web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kalau Mahu Cat Rumah, Pilih Cat Yang Tepat Supaya Tak Menyesal

Kalau mahu cat rumah, jangan tangkap muat sewaktu memilih cat. Perlu ambil tahu tentang jenis-jenis cat rumah. Kalau tersalah pilih nanti, beribu sesalan dan merugikan.

TARA Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jun 2021 8:57AM

Gambar: Kara Eads, Unsplash

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pandemik oh pandemik! Bilalah agaknya ia akan berakhir. Bukan mudah sebenarnya menghabiskan masa hanya di rumah, walaupun rumah itu dianggap syurga dunia. Lama-kelamaan rasa muak dan bosan pasti menjengah jua. 

Jom fikirkan apa projek yang boleh dilakukan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Oh! Mungkin sudah sampai masanya untuk anda menyuntik mood berbeza dengan rumah kesayangan. Pakaikan dengan warna terkini atau yang anda impikan sebelum ini. 

Tapi sebelum itu, jangan tangkap muat. Perlu ambil tahu tentang jenis-jenis cat rumah. Kalau tersalah pilih nanti, beribu sesalan dan merugikan. Untuk mencipta wajah baru kepada ruang kediaman kesayangan, anda kenalah menggunakan jenis cat rumah yang tepat. Barulah home sweet home

Setiap jenis cat rumah mempunyai fungsi dan kegunaan yang berbeza. Jadi, bagi yang sudah bersedia untuk mengecat rumah, berikut jenis-jenis cat yang harus anda ketahui.

Gambar: Jacques Bopp, Unsplash
Gambar: Jacques Bopp, Unsplash

1) Glossy

Cat glossy ini ada dua jenis, high gloss dan semi gloss. High gloss cenderung memantulkan cahaya sehingga terlihat berkilau atau berkilat dan sangat mudah dibersihkan.  

Malah, cat high gloss sangat ideal untuk bahagian luar yang sering terdedah dengan cahaya.

Sementara cat semi gloss memiliki tahap kilat yang lebih rendah dan tidak mudah mengelupas. Gunakan cat semi gloss untuk ruangan yang mudah terdedah dengan kotoran, misalnya di dapur dan bilik mandi.

2) Cat Matte 

Kemasan cat jenis ini terlihat seperti sangat menyerap pada permukaan dinding. Kemasannya sudah pasti tidak sama seperti cat glossy kerana permukaannya tampak lebih lembut. 

Namun, daya tahan cat jenis ini terhadap cuaca ekstrem adalah sangat bagus. Dek itulah, ia sesuai diaplikasikan pada bahagian luar rumah. 

Selain itu, boleh juga gunakan cat ini pada dinding bilik tidur kerana kebiasaannya ia memiliki permukaan warna yang tenang dan lembut. 

Gambar: Blue Bird, Pexels
Gambar: Blue Bird, Pexels

3) Cat Satin

Jika anda gemarkan gaya mewah, cat jenis ini sangat bertepatan. Biarpun tampil mewah, namun kemasan cat satin tidak seperti cat glossy (berkilat) mahupun seperti cat matte

Apabila disentuh, permukaan yang dicat dengan cat satin terasa lembut dan halus, menjadikannya sangat ideal untuk bilik tidur dan ruang tamu. Bahkan, ia juga boleh mencipta mood romantis!

Satu lagi kelebihan cat ini ialah, ia cukup mudah dibersihkan daripada kekotoran.

4) Cat Melamin

Cat melamin digunakan untuk mengecat kemasan kayu dan menghasilkan tekstur berkilat. Biasanya ia digunakan untuk mengecat pintu kayu rumah agar nampak lebih kemas.

5) Cat Eggshell

Sesuai dengan namanya, penampilan cat jenis eggshell ini memang mirip kulit telur, sedikit bertekstur namun tetap halus. Jadi ia mudah dibersihkan. 

Tidak sesuai untuk bahagian luar rumah, sebaliknya sangat sesuai untuk ruang keluarga atau ruang tamu. 

Begitulah di antara jenis-jenis cat rumah yang harus anda ketahui sebelum memutuskan untuk membeli cat. 

Pilihlah jenis cat yang sesuai dengan keperluan. Jangan tersalah pilih kerana selain boleh merosakkan mood, silap-silap anda terpaksa tanggung kerugian wang ringgit!

Gambar: Craig Adderley, Pexels
Gambar: Craig Adderley, Pexels

 

 

Warna juga main peranan

Satu lagi perkara yang perlu anda pertimbangkan sebelum mengecat rumah ialah pengaruh warna kepada mood atau emosi seseorang. 

Banyak kajian mendapati warna dapat mempengaruhi emosi seseorang. Pemilihan warna pada dinding rumah amat penting dalam mempengaruhi psikologi kita terutamanya pada bahagian ruang tamu, dapur, ruang makan, bilik tidur, bilik air dan setiap ruang yang ada. 

Jika ingin mengundang damai, ketenangan, atau ingin mencipta suasana romantik, jangan tersilap pilih warna. Semak info berikut sebagai panduan:-

Gambar: Rita Laws, Pexels
Gambar: Rita Laws, Pexels

1) Biru Air

Menurut ilmu Feng Shui masyarakat Cina, rona biru berkait rapat dengan langit dan air yang mampu memberikan ketenangan semula jadi kepada penghuni rumah. Ini kerana warna ini dipercayai mengurangkan degupan jantung dan tekanan darah.

2) Hijau

Warna yang sering dikaitkan dengan keindahan dan kesegaran alam semula jadi. Hijau bertindak membangkitkan unsur tenaga dan ketenangan. Hijau juga boleh membantu menstabilkan emosi selain meredakan tekanan. Tapi jangan pilih hijau yang terlalu terang. Pilih hijau rona lembut. 

Gambar: Karina Zhuskovskaya, Pexels
Gambar: Karina Zhuskovskaya, Pexels

3) Merah jambu

Pink atau merah jambu adalah warna kasih sayang. Untuk menyuntik suasana santai dengan mood ceria, jangan pilih shocking pink! Sebaliknya warnakan ruangan dengan merah jambu lembut. Ia bukan sahaja boleh menenangkan hati tetapi mempamerkan kelembutan.

Gambar: Stefen Tan, Unsplash
Gambar: Stefen Tan, Unsplash

4) Ungu

Warna ungu adalah warna spiritual dan misteri. Rona yang lebih gelap boleh memancarkan kekuatan dan menambahkan elemen fantasi, imaginasi dan kreativiti. Ia juga mampu menarik perhatian dan memberi kesan sensasi, feminin, anggun dan kehangatan. Mungkin boleh diaplikasikan di kamar beradu.

5) Jingga

Percaya atau tidak, warna jingga atau oren boleh mengurangkan stres. Warna ini melambangkan harapan dan rasa percaya diri. Membangkitkan semangat dan kreativiti serta menimbulkan rasa positif, gembira dan sentiasa bersemangat dalam perkara yang dilakukan.

Gambar: Mike, Pexels
Gambar: Mike, Pexels

6) Kelabu

Selain putih, kelabu adalah pilihan warna yang baik jika ingin mencipta ilusi lebih luas pada ruangan sempit. Warna kelabu dikatakan mampu menimbulkan semangat. Selain itu, ia juga mampu menimbulkan kesan kedamaian dan ketenteraman.

Gambar: Curtis Adams, Pexels
Gambar: Curtis Adams, Pexels

Selamat mencuba! Kalau ada tona warna yang tidak tersenarai, ringankan jari untuk untuk mencari info selanjutnya. Semuanya di hujung jari. Moga info dan tip yang diberikan ini membantu anda untuk mengubah suai rumah kesayangan. - Getaran, 26 Jun 2021

Isu Pada

Nurul Shamsul - Citra Perempuan Melawan

26 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Mahu Bina Rumah Sendiri? Pastikan Anda Ambil Kira Semua Faktor!

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Ceroboh Rumah MB Selangor: Kertas Siasatan Dirujuk Kepada Pendakwaan Hari Ini

3

Semasa 2 tahun yang lalu

7 Rumah Dikosong Akibat Tanah Runtuh - Bomba

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Tentera Israel Musnahkan 60 peratus Rumah Di Semenanjung Gaza

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa