web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


2 Resepi Lazat Daripada Pisang

Sedang mencari resipi berasaskan pisang untuk hidangan sarapan atau minum petang? Mari, kami ada dua untuk dikongsikan bersama anda.

TARA Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jun 2021 8:57AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Buah pisang boleh dikategori sebagai makanan popular sepanjang zaman. Selain enak dimakan begitu sahaja, buah yang mempunyai segudang manfaat ini juga enak dijadikan pelbagai juadah lain. Antara yang menjadi kegemaran ramai ialah pisang goreng, pengat pisang, kerepek pisang, pisang salai dan kek pisang. 

Tahukah anda? Pisang boleh dicerna dengan mudah di mana gula yang terdapat di dalam buah tersebut akan diubah menjadi sumber tenaga yang bagus.

Bahkan, kandungan pektinnya menyeimbangkan kadar gula dalam darah, sekaligus mengurangi nafsu makan seseorang. Sebab itulah, mereka yang sedang berusaha menurunkan berat badan akan mengambil pisang dalam diet harian mereka. 

Jadi, hujung minggu ini apa kata anda cuba buat resepi enak menggunakan pisang untuk minum petang atau sarapan? GETARAN sediakan dua menu menarik dan sihat (tanpa gula) untuk anda sediakan sendiri. Mudah dan ringkas.

Roti Pisang Cip Coklat Sihat 

Bahan-bahan:

2 cawan rolled oat

1 sudu kecil baking soda

1/2 sudu kecil garam

3 biji pisang ranum

1/4 cawan madu atau sirap maple

2 biji telur gred A

Sedikit serbuk kayu manis, esen vanila, atau kekacang (jika mahu) 

2 sudu besar minyak sayuran atau mentega yang dicairkan

1/4 cawan cip coklat

Cara penyediaan:

1. Panaskan ketuhar pada 180°C dan griskan loyang bersaiz 8 x 4 inci.

2. Masukkan oat dan baking soda ke dalam pengisar dan kisar sehingga oat hancur.

3. kemudian masukkan kesemua bahan yang lain, kecuali cip coklat dan kisar sehingga ia sebati. 

4. Masukkan cip coklat, kemudian tuangkan campuran ke dalam loyang.

5. Sekiranya anda mahu, taburkan cip coklat di atas permukaan adunan dan hiris setengah biji pisang untuk hiasan. 

6. Bakar selama 35-45 minit.

7) Biarkan roti sejuk di rak, kemudian potong dan hidangkan!

Resipi oleh  @cleanfoodcrush

 

Mufin Pisang Mentega Kacang 

Bahan-bahan: 

3 biji pisang ranum

⅔ cawan mentega kacang tanpa garam

3 sudu besar madu

2 biji telur gred A

1 sudu kecil esen vanila

1 ¼ cawan tepung oat

1 ½ sudu kecil serbuk penaik 

1 sudu kecil baking soda

¼ sudu kecil garam

½ sudu kecil serbuk kayu manis

¼ sudu kecil serbuk buah pala

Cara penyediaan:

1. Panaskan ketuhar hingga 190°C. Griskan loyang mufin dan letakkan mangkuk kertas mufin.

2. Dalam mangkuk besar, pukul pisang dengan pengadun tangan (hand mixer) hingga hancur sekata.

3. Masukkan mentega kacang dan madu. Pukul hingga rata. Masukkan telur dan esen vanila. Pukul pada kelajuan rendah sehingga sebati.

4. Satukan tepung oat, serbuk penaik, baking soda, garam, serbuk kayu manis dan serbuk buah pala dalam mangkuk kecil dan kacau rata.

5. Masukkan ke dalam adunan basah dan kacau dengan senduk hingga sebati. Jangan kacau terlalu lama.

6. Masukkan adunan ke dalam loyang mufin yang telah disediakan tadi. Jangan isi sehingga penuh, biarkan ada ruang untuk mufin kembang dan naik. Masukkan pisang yang dihiris jika mahu.

7. Bakar selama 15-17 minit, sehingga ia masak. Sebelum dihidangkan, biarkan ia sejuk ketika, kira-kira 10 minit.

Resipi oleh @feelgoodfoodie

Kredit foto :  Eiliv-Sonas Aceron, Unsplash

Isu Pada

Jagoan Litar : Lewis Hamilton Dan Valtteri Bottas

05 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

18 Sebab Sempurna Untuk Menikmati Kek!

2

TARA 2 tahun yang lalu

2 Resipi Mudah Untuk Dicuba Di Hujung Minggu

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Tiz Zaqyah Dedah Tak Makan Pisang Di Tempat Awam Kerana Sering Dikaitkan Dengan Perlakuan Lucah

4

Selera 3 tahun yang lalu

Nak Tukar Selera? - Ayuh Cuba 2 Resipi Mudah Berasaskan Sup Oden Untuk Tukar Selera

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini