa 4 minggu yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini