Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Kenali 'Deadpool' Kok Lanas, Pengusaha Nasi Kertas Kreatif

Deadpool Kok Lanas, penyelamat penduduk setempat daripada kelaparan dengan Kedai Nasi Kertasnya. Juga pemberi sedikit warna dan keceriaan kepada kehidupan kita yang dirundung pandemik ini.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 May 2021 9:10AM

Gambar: fotoBERNAMA/Zulkarnain Kamaruddin

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ketika kebanyakan watak adiwira komik sedang dalam misi menyelamatkan dunia, namun adiwira Deadpool yang berasal dari daerah ini sibuk ‘beraksi’ sebagai tulang belakang di Kedai Nasi Kertas, di Kok Lanas, di sini.

Pemilik Kedai Nasi Kertas, Mohd Alif Aikal Mohd Nadzir, 30, berkata beliau memakai kostum Deadpool itu sebagai strategi pemasaran di restorannya sekali gus bagi menghiburkan hati pelanggan.

“Saya sememangnya peminat adiwira Marvel terutamanya watak Deadpool kerana sifatnya yang nakal dan suka berjenaka. Sebelum ini, saya hanya memakai kostum ini sekadar suka-suka dan ketika tidak ramai pelanggan di kedai,” katanya yang ditemui Bernama di restoran berkenaan, baru-baru ini.

Gambar: fotoBERNAMA/Zulkarnain Kamaruddin
Gambar: fotoBERNAMA/Zulkarnain Kamaruddin

Mohd Alif Aikal berkata dia sudah ‘menjadi’ Deadpool sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di tujuh jajahan di Kelantan mulai 16 April lepas bagi menceriakan pelanggan yang menikmati makanan di restoran terbabit.

Usaha itu kemudian diteruskan sepanjang Ramadan lepas hingga kini bagi menarik kehadiran pelanggan yang datang membungkus makanan selaras penguatkuasaan PKP di seluruh ketika ini.

Bapa kepada seorang anak perempuan berusia dua tahun itu berkata selain Deadpool, dua pekerjanya turut memakai kostum adiwira Spiderman dan Black Panther namun  pada hari tertentu sahaja seperti hujung minggu dan cuti umum.

Menurut Mohd Alif Aikal, Kedai Nasi Kertas yang beroperasi sejak 2016 itu menyediakan variasi juadah asli Kelantan termasuk nasi kerabu, nasi berlauk serta nasi ayam kampung madu yang menjadi kegemaran kebanyakan pelanggan.

Sepanjang Ramadan lepas, restoran itu turut menjual pelbagai jenis colek yang mencecah hampir 500 pesanan sehari, katanya.

Bercerita di sebalik nama Kedai Nasi Kertas, Mohd Alif Aikal berkata ia tercetus bagi menampilkan keunikan restoran itu berbanding premis makanan lain.

Gambar: fotoBERNAMA/Zulkarnain Kamaruddin
Gambar: fotoBERNAMA/Zulkarnain Kamaruddin

“Nasi Kertas sebenarnya adalah nasi berlauk yang dibungkus dengan kertas sahaja. Sekiranya saya memberi nama seperti nasi berlauk pagi atau nasi ala Kak Wok, ia agak klise.

“Ia juga menjadi persoalan kepada orang ramai ‘gapo dio nasi kertas ni’, jadi mereka akan cuba membeli nasi ini untuk mengetahui keistimewaan dan paling penting rasanya,” kata graduan Ijazah Sarjana Muda Sastera Melayu daripada Universiti Putra Malaysia itu.

Mengulas lanjut, anak ketujuh daripada lapan beradik itu berkata dia memulakan perniagaan terbabit selepas tamat pengajian dengan modal sebanyak RM80,000 menggunakan wang simpanan sendiri dan bantuan ibu bapanya.

“Pada mulanya keluarga tidak yakin dengan hasrat saya untuk berniaga nasi berlauk ini disebabkan ramai yang menjual makanan sama tetapi saya tetap ingin mencuba nasib kerana minat berniaga makanan sejak di universiti lagi.

“Saya mula mengumpul modal hasil berniaga makanan secara kecil-kecilan semasa belajar. Alhamdulillah, menerusi restoran ini, saya kini mampu meraih pendapatan antara RM10,000 dan RM15,000 sebulan,” katanya yang dibantu 12 pekerja. - Bernama

Isu Pada

Amyra Rosli, Menyemai Cinta

22 May 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Agong, Raja Permaisuri Berkenan Lawat Bazar Ramadan Tanjung Tokong

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Saya Dedikasikan Kemenangan Ini Kepada Ibu, Dialah Adiwira Sebenar - Michelle Yeoh Akan Bawa Trofi Pulang Ke Malaysia

3

Filem & TV 1 tahun yang lalu

'Thor : Love And Thunder' Tidak Akan Ditayangkan Di Malaysia

4

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Doctor Strange In The Multiverse of Madness Memberi Kelainan Luar Biasa

Sorotan

1

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

2

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

3

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

4

32 Keluarga Dipindahkan Selepas Banjir Lahar Sejuk Landa Jawa Timur, Indonesia

5

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

6

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry