web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kenangan Kota Singa 40 Tahun Yang Lampau

Untuk warga Johor Bahru sebenarnya tidak aneh jika Singapura menjadi rumah kedua, lebih-lebih lagi bagi yang mempunyai talian keluarga di sana.

TARA Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 20 Jun 2021 1:18PM

oleh

M.Zulkifli

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kali pertama saya menyeberang Tambak Johor untuk masuk ke Singapura, umur saya kurang dua bulan. Inilah yang diceritakan kepada saya dan gambar pasport menjadi buktinya. 

Sejak itu, Temasek seperti menjadi rumah kedua saya. Tetapi ini tidaklah terlalu menghairankan untuk seorang warga JB sebenarnya, lebih-lebih lagi yang mempunyai talian keluarga di sana.

“Keluarga Singapore” saya sendiri agak unik. Arwah ayah, berketurunan Melayu dan Cina, lahir di Arab Street, Singapura, walaupun semuanya kemudian berpindah ke Johor Bahru.

Arwah ibu pula berbangsa Filipina dan Serani dan ramai adik-beradiknya yang menetap di Kota Singa. Dan ke rumah merekalah saya biasa akan berkunjung hampir setiap cuti sekolah.

Berdekad lamanya saya saksikan sendiri pembangunan Singapura dari segi sosial dan ekonomi. Walaupun ketika masih kecil tidak begitu faham isu-isu antara Malaysia dan Singapura, perubahan yang dialami dari tahun ke tahun meninggalkan banyak kenangan manis yang cukup bermakna.

Gambar-gambar yang dikongsikan di sini merupakan hanya sebahagian kecil memori saya di Singapura, yang diambil di penghujung dekad 1970-an dan awal 80-an.

Rumah di Woo Mon Chew Road inilah tempat keluarga terdekat sebelah arwah ibu saya sering berkumpul. Yang tinggal di sini dulu ialah makcik saya bersama dua orang anaknya selepas suaminya meninggal dengan secara tiba-tiba. Di belakang jalan ini dahulunya Siglap Hill, sebelum ia telah diratakan.

Bersama barisan sepupu, makcik, pakcik serta mendiang nenek (duduk di tengah, dua dari kiri). Sangat meriah setiap cuti sekolah hujung tahun, lebih-lebih lagi sekitar waktu perayaan Hari Krismas.

Berkunjung ke Lapangan Terbang Changi pada tahun pembukaannya, 1981. Di belakang saya merupakan arca pancutan air unik yang menjadi sebahagian daripada identiti lapangan terbang yang kekal gah sehingga ke hari ini.

Walaupun tidak terbang ke mana-mana, sekadar melihat kedai dan persekitaran di sini pun sudah cukup mengujakan.

Sebuah lagi tarikan bertaraf dunia di sini adalah Zoo Singapura yang terletak di Mandai. Ini merupakan kunjungan kami yang pertama pada tahun 1979.

Pertama kali merasakan pengalaman ‘interaktif’ di zoo.

Inilah tarikan istimewa yang tak sabar untuk kami lihat sendiri – sepasang beruang kutub! Memang sangat rare ketika itu.

Dalam penerbangan SIA dari Lapangan Terbang Changi untuk ke Pulau Pinang. Kali pertama saya merasa duduk dalam pesawat pada tahun 1984. Nampak tenang, tapi sebenarnya dada berdegup kencang! - Getaran, 20 Jun 2021

Isu Pada

YHB Sleepsalot Mencari Suara Sendiri

19 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Tarif Balas AS: Malaysia Hantar Wakil Cari Jalan Penyelesaian - PM

2

Singapura 1 tahun yang lalu

Singapura Bubar Parlimen Menjelang Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon 23 April

3

Politik 1 tahun yang lalu

Malaysia - Singapura Komited Selesai Isu Berbangkit, Tertunggak - Anwar

4

Jelajah 1 tahun yang lalu

Lembaga Pelancongan Sarawak Promosi Pakej Menarik Di NATAS Holidays 2024, Singapura

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini