web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Honor 90 Lite 5G, Antara Pilihan Telefon Pintar Dalam Pakej 5G Rahmah

Honor 90 Lite 5G terpilih untuk disenaraikan di bawah Pakej 5G Rahmah kerana spesifikasi dan tawaran harga yang amat mampu milik

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Oct 2023 6:16PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebuah model telefon pintar Honor 90 Lite 5G telah dipilih sebagai antara model peranti yang ditawarkan di bawah Pakej 5G Rahmah, susulan spesifikasi dan harga yang amat mampu milik.

Pakej 5G Rahmah ini diwujudkan oleh kerajaan bagi memastikan setiap rakyat dapat menikmati data dan peranti 5G mengikut arus teknologi. Seperti diketahui, Honor 90 Lite bukan sahaja telefon pintar 5G yang paling diminati pengguna malah ia telah mendapat pengiktirafan rasmi daripada Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD).

Ia juga bertujuan meluaskan penggunaan 5G dalam kalangan rakyat, seterusnya merapatkan jurang digital antara pengguna dalam menuju era baharu dunia komunikasi. 

Honor juga dipilih kerana ia konsisten menawan hati pengguna dengan teknologi yang inovatif, dan sentiasa mengekalkan kualiti walaupun dengan lambakan pelbagai model terkini.

HONOR 90 Lite turut merekodkan maklum balas yang baik daripada pengguna dan berjaya menyakinkan lagi pelanggan untuk memanfaatkan pakej ini.

CEO HONOR Malaysia Li Jing (kiri) menyampaikan foamboard penghargaan kepada wakil Kementerian Komunikasi dan Digital di Emerging Industries Exchange Conference
CEO HONOR Malaysia Li Jing (kiri) menyampaikan foamboard penghargaan kepada wakil Kementerian Komunikasi dan Digital di Emerging Industries Exchange Conference

Majlis pelancaran pakej Rahmah ini telah disempurnakan oleh CEO HONOR Malaysia, Li Jing, yang berbesar hati menyampaikan sijil penghargaan tersebut kepada Setiausaha Bahagian Kawalan dan Pematuhan KKD, Kamarudin Abdul Rani.

Ia sebagai simbolik komitmen dan kerjasama strategik dari Honor.

Dengan pemilihan Honor, jenama ini dilihat semakin kukuh bertapak di Malaysia.

Dengan harga yang amat berpatutan, ia adalah bukti bahawa produk berkualiti tidak semestinya perlu dihasilkan dengan harga yang tinggi.

Apa yang penting, ia berupaya memanfaatkan setiap kelebihan dan kecanggihan teknologi terkini. - Getaran, 15 Oktober

Sumber Foto: Honor

Isu Pada

Kanser Payudara Bukan Pengakhiran Hidup 21

21 Oct 2023

Berita Berkaitan

1

Teknovasi 2 bulan yang lalu

Siri HONOR 600 Dengan Teknologi AI Terkini Dilancar, Kamera Utama 200MP

2

Teknovasi 3 bulan yang lalu

Robot Phone & Magic V6 Letakkan HONOR Di Pentas Dunia MWC 2026

3

Teknovasi 1 tahun yang lalu

HONOR 400: Telefon Kelas Pertengahan Serba Hebat Yang Mesra Poket

4

Teknovasi 1 tahun yang lalu

HONOR Lancar Barisan Produk Untuk Gaya Hidup Pintar 

Sorotan

1

‘Saya Hormat Keputusan Mahkamah, Sabar Tunggu 13 Julai’ - Syed Saddiq

2

Pasport Baharu Dilancar, Malaysia Kekalkan Kedudukan Pasport Ketiga Terkuat Dunia

3

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi 

4

Lebih 4,500 Kes Kanak-Kanak Hilang Direkod Antara 2021 - 2025

5

Keputusan Rayuan Akhir Kes Syed Saddiq 13 Julai

6

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq