Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pameran Khas Baharu Dibuka Di Museum Of Broadway Bagi Meraikan Chicago

 Ia turut tersenarai dalam Senarai Popular 2023 Condé Nast Traveler sebagai salah satu ‘Muzium Baharu Terbaik di Dunia!’ 

TARA Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 06 Aug 2023 4:06PM

Pameran yang dicipta secara eksklusif untuk Museum of Broadway ini adalah retrospektif kepada 26 tahun muzikal CHICAGO di Broadwa

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Museum of Broadway baru-baru ini membuka satu pameran khas baharu yang didedikasikan untuk muzikal Amerika yang paling lama ditayangkan di Broadway buat masa ini iaitu CHICAGO. ALL THAT JAZZ: The Legacy of CHICAGO the Musical.

Pameran yang dicipta secara eksklusif untuk Museum of Broadway ini adalah retrospektif kepada 26 tahun muzikal CHICAGO di Broadway dengan memberi tumpuan khusus pada fotografi penerbitan yang ikonik dan kempen iklan sepanjang tempoh tersebut.

Jangan sesekali melepaskan peluang untuk menyaksikan pameran yang dibuka sehingga 10 September nanti
Jangan sesekali melepaskan peluang untuk menyaksikan pameran yang dibuka sehingga 10 September nanti

Pengunjung boleh melihat dengan lebih dekat segala artifak dan kostum menakjubkan yang dipakai oleh beberapa bintang pelakon muzikal CHICAGO, serta merasai sebahagian daripada persembahan tersebut melalui pengaktifan foto eksklusif. 

Jadi, jika anda akan ke New York dalam sedikit masa lagi, jangan sesekali melepaskan peluang untuk menyaksikan pameran yang dibuka sehingga 10 September 2023 ini.

Kemasukan ke pameran istimewa serba baharu ini adalah disertakan dengan mana-mana pembelian tiket ke Museum of Broadway, yang boleh dibeli di https://www.themuseumofbroadway.com/tickets.

Pengunjung juga boleh mendapat informasi yang mungkin tidak pernah diketahui selama ini
Pengunjung juga boleh mendapat informasi yang mungkin tidak pernah diketahui selama ini

Muzium Broadway, yang dibuka kepada orang ramai pada November lalu, terletak di tengah-tengah Times Square Bandar New York di 145 W. 45th St. dan merupakan muzium kekal pertama yang didedikasikan untuk sejarah menarik dan kesenian legenda muzikal Broadway, jalan cerita, dan mereka yang menjayakannya.

Sebagai sebahagian daripada pengalaman teater yang mengasyikkan dan interaktif ini, pengunjung akan mengembara melalui sejarah visual Broadway yang menyerlahkan detik-detik istimewa dalam siri pameran yang mempamerkan kostum, prop, lukisan, foto yang jarang ditemui, video dan banyak lagi. 

Sepanjang perjalanan dalam pameran ini, pengunjung juga boleh mendapat informasi yang mungkin tidak pernah diketahui selama ini. Lihat dan pelajari bagaimana persembahan ini mengubah landskap Broadway serta detik-detik yang memperluas sempadan kreatif, mencabar norma sosial dan membuka laluan kepada mereka yang mahu mengikutinya. 

Secara keseluruhan, muzium ini mempamerkan lebih daripada 500 produksi dari tahun 1700-an hinggalah sekarang. Beberapa pameran ini yang disertakan mengikut garis masa mempamerkan prop dan artifak daripada produksi Broadway seperti The Phantom of the Opera, West Side Story, Rent, Company, Cabaret dan banyak lagi.

Muzium ini juga menampilkan pameran ‘The Making of a Broadway Show’ rekaan David Rockwell, yang memberi penghormatan kepada komuniti profesional dengan bakat yang cemerlang – baik di atas pentas atau di belakang tabir – yang menghidupkan drama dan muzikal Broadway setiap malam.

Muzium ini juga menampilkan pameran ‘The Making of a Broadway Show’ rekaan David Rockwell
Muzium ini juga menampilkan pameran ‘The Making of a Broadway Show’ rekaan David Rockwell

CHICAGO ialah rancangan yang paling lama ditayangkan buat masa ini di Broadway, di mana ia telah menayangkan lebih 10,000 persembahan sejak pembukaannya pada tahun 1996. CHICAGO telah dimainkan di 38 buah negara di lebih 525 bandar dan telah dipersembahkan dalam tiga belas bahasa berbeza di seluruh dunia.

Tiket boleh dibeli di https://www.themuseumofbroadway.com/tickets, bermula pada harga AS$34, dengan sebahagian daripada hasil jualan tiket ini akan didermakan kepada Broadway Cares/Equity Fights AIDS. 

Kadar harga untuk pelajar dan warga emas turut tersedia, dengan tiket bermasa khas berharga AS$25 dikeluarkan pada hari Selasa pertama setiap bulan. Tiket berkumpulan dan acara istimewa juga tersedia atas permintaan.

Muzium ini memberikan pengalaman berpandu kendiri dengan panduan pelawat maya yang tersedia melalui aplikasi Museum of Broadway dalam bahasa Inggeris, Sepanyol, Cina (dipermudah), Jerman, Perancis, Jepun, Korea dan Portugis.

Sila layari https://www.themuseumofbroadway.com dan ikuti @museumofbroadway di media sosial untuk mendapatkan maklumat lanjut. - Getaran, 6 Ogos 2023

Foto : @museumofbroadway

Isu Pada

Bicara Hati Halim Othman

12 Aug 2023

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Gempa Bumi Magnitud 4.8 Gegarkan New Jersey, New York

2

TARA 4 bulan yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

3

TARA 4 bulan yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

4

TARA 4 bulan yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

Sorotan

1

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

2

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

3

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

4

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

5

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

6

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi