web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


6 Koleksi Kereta Star Wars Racer Dari Shell, Ada Hadiah Istimewa Menanti Pembeli!

Shell telah memperkenalkan siri Shell Motorsport Remote Control Collection terbaharu mereka yang diinspirasikan dari watak-watak filem Star Wars iaitu Star Wars Racer Collection

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Oct 2023 5:07PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Malaysia antara negara yang memiliki ribuan peminat filem Star Wars. Populariti Star Wars menyebabkan pelbagai jenama tidak mahu ketinggalan mengeluarkan produk edisi khas berkaitan dengan filem fiksyen peperangan angkasa ini.

Walaupun siri filem Star Wars yang terakhir ditayangkan pada 2019, pelbagai produk terbaharu Star Wars masih dikeluarkan bagi menjadikan ia sebagai salah satu koleksi permainan eksklusif. Shell misalnya telah memperkenalkan siri Shell Motorsport Remote Control Collection terbaharu mereka yang diinspirasikan dari watak-watak filem Star Wars iaitu Star Wars Racer Collection.

Koleksi kali ini adalah hasil kerjasama The Walt Disney Company Southeast Asia dengan Malaysia, yang juga negara pertama memasarkan koleksi berkenaan. Difahamkan, ada kemungkinan koleksi ini tidak dipasarkan di negara lain.

Sebanyak enam rekaan kereta berbeza telah dicipta untuk koleksi kali ini iaitu Darth Vader Racer, Stormtrooper Racer, Darth Maul Racer, The Mandalorian Racer, Bobo Fett Racer dan BB-8 Racer. Sama seperti tahun lalu, koleksi ini masih dibangunkan bersama BrandBase dan menggunakan bateri pintar.

Ia boleh dikawal menggunakan aplikasi telefon dengan menggunakan sambungan tetapan bluetooth. Bukan itu sahaja, ia dilengkapi dengan badan yang dihasilkan dari material diecast, bagi menonjolkan kualiti premium koleksi ini.

Selain itu, koleksi ini juga ini hanya boleh diaktifkan menggunakan bluetooth khas yang dijual secara berasingan. Ini bermakna anda tidak perlu membeli bateri tersebut setiap kali membeli koleksi seterusnya kerana ia boleh digunakan pada model yang lain.

Jika anda masih menyimpan bateri pintar dari koleksi terdahulu, ia masih boleh digunakan pada koleksi Star Wars Racer ini. Menariknya, aplikasi tersebut bukan sekadar mengawal pergerakan kereta, tetapi ia juga boleh digunakan untuk menyalakan lampu, menghidupkan enjin atau membunyikan hon.

Koleksi kereta kawalan jauh Star Wars Racers pertama dunia ini sudah mula dijual sejak 6 Oktober dan berakhir pada19 November. Kesemua model kecuali Darth Vader Racer dijual pada harga RM49.90 dan anda hanya layak membelinya selepas mengisi petrol Shell FuelSave 95, Shell V-Power 97 atau Shell V-Power Racing sekurang-kurangnya RM50 dalam satu resit.

Bateri bluetooth pula dijual pada harga RM30 dan anda masih perlu membeli petrol sekurang-kurangnya RM49.90 dalam satu resit untuk layak membelinya. 

Untuk Darth Vader Racer pula, ia akan diberikan secara percuma sekiranya anda membeli minyak pelincir Shell Helix Ultra atau Power dalam pek 4 liter di stesen-stesen minyak Shell. - Getaran, 8 Oktober 2023

Sumber Foto: Shell

Isu Pada

Jadi Diriku - Tunku Rania 7 Oktober

07 Oct 2023

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Malang Memang Tidak Berbau

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Kalau Boleh Bersabarlah, Semua Orang Nak Cepat

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

'Lesen Terbang' Ke Ni

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Dah Kenapa Tak Boleh Nak Bersabar Ni?

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini