web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Lupakan Halloween, Haram Diraikan Oleh Umat Islam

Fatwa Kebangsaan telah mengharamkan sambutan Halloween bagi umat Islam kerana ia jelas bertentangan dengan nilai-nilai syariah

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Oct 2023 1:49PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dalam beberapa hari sahaja lagi, sambutan atau perayaan Halloween akan diraikan oleh penduduk dunia. Malaysia juga tidak ketinggalan menyambutnya atas nama kepelbagaian budaya. 

Tetapi tahukah anda perayaan yang disambut pada tanggal 30 Oktober saban tahun ini sebenarnya tidak boleh diraikan oleh umat Islam? Kerana apa? Kerana ia mempunyai kaitan dengan agama Kristian, sekali gus boleh menghakis kemurnian akidah.

Kenyataan atau penjelasan ini telah lama dikongsi oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan iaitu pada November 2015. Bahkan, Fatwa Kebangsaan juga telah mengharamkan sambutan Halloween bagi umat Islam kerana ia jelas bertentangan dengan nilai-nilai syariah.

Halloween merupakan perayaan yang disambut bagi memperingati orang yang telah mati. Halloween juga disebut dengan Hallowe’en dan perayaan ini juga disebut sebagai All Hallow Eve atau All Saints’ Eve.

Perkataan Halloween/Hallowe’en muncul dalam tahun 1745M dan penggunaannya dipercayai dimulakan penganut agama Kristian. Perkataan halloween bermaksud hallowed evening atau holy evening (petang yang mulia) dan dikatakan juga berasal dari bahasa Scottish. Orang Celt di Scotland dikatakan merayakan perayaan ini dengan tradisi paganisme sempena musim menuai mereka.

Mengikut budaya Barat, khususnya yang menganut Kristian, perayaan ini disambut pada sebelah malam di mana masing-masing akan mengenakan pakaian yang menyerupai roh-roh jahat, syaitan, ahli sihir, hantu, Goblin dan makhluk-makhluk mitos menyeramkan dari budaya Barat. Cuma, seiring dengan peredaran zaman kostum adiwira atau karektor superhero turut digayakan. 

Kanak-kanak merupakan golongan yang paling seronok kerana mereka akan berjalan dari pintu ke pintu rumah dengan bermain permainan 'Trick or Treat!' Ucapan ini sebenarnya semacam ‘ugutan’ untuk memberikan mereka sesuatu seperti manisan, atau jika tidak, kekacauan akan berlaku.

Orang Islam diharamkan meraikan perayaan ini kerana kajian sejarah mendapati perayaan ini disambut oleh sebahagian penganut Kristian untuk memperingati roh-roh yang telah meninggal dunia.  

Sabda Rasullulah SAW dari hadis Ibn Umar R.Anhuma:

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم  : مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُم

Maksudnya: Telah berkata Rasulullah SAW: Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka mereka tergolong dalam golongan itu” - Riwayat Abu Daud (4031).

Berdasarkan hadis di atas, maka seorang Muslim itu dilarang untuk meniru gaya atau kelakuan atau pakaian yang khusus dikenali dengan unsur jahat atau adat perayaan yang boleh menimbulkan salah sangka orang ramai terhadap orang yang menyerupai perkara-perkara tersebut.

Al-Imam al-San’ani Rahimahullah berkata bahawa hadis di atas menunjukkan barang siapa yang menyerupai orang-orang fasiq ataupun kafir ataupun orang yang melakukan bid’ah dalam apa jua perkara yang dikhaskan padanya dari segi pemakaian, tunggangan ataupun gerak-geri tingkah laku maka dirinya tergolong dalam kalangan mereka - (Subul al-Salam. Dar al-Hadis, 2/647).

Disebutkan juga pendapat lain yang mengatakan bahawa tasyabbuh itu juga berlaku dalam perkara-perkara dalaman bersifat i'tiqad, iradat (kemahuan dan kehendak) dan perkara-perkara luar daripada segi perkataan, perbuatan yang boleh menjadi ibadat dan adat. (Faydh al-Qadir. Al-Maktabah al-Tijariyyah al-Kubra, 6/104)

Jadi, jelaslah di sini bahawa perayaan Halloween merupakan tasyabbuh kepada golongan kafir dari segi i’tiqad, justeru, perbuatan dan juga pemakaian yang menyerupai mereka yang menyambut perayaan ini adalah tidak dibenarkan. - Getaran, 28 Oktober 2023

Foto : https://www.freepik.com/ 

Isu Pada

Atilia Cinta Sampai Mati 4 Nov

04 Nov 2023

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini