web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


İzmir Destinasi ‘Pengembaraan Terbaik 2024’ Untuk Pencinta Makanan, Budaya Dan Gaya Hidup Tepian Pantai

İzmir menawarkan gabungan budaya sejarah dan kontemporari yang mengagumkan, hidangan Aegean yang enak dan menyihatkan serta kualiti hidup yang tinggi

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Nov 2023 12:02PM

Keindahan pelbagai pantai di izmir menggamit kehadiran pelancong

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

İzmir, salah sebuah bandar yang paling indah di Türkiye yang terletak di rantau Aegean, dinamakan antara ‘Bandar Terbaik 2024’ oleh siri panduan pengembaraan terkenal, Lonely Planet. 

Menyediakan maklumat bermanfaat mengenai destinasi di seluruh dunia sejak 1973, Lonely Planet mengumumkan kedudukan bandar tersebut yang tersenarai dalam ‘Pengembaraan Terbaik 2024’, edisi ke-19 destinasi pelancongan paling disyorkan. 

Pergamon
Pergamon

Senarai tersebut yang disusun oleh sepasukan pakar pengembaraan, dibahagikan kepada lima kategori iaitu negara, rantau, bandar, kelestarian dan nilai. Sebagai salah sebuah bandar terbaik, İzmir meraih penghargaan menerusi kota purbanya, pantai yang mengagumkan, landskap yang menakjubkan serta hidangan makanan dan daya tarikan tersendiri. 

Memandangkan bandar ini mungkin kurang popular di kalangan rakyat Malaysia, Getaran berbesar hati ingin berkongsi tentang bandar ini dengan lebih dekat. Bukankah tak kenal maka tak cinta?

Makanan laut yang segar dan menyelerakan antara hidangan mesti cuba di izmir
Makanan laut yang segar dan menyelerakan antara hidangan mesti cuba di izmir

Menurut Lonely Planet, tarikan utama İzmir terletak pada kedudukan lokasi yang berada di tepian pantai. Ia menawarkan gabungan sejarah, budaya dan mood kontemporari yang mengagumkan. Tidak ketinggalan, hidangan Aegean yang sihat dan menyelerakan serta kualiti hidup yang tinggi. 

Menurut penerbitan itu lagi, bazar, lokasi budaya dan seni yang bersejarah, laluan ladang anggur, pantai indah, serta runtuhan tinggalan purba di İzmir kesemuanya menjadi tarikan menarik untuk diterokai. 

Festival Antarabangsa İzmir yang diadakan saban tahun di antara Jun dan Julai merangkumi pelbagai persembahan konsert dan tarian merupakan antara aktiviti pelancongan yang tidak harus dilupakan. 

Selain Pantai, Ada Perkampungan Pelik

Meskipun bergelar bandar ketiga terbesar di Türkiye, İzmir mempunyai persekitaran santai yang menyumbang kepada kualiti hidup yang tinggi. Biarpun dikunjungi jutaan pelancong setiap tahun kerana tarikan bandar purba Ephesus iaitu Tapak Warisan Dunia UNESCO, Lonely Planet tetap mengatakan İzmir masih belum diteroka sepenuhnya. 

Bandar ini dibangunkan untuk penghuninya menikmati kehidupan dan memaparkan pantai indah hampir dua kilometer menghala ke Bazar Kemeraltı yang serba meriah. Lokasinya yang luar biasa dan laluan mudah ke bandar pesisir lautan dan pantai yang indah ternyata menjadi daya tarikan İzmir. 

Urla terkenal dengan ladang anggur dan wain
Urla terkenal dengan ladang anggur dan wain

Pantai barat İzmir dikelilingi beberapa kampung yang agak pelik dan penempatan pantai terkenal, dari Foça ke Urla dan dari Karaburun ke Çeşme Peninsula. Urla terkenal dengan ladang anggur dan wain Turkinya, di mana pengunjung boleh menikmati sajian makanan enak di restoran yang menyediakan hasil segar dari ladang. 

Makanan dan minuman di Urla menerima penyenaraian panduan Michelin tahun ini
Makanan dan minuman di Urla menerima penyenaraian panduan Michelin tahun ini

Pada masa yang sama Alaçatı yang terletak di Çeşme Peninsula, mengetengahkan herba dan makanan laut Aegean. Keaslian sajian makanan dan minuman yang dimilikinya berjaya meraih penyenaraian dalam panduan Michelin tahun ini.

Khazanah Anatolia

Istimewa buat mereka yang mencintai sejarah, anda boleh mengunjungi Bergama dan Selçuk. Bandar purba Bergama yang merupakan Tapak Warisan Budaya Dunia UNESCO  ini menempatkan perpustakaan zaman dahulu yang kedua terbesar, dan anda boleh memulakan perjalanan untuk mengenali sejarah rantau ini sehingga ke zaman prasejarah. 

Di Selçuk, anda boleh meneroka tinggalan Kuil Artemis yang dianggap sebagai salah satu daripada Tujuh Keajaiban Dunia Purba, bandar purba Ephesus, Tapak Warisan Dunia UNESCO dan penempatan tersergam indah yang memberi nafas kepada Zaman Purba, termasuklah Basilica of St John dan House of the Virgin Mary. 

İzmir Pergamon Ancient City
İzmir Pergamon Ancient City

Teruskan pengembaraan ke Şirince yang terkenal dengan wain buah-buahannya. Dibina di lereng bukit yang menghijau dengan pemandangan pergunungan Selçuk, baru-baru ini Şirince berada dalam senarai ‘Perkampungan Pelancongan Terbaik Dunia 2023’, Pertubuhan Pelancongan Dunia Bangsa-bangsa Bersatu.

Ephesus Celcus Library
Ephesus Celcus Library

Tarikan terkini bandar tersebut ialah İzmir Culture and Arts Factory yang dibuka di sebuah kilang yang ratusan tahun dan telah dipulihkan. İzmir Culture and Arts Factory turut menganjurkan Festival Laluan Budaya Ephesus yang berlangsung pada 28 Oktober hingga 5 November lalu. - Getaran, 19 November 2023

Foto : Türkiye Tourism Promotion and Development Agency

Isu Pada

Sembunyikan Diri, Damaikan Hati di Coconest Langkawi 18 Nov

18 Nov 2023

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini