web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Merdekakah Kita Ketika Ini? Mari Hayati Perkongsian Pendapat 4 Ulama Islam Tentang Kemerdekaan

Penulis berkongsi empat pandangan ulama islam mengenai istilah ‘merdeka’ yang boleh kita amati dalam kehidupan seharian

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Sep 2023 12:27PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Semua rakyat perlu mengetahui maksud sebenar merdeka, dan jangan sesekali kita melupakan perkataan tersebut, khususnya generasi muda, supaya mereka tahu betapa banyak perjuangan dan pengorbanan yang perlu dilalui nenek moyang kita bagi memerdekakan negara satu ketika dahulu.

Jika dilihat keadaan semasa, Malaysia telah dikurniakan keamanan dan bebas dari penjajah sejak 31 Ogos 1957. Justeru, apa yang masih perlu diberi perhatian dan dilindungi sedangkan negara tidak lagi diancam peperangan?

Hari ini, penulis berkongsi empat pandangan ulama Islam mengenai merdeka yang boleh kita amati dalam kehidupan seharian.

Pendeta Za’ba

Za’ba atau nama sebenarnya Zainal Abidin bin Ahmad merupakan seorang sasterawan Melayu dan memiliki kemahiran sebagai penulis sejak 1940. Beliau menyebut beberapa kenyataan yang merujuk kepada pengertian kemerdekaan itu.

Antaranya, ‘berubah daripada kepercayaan bodoh yang melemahkan akal dan ikhtiar kepada kepercayaan yang cerdik yang membebaskan fikiran daripada ajaran yang mematikan hati kepada ajaran yang menghidupkan’. 

Kenyataan ini membawa maksud, minda manusia perlu berubah daripada yang buruk kepada baik, dengan berteraskan ilmu pengetahuan.

Penjelasan lain daripada beliau adalah ‘menyuburkan dia daripada i‘tiqad-i‘tiqad yang serong dan terpesong kepada i‘tiqad yang subur dan merdeka daripada kezaliman pemerintahan berdasarkan hawa nafsu kepada kesolehan. Fikiran-fikiran yang menahankan dan menyekat kemajuan kepada fikiran yang membebaskan kemajuan dan menggalakkan kemaraan yang baik-baik dan mulia’.

Jelas di sini bahwa Za’ba amat mementingkan perubahan diri dengan menjadi lebih baik dalam kehidupan seterusnya mencapai kemerdekaan dalam diri sendiri.

Malik Bennabi

Malik Bennabi iaitu ahli falsafah yang berasal dari Algeria ini pula berkata, perjuangan membebaskan tanah air harus segera disusuli dengan perjuangan memerdekakan minda (Istiqlal al-‘aql).

Beliau menyedari apalah maksud kemerdekaan bumi pertiwi jika minda pribumi masih tetap dijajah. Membangkitkan jiwa merdeka adalah agenda terpenting yang tidak boleh dikompromi.

Pendapat Malik tentang kemerdekaan ini sedikit sebanyak mempunyai persamaan dengan Za’ba iaitu kemerdekaan terhadap minda manusia. Zaman moden ini, kerisauan akibat pengaruh budaya barat dalam diri generasi muda kian meningkat. 

Justeru, adalah penting untuk memupuk diri dan memerdekakan minda kita daripada dijajah oleh pengaruh luar yang tidak bermanfaat. 

Buya Hamka

Buya Hamka nama yang tidak asing lagi sebagai ulama dan sasterawan dari Indonesia yang sentiasa memberi nasihat. Dalam bukunya bertajuk Falsafah Hidup, beliau menjelaskan pengertian kemerdekaan seperti berikut, ‘kemerdekaan, ialah bahawa engkau rasai dengan perasaan yang jernih, hak yang perlu engkau ketahui dan waktu itu engkau rasai apa pula kewajiban kepada orang lain.

“Engkau merdeka dan bebas mengembangkan sayap, menurutkan kemahuan hati, untuk membuktikan bahawa engkau berhak. Engkau boleh mengeluarkan apa yang terasa di hatimu, asal engkau hormati pula kemerdekaan orang lain dan engkau bayarkan kewajipan yang diminta oleh masyarakat kepada engkau’.

Di sini beliau menerangkan kepentingan untuk saling menghormati dan memelihara tanggungjawab sebagai seorang manusia.

Syed Muhammad Naquib al-Attas

Bagi ahli falsafah, cendekiawan Muslim dan Tokoh Melayu Terbilang 2011 ini pula, apabila disebut ‘kebebasan’ dalam konteks Islam, ia merujuk kepada ikhtiar iaitu mencari jalan kemudian bertawakal dan bukannya hurriyyah (kebebasan). 

Ikhtiar dalam konteks ini merujuk kepada memilih sesuatu yang lebih baik. Oleh itu, menurut beliau, kebebasan adalah perbuatan berlandaskan tuntutan sifat yang benar dan selari dengan fitrah manusia dan tuntutan ilahi.

Apa pula maksud merdeka bagi anda? Sama-sama kita muhasabah diri dan sentiasa berusaha untuk menjadi insan yang lebih baik setiap hari. Semoga kemerdekaan negara ini menjadi pengertian yang bermakna kepada kita sebagai rakyat Malaysia. - Getaran, 2 September 2023

Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan

Isu Pada

Pesanan Fazley Buat Rakyat Malaysia 9

09 Sep 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

2

TARA 2 tahun yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

3

TARA 2 tahun yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

TARA 2 tahun yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini