web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Dokumentari Pelarian Jenayah Jho Low Bakal Ditayangkan Di Netflix Januari Hadapan

Man On The Run mengikuti Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low yang penuh misteri dan juga dikatakan seorang 'playboy'

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Dec 2023 2:13PM

Man On The Run bakal ditayangkan bermula 5 Januari depan

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Filem dokumentari jenayah Man On The Run, arahan Cassius Michael Kim (Stockton On My Mind, The Wonder List) akan membuat debut di platform penstriman Netflix pada 5 Januari 2024.

Filem ini mendedahkan kisah benar tentang sekumpulan konspirator korup yang memperjudikan harapan negara untuk kesenangan sendiri. Pengaruh mereka meluas daripada peringkat tertinggi kerajaan Malaysia hinggalah ke dunia glamor Hollywood.

Man On The Run mengikuti Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low yang penuh misteri dan juga dikatakan seorang playboy. Ahli perniagaan ini bekerjasama dengan bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak merancang satu skim bagi mengeksploitasi dana 1MDB yang tujuan asalnya diwujudkan untuk memberi manfaat kepada rakyat Malaysia.

Jho Low
Jho Low

Pada 2015, skandal 1MDB meraih perhatian antarabangsa apabila wartawan Clare Rewcastle-Brown membuat penyiasatan dan membuat pendedahan tentang penyalahgunaan dana ini selepas dia menerima dokumen kewangan yang bocor.

Hasil pembongkaran Claire, didapati sejumlah besar wang disalurkan ke dalam akaun bank antarabangsa untuk menampung gaya hidup mewah Low. Ini termasuklah pemerolehan hartanah mewah, jet peribadi, kapal layar , membayar untuk berpesta dengan selebriti senarai A seperti Leonardo DiCaprio dan supermodel, Miranda Kerr. 

Clare Rewcastle Brown
Clare Rewcastle Brown

Digelar sebagai Asian Great Gatsby, Jho Low juga membiayai pembikinan filem terkenal Martin Scorcese yang dicalonkan untuk Anugerah Oscar, ‘The Wolf of Wall Street’.

Jho Low kini berhadapan dengan tuduhan pengubahan wang haram dan beberapa kesalahan lain yang berkaitan dengan skandal berbilion dolar itu dan dikehendaki oleh pihak berkuasa antarabangsa. Sehingga kini usaha untuk membawanya ke muka pengadilan tidak membuahkan hasil dan dia dipercayai bersembunyi di China, sementara Najib Razak kini dipenjarakan.  

Najib Razak
Najib Razak

Menerusi filem ini, penonton boleh menyaksikan pemberi maklumat 1MDB, Xavier André Justo, dan wartawan Clare Rewcastle Brown ditemubual oleh krew penerbitan. Siasatan teliti yang dilakukan oleh pengarah mendedahkan kesan meluas salah satu skandal kewangan terbesar dalam sejarah.

William Bill McMurray
William Bill McMurray

Man On The Run merupakan hasil produksi The Smoking Section yang bekerjasama dengan Evergreen Media. Ia diarahkan oleh Cassius Michael Kim, manakala penerbitnya terdiri daripada Alyse Shorland, Rhana Natour, Fabian W. Joseph dan Davidian Shaw. - Getaran, 17 Disember 2023

Mengenai Man On The Run

Pengarah: Cassius Michael Kim

Penerbit: Alyse Shorland, Rhana Natour, Fabian W. Joseph, Davidian Shaw

Penerbit Eksekutif: Scott Norville, Cassius Michael Kim

Peserta/Pelakon: Najib Razak (bekas Perdana Menteri Malaysia), Datuk Seri Anwar Ibrahim (Perdana Menteri Malaysia sekarang), Clare Rewcastle Brown, Xavier André Justo, Sharon Carpenter, Kyle R. Freeny, John Fullerton, Ryan Grim, Bradley Hope , Charles O'Neal, David Smith, Woo S. Lee, Amb. John R. Malott, William "Bill" McMurry, Tony Pua, Ho Kay Tat, Syed Saddiq, Tommy Thomas

Sinematografi: Joe Simon

Editor: Jon Connor, Karl Dawson

Komposer: Jordan Asher Cruz

Durasi: 98 minit

Bahasa: Inggeris, Melayu

Kredit foto : Netflix 

Isu Pada

Jamu Selera Hiburkan Hati 16 Dis

16 Dec 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Dr Mahathir Dahagakan Perhatian - Fahmi

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Man On The Run: Belum Ada Sebarang Keputusan Berhubung Permohonan Najib - Fahmi

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Kerajaan Belum Terima Permohonan Halang Tayangan 'Man on The Run' - Fahmi

4

TARA 2 tahun yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini