web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Malaysia Destinasi Kedua HeyTea Di Asia Tenggara 

Minuman teh Cina generasi baharu yang diperbuat daripada ramuan asli seperti buah-buahan segar, daun teh asli dan susu premium

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Dec 2023 3:34PM

gambar Instagram HeyTea

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Minuman seperti teh dan kopi sememangnya sudah sebati dengan kehidupan rakyat negara ini.

Justeru, kehadiran jenama teh dan kopi antarabangsa sejak beberapa tahun kebelakangan ini terus mendapat sambutan dan ramai yang tidak takut untuk mencuba.

Malah, satu demi satu jenama minuman gaya hidup antarabangsa kini memasuki pasaran Malaysia. Terbaharu, HeyTea, rangkaian teh gaya baharu dan pencipta pertama teh keju dari China mula beroperasi di pusat beli-belah The Exchange TRX pada 1 Disember lalu. 

Pembukaan kedai ini menandakan usaha pertama HeyTea untuk menampilkan jenama terkenal itu di seluruh negara Malaysia. 

Pengguna tempatan kini berpeluang menikmati minuman teh Cina generasi baharu yang diperbuat daripada ramuan asli seperti buah-buahan segar, daun teh asli, dan susu premium.

HeyTea juga bukan sekadar minuman yang menyegarkan, ia turut menawarkan pengalaman yang dibina berdasarkan budaya jenama HeyTea yang menampilkan fesyen serta kecergasan. 

Selepas memasuki pasaran Singapura pada 2018, HeyTea memilih Malaysia sebagai destinasi perniagaan seterusnya di Asia Tenggara, berdasarkan keyakinan terhadap pasaran yang kukuh di negara serta rantau ini. 

Jika anda pernah menikmati minuman ini di luar negara, pasti anda tahu mengenai kesegaran rasa dan keunikannya. 

Bagi peminat teh yang tidak tahu pun mengenai HeyTea, bolehlah mulakan explorasi rasa anda. Kunjungi kedai berkeluasan lebih daripada 80 meter persegi di tingkat C, The Exchange TRX. 

Terdapat empat pilihan siri utama yang ditawarkan iaitu ‘Seasonal Inspirations’, ‘Refreshing Real Fruit Teas’, ‘Real Dairy Milk Teas’ dan ‘Refreshing Finest Teas’

Ia juga membawa beberapa perisa klasik termasuk ‘Very Grape Cheese (Original)’, ‘Very Grape Crystal (Original)’, ‘Mango Grapefruit Sago’, ‘Roasted Brown Bobo Milk (Original)’, ‘Strawberry Mulberry Black’ dan ‘Regal Aqua Green Jasmine Cheese (Original)’. 

Bagi yang mahu berjinak-jinak dengan jenama ini, boleh lah mulakan dengan perisa ‘Mango Grapefruit Sago’. 

Keenakkannya tiada tandingan. Sebab itulah ia menjadi minuman paling laris dalam kalangan penggemar HeyTea.

Minuman keluaran HeyTea dijual pada harga yang tidak banyak beza dengan jenama teh gaya hidup lain iaitu antara RM9.90 hingga 17.90 secawan.

Selain itu, anda juga boleh membeli magnet peti sejuk dunia HeyTea yang menjadi rebutan ramai. Diilhamkan oleh Menara Berkembar Petronas, magnet peti sejuk yang diperbuat khas untuk Kuala Lumpur ini menampilkan dua rakan yang sedang menikmati minuman ini. 

Ia adalah simbolik harapan HeyTea agar pengguna dapat berkongsi kegembiraan dan meninggalkan kenangan manis dengan yang tersayang ketika menikmati minuman ini.

Jika di Singapura, jenama ini sudah tidak perlu diperkenalkan lagi kerana ia menjadi kegemaran ramai dengan lebih daripada 3,000 cawan teh dijual setiap hari. 

Malaysia mungkin mengikut jejak langkah outlet di Singapura kerana ketika Getaran ke sini tempoh hari, barisan agak panjang untuk membuat pesanan. 

Janji HeyTea, mereka akan terus membentuk pengalaman unik untuk pengguna Malaysia melalui produk ‘sebenar’ dan budaya jenama yang memaparkan fesyen. – Getaran, 9 Disember 2023

Isu Pada

Jamu Selera Hiburkan Hati 16 Dis

16 Dec 2023

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 minggu yang lalu

Tragedi Lombong Arang Batu: Letupan Gas Ragut 90 Nyawa, Lebih Ramai Dijangka Terkorban

2

Luar Negara 2 minggu yang lalu

3 Hilang Selepas Gempa Bumi Bermagnitud 5.2 Landa Guangxi, Selatan China

3

Semasa 9 bulan yang lalu

Lawatan Ke China Perkukuh Kedudukan Malaysia Di Pentas Dunia - PM

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Keamanan Sejati Hanya Boleh Dicapai Dengan Keberanian - PM

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini