Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Perempuan Sebenarnya Berhias Untuk Siapa? Ini Jawapannya

Orang lelaki jangan perasan, perempuan melakukan semua itu bukanlah untukmu

TARA Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 01 Oct 2023 10:40AM

Wanita sentiasa ingin kelihatan cantik dan ia tiada kaitan dengan usaha untuk menarik perhatian kaum lelaki. gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Fitrah seorang wanita itu memang suka berhias. Segalanya nak dihias. Bukan sahaja diri sendiri yang dihias, rumah, anak-anak, suami, kereta, semuanya kalau boleh mahu dihias. Lantas, tidaklah menghairankan jika perempuan itu sifatnya suka membeli-belah!  

Alat solek sahaja sudah penuh dua tiga beg, baju dan tudung untuk menghias tubuh sekurang-kurangnya dua almari, aksesori emas dan bukan emas untuk hiasan tambahan dua bekas, kasut berpasang-pasang, tas tangan memenuhi ruang, barang-barang perhiasan untuk menghias rumah dan pelbagai lagi. 

Oleh itu, fahamilah bahawa senarai pembelian dan keinginan orang perempuan tidak pernah berkurangan. Walaupun ekonomi peribadi mereka tidak memberangsangkan, ini tidak bermakna senarai pembelian tadi hilang daripada minda wanita. 

Falasinya timbul apabila ada pihak yang cuba mengaitkan perangai kaum wanita ini dengan keinginan untuk menarik perhatian kaum lelaki. Tidak perlulah bergaya kerana lelaki bukanlah terpikat kerana alat solekmu, atau tas tanganmu, atau cara orang wanita bergaya. 

Tidak perlulah berhabis-habis nak beli kasut yang kamu inginkan kerana orang lelaki tak perasan pun kasut apa yang kamu sarungkan. Tidak perlulah tudung yang popular itu, kalau bawal biasa pun cantik juga.  Disebabkan kekeliruan ini, penulis ingin menjelaskan ‘perempuan sebenarnya berhias untuk siapa’. Tidak setuju, tidak mengapa, cuma perlu tahu akan faktanya. 

Kata orang wanita, lelaki mempunyai keistimewaan di mana tiada sesiapa yang kisah atau menyedari seandainya orang lelaki memakai sehelai baju yang sama berkali-kali, sedangkan dunia wanita tidak mempunyai kelebihan begitu. 

Pada fikiran wanita, akan ada mata-mata yang memandang dan menilai sekiranya dia menyarungkan baju yang sama berulang kali, seolah-olah dia seorang yang sengkek atau tidak pandai bergaya. Sama ada penilaian ini khayalan atau kenyataan, ianya tetap mengganggu minda wanita. 

Keyakinan kepada penilaian wanita lain ini menyebabkan kaum wanita terus-terusan membeli walaupun almari sudah sarat dengan baju-baju yang hanya diperagakan sekali. Sesekali kaum lelaki cuba untuk menenangkan wanita dengan fakta bahawa lelaki tidak pernah berfikiran sedemikian tetapi fakta lelaki itu umpama mencurahkan air ke daun keladi.

Mengapa begitu? Kerana pandangan lelaki itu bukan faktor yang mendorong. Pernah dengar wanita mengeluh: "Tiada baju nak pakai”?  Walaupun di mata kasar lelaki baju wanita itu banyak, pada wanita pula baju itu bermaksud ‘baju yang baharu’.

Kadang-kadang lelaki berani memberi pendapat seperti wanita itu tidak perlu bersolek tebal kerana hakikatnya orang lelaki lebih sukakan yang asli. Really? Adakah lelaki sedar apa itu asli? Atau apa yang digemari oleh matanya itu sudah didandan dihias agar sejuk mata dan hati memandang? 

Apa pun kebenarannya, pesanan untuk orang lelaki ialah, perempuan melakukan semua itu bukanlah untukmu. Sekali lagi, faktor ‘memikat’ lelaki itu tidak signifikan apabila wanita mengambil keputusan untuk berhias. 

Hakikatnya, ramai wanita berhias untuk ‘bersaing’ dengan wanita lain dalam memperoleh kekaguman, penghormatan dan juga cemburu di mata mereka. Ya, cemburu. Jika wanita lain memuji, mencemburui, menginginkan kecantikan dan gaya yang kita ada, itu memberi satu bentuk kepuasan hati yang tidak dapat digambarkan. 

Seandainya solekan dan hiasan pada wanita itu menggembirakan hati lelaki, itu adalah hanya kesan sampingan sahaja. Kerana, tumpuan utama wanita sebenarnya ialah untuk diri sendiri dan kemudiannya untuk bersaing dengan wanita lain dalam mendapat gelaran ‘Aku lebih bergaya dari dia’, walaupun sekadar fatamorgana sahaja. Jangan ditanya mengapa terjadinya sebegitu kerana itulah sifat semulajadi wanita. Kalau tidak percaya, perhatikan kelakuan anak gadis kecil anda.  

Namun, sebagai seorang muslimah, janganlah kita tidak acuh dengan garis panduan agama dalam berhias diri. Wanita itu sebenarnya hanya harus berhias untuk suami mereka serta individu yang dibenarkan oleh syarak sahaja seperti yang dinyatakan di dalam firman Allah SWT Surah An-Nur ayat 31. Sebenarnya, asalkan kemas dan elok dipandang mata itu sudah mencukupi tetapi kerana menurutkan nafsu, seringnya wanita perlu menambah itu dan ini. 

Sememangnya sebahagian besar wanita tanpa mengira umur, mempunyai keinginan untuk bergaya. Begitu ramai yang sentiasa cakna dengan busana terbaru di pasaran supaya kekal bergaya umpama selebriti dan pempengaruh pujaan. 

Jika tidak, masakan penjualan tudung selebriti ‘sold out’ dalam masa kurang 15 minit, masakan wanita bersesak-sesak hadir di jualan gudang jenama terkini. Semua wanita mempunyai keinginan ini, yang membezakannya ialah tahap ‘kegilaan’ dan jumlah wang yang ada di dalam akaun masing-masing. 

Apa pun, janganlah dinormalisasikan sikap ‘biar papa, asal bergaya’ dalam kita berhias diri kerana perbuatan yang keterlaluan pasti ada akibatnya. 
Sebelum mengakhiri, penulis ingin berpesan agar wanita sering mencari tip untuk ‘mix and match’ supaya kita dapat menambah pulangan pelaburan (ROI) kepada barangan yang telah kita beli dan praktikkan ‘alah membeli menang memakai’ dalam membuat sebarang pembelian. - Getaran, 1 Oktober 2023

Isu Pada

Jadi Diriku - Tunku Rania 7 Oktober

07 Oct 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Polis Tahan Lelaki Disyaki Bunuh Anak Usia 6 Bulan

2

Video & Galeri 4 minggu yang lalu

Harap Pihak Masjid Beri Penjelasan, Ramai Dah Keliru Ni

3

Semasa 1 bulan yang lalu

3 ‘Superman’ Wanita Diberkas, Sertai Kelab Motosikal Awek Melaka

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Berlaku Aliran Peningkatan Penggunaan Vape, Termasuk Golongan Wanita - Lukanisman

Sorotan

1

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

2

Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101

3

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

4

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

5

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad

6

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

7

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat