Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


10 Tempat Mesti Lawat di Singapura

Negara jiran kita ini memang popular sebagai destinasi pelancongan terdekat di kalangan rakyat Malaysia. Di sini kami senaraikan 10 tempat menarik yang mesti anda kunjungi kala ke Singapura.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jun 2021 2:08PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pandemik terus melanda dan pelancongan ke luar negara masih lagi samar bayangan. Namun, harapan masih ada. Semoga dengan proses pemvaksinan yang dilakukan oleh negara kita dan jiran serantau akan membolehkan kita untuk keluar bercuti tidak lama lagi.

Dan jika hendak berwisata ke luar nanti, tidak perlulah melangkah terus terlalu jauh. Kunjungi negara-negara tetangga berdekatan dahulu seperti kawan kita di seberang tambak, Singapura.

Pulau kecil ini sememangnya mempunyai banyak tempat pelancongan menarik seiring dengan pembangunan negara tersebut. Sudahkah anda kunjungi kesemua ceruk pulau ini? Di sini kami senaraikan 10 tempat yang mesti anda lawati kalau bercuti ke sana.

 

Jewel Lapangan Terbang Changi

Jewel Changi Airport atau dikenali sebagai Jewel Changi merupakan salah satu tarikan terbaharu di Singapura.

Ia merupakan sebuah kompleks hiburan dan beli-belah bertemakan alam semula jadi di dalam Lapangan Terbang Changi di Singapura. Namun tarikan utamanya adalah sebuah air terjun dalaman tertinggi dunia yang digelar ‘Rain Vortex’ dan dikelilingi sebuah hutan berteres.

 

The Gardens by the Bay 

Taman luar biasa ini merupakan sebuah taman rekreasi yang luas di pusat kota Singapura berdekatan dengan Marina Reservoir.

Ia terdiri daripada tiga taman utama iaitu Bay South Garden (di Marina South), Bay East Garden (di Marina East) serta Bay Central Garden (di pusat bandar dan Kallang.)

Flower Dome di taman tersebut adalah rumah kaca terbesar di dunia. Di sini juga terdapatnya 18 pokok buatan gergasi yang digelar ‘Supertress’ dan kelihatan seperti dipetik dari filem Avatar.

Supertrees ini menempatkan pelbagai tumbuhan di dalamnya dan menjadi tanda mercu khas taman ini.

 

Marina Bay Sands 

The Marina Bay Sands merupakan sebuah kawasan resort terkenal di Singapura. Ia meliputi sebuah hotel, kasino, pusat membeli-belah dan pelbagai tarikan umum di sekelilingnya.

Ia paling dikenali kerana bentuk tiga bangunannya yang seolah-olah tercantum dengan kewujudan sebuah kolam renang gergasi di tingkat atas yang memberikan pemandangan menakjubkan Singapura.

Sekali imbas, ia kelihatan bak sebuah kapal laut gergasi yang terletak di atas ketiga-tiga bangunan utamanya. Lebih istimewa terdapat pawagam, restoran milik cef selebriti dunia dan juga muzium khas sains dan seni. 


Taman Merlion

Taman Merlion adalah mercu tanda popular yang menempatkan patung singa duyung gergasi dengan pancuran air.

Sering dijadikan tempat mengambil gambar ia merupakan tarikan pelancong yang dikunjungi ramai setiap hari. Malah singa duyung itu dikatakan haiwan mitos berkepala singa dan berbadan ikan yang kerap dijadikan maskot untuk menggambarkan identiti Singapura.

 

Singapore Flyer

The Singapore Flyer adalah sebuah roda pemerhatian di pusat bandar Singapura. Ia merupakan tarikan yang boleh dinaiki oleh orang awam sebagai sebuah ‘Ferris Wheel’ atau ‘Roda Ferris’.

The Singapore Flyer turut digunakan untuk pelancong menikmati pemandangan Sinagpura dari jauh. Ia mempunyai 28 kapsul berhawa dingin untuk tujuan rekreasi pelancong.

 

Sentosa Island

Pulau Sentosa merupakan sebuah pulau buatan yang dibangunkan untuk tujuan pelancongan tempatan. Ia turut menempatkan beberapa taman tema serta sebuah pantai buatan untuk kegunaan riadah dan rekreasi.

Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di sini dan ia paling dikenali dengan kereta kabelnya yang menjadi tarikan pelancong seluruh dunia.  

 

Masjid Sultan

Masjid Sultan adalah sebuah masjid yang terletak di Muscat Street dan North Bridge Road dalam presint Kampong Glam di daerah Rochor Singapura. Ia diberi nama sedemikian atas nama Sultan Hussain Shah.

Pada tahun 1975 ia telah diberi gelaran sebagai sebuah monumen kebangsaan tempatan. Hari ini ia menjadi salah satu tarikan paling popular untuk wisatawan bergambar dan merakam video.

 

Clarke Quay

Clarke Quay merupakan sebuah dermaga tepian sungai yang terletak di Kawasan Perancangan Sungai Singapura (Singapore River Planning Area). Ia menempatkan beberapa blok gudang yang telah dipulihara menjadi aneka restoran dan kelab malam.

Terdapat juga tongkang cina yang kini diubah menjadi restoran dan kelab minuman. Perkhidmatan teksi dan persiaran sungai juga boleh diambil dari kawasan dermaga yang cantik ini. 

 

Esplanade – Theatres on The Bay

Turut dikenali dengan nama The Esplanade adalah sebuah pusat seni persembahan di bahagian pusat Singapura berdekatan kawasan sungai di Marina Bay Sands.

Ia terdiri daripada sebuah dewan konsert yang boleh menempatkan 1600 orang penonton. Reka bentuk uniknya mirip dua durian gergasi dan kerap menjadi latar belakang foto untuk para pelancong.

 

Arab Street

Arab Street merupakan salah satu jalan yang paling popular di Singapura selain jalan utama mereka Orchard Road.

Ia merupakan kawasan yang sangat dekat di hati komuniti Melayu dan Muslim Singapura. Ini kerana di situlah terletaknya Masjid Sultan dan juga ajnas restoran yang menghidangkan makanan Halal.

Di situ juga terdapat pelbagai kedai kain dan aneka barangan yang dekat dengan budaya Melayu, Arab serta India Muslim. Malah ia juga terkenal dengan lukisan mural yang menjadi tumpuan pelancong untuk mengambil gambar. – Getaran, 20 Jun 2021.

Semua gambar dari Unsplash



 

Isu Pada

YHB Sleepsalot Mencari Suara Sendiri

19 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 minggu yang lalu

Trend 'Alamak' Dah Merebak Ke Singapura 

2

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

3

Semasa 1 bulan yang lalu

JWP Gerakkan Usaha Promosi Produk Pelancongan Domestik - Dr Zaliha

4

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Singapura Akan Naikkan Usia Persaraan, Bekerja Semula Pada 2026

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah