web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kedah Fashion Week 2023 Platform Untuk Pereka Baharu Mencipta Nama

Acara ini bakal membawakan pelbagai fesyen daripada minimalis moden, sentuhan avant-garde, pakaian tradisional Kedah yang terperinci serta barang kemas mewah.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jul 2023 3:00PM

Grace Ho (tengah) bersama barisan peserta pameran Kedah Fashion Week 2023 yang bakal membuka tirainya mulai 4 hingga 6 Ogos di kompleks beli-belah Aman Central, Kedah. - Gambar Xavier Mah Consultancy Sdn Bhd

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kedah Fashion Week 2023 yang bakal membuka tirainya mulai 4 hingga 6 Ogos di kompleks beli-belah Aman Central di Kedah ini bakal mencipta sensasi dengan pertunjukan fesyen selama tiga hari, selain menjadi medan untuk meraikan semua aspek melibatkan fesyen di Wilayah Utara.

Dengan bertemakan ‘Big Bang’, acara ini menjanjikan acara penuh glamor, pengalaman yang tidak dapat dilupakan serta pameran visual menakjubkan berbanding penganjuran edisi sebelum ini.

Grace Ho - Gambar Xavier Mah Consultancy Sdn Bhd
Grace Ho - Gambar Xavier Mah Consultancy Sdn Bhd

Namun begitu, matlamat penganjurannya tetap sama iaitu untuk mewujudkan peluang yang tiada tandingan kepada pereka baharu dalam mengeskpresikan kreativiti, meraih pengiktirafan, sekali gus membuka jalan kepada komuniti fesyen yang aktif dan berkembang maju di Wilayah Utara. 

Memasuki edisi ke-6, acara ini dijangka mengembalikan momentum kejayaan tahun lalu selepas berehat seketika, di samping memberi sumbangan signifikan kepada industri fesyen dan pelancongan tempatan. 

Kedah Fashion Week 2023 juga dijangka membuka peluang kerjaya menerusi pembukaan jenama gaya hidup baharu di Aman Central, yang seterusnya dapat memperkayakan lagi pengalaman pelanggannya.

Sepanjang tempoh penganjuran itu, tetamu berpeluang untuk menyaksikan barisan pertunjukan dan pameran fesyen yang menarik hasil rekaan pereka fesyen tempatan dan antarabangsa baharu serta terkemuka. 

Gambar ihsan Xavier Mah Consultancy Sdn Bhd
Gambar ihsan Xavier Mah Consultancy Sdn Bhd

“Pemilihan tema ‘Big Bang’ dianggap menarik kerana ia selaras dengan teori saintifik yang merujuk kepada alam semesta yang berasal daripada zarah sebelum meletus pada masa yang sangat tepat. Tema ini mewakili intipati visi Kedah Fashion Week, di mana ia berfungsi sebagai percikan api yang pacuannya bakal menjangkau skala dan magnitud acara sebelumnya.”

“Sama seperti alam semesta yang terletus daripada zarah tunggal, Kedah Fashion Week juga menzahirkan cita-cita untuk menyemarakkan lagi senario fesyen bertenaga dan dinamik, sekali gus meninggalkan kesan yang tidak dapat dilupakan dalam industri fesyen tanah air,” ulas Pengarah Belleview Group, Grace Ho sebagai pihak penganjur.

“Kami mahu mewujudkan kerjasama antara jenama yang dihormati dan kumpulan pereka berbakat di peringkat antarabangsa serta tempatan. Dengan menyediakan ruang dinamik untuk menyatukan aspek kreativiti, kami mahu memberi inspirasi menjangkau sempadan ekspresi artistik. Bersedialah untuk membawa diri anda ke dalam acara fesyen paling berani dan menonjol di Wilayah Utara,” tambah Grace lagi.

Hasfitri Yusof - Gambar Xavier Mah Consultancy Sdn Bhd
Hasfitri Yusof - Gambar Xavier Mah Consultancy Sdn Bhd

Gabuangan pereka baharu dan lama

Acara ini bakal membawakan pelbagai fesyen daripada minimalis moden, sentuhan avant-garde, dan pakaian tradisional Kedah yang terperinci dan penuh kemewahan serta barang kemas mewah. Kedah Fashion Week 2023 menjanjikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan dalam meneroka identiti fesyen yang pelbagai di Wilayah Utara.

Rakan fesyen rasmi, Collab Store akan memulakan festival dengan aksi pembuka tirai yang menakjubkan menerusi kerjasama dengan selebriti terkenal. Sebagai pembuka selera, acara ini akan menampilkan dua pereka tempatan yang berwawasan dari Kedah, Ikmal Mukmin dari Gens Great Idea dan Jeremy Lim dari YT Label. 

Ezuwan Ismail - Gambar Xavier Mah Consultancy Sdn Bhd
Ezuwan Ismail - Gambar Xavier Mah Consultancy Sdn Bhd

Acara ini juga akan membuka jalan kepada pereka terkemuka negara seperti Asyraf Arrif, Ezuwan Ismail, Anuar Faizal, Teddie Alrashed (Bleu Natar) dan Oscar Lee (Outdwell).

Tidak ketinggalan juga adalah veteran fesyen tempatan yang diterajui oleh ByTwoo, Daniel Zharif, Dee Roslan, Salleh Hamid, Amaze, Naemah Khuntum, Hasfitri Yusof, Wan&Mary, dan pasangan bergaya, Seth&Luna. 

Oscar Lee - Gambar Xavier Mah Consultancy Sdn Bhd
Oscar Lee - Gambar Xavier Mah Consultancy Sdn Bhd

Turut menyertai kemuncak acara yang amat dinanti-nantikan ini ialah Kanapot Aunsorn dari Thailand, dan penampilan semula oleh Yadanar dari Myanmar. Melengkapkan Kedah Fashion Week adalah pertunjukan koleksi terbaharu daripada pelbagai jenama yang beroperasi di Aman Central seperti Bonia, HLA, New Era, Tomei, Icahfa, D'yana, Elrah Exclusive, dan LokalTeez.

Jelas pihak penganjur lagi, beberapa selebriti tempatan juga akan turut serta bagi memeriahkan acara ini. Antaranya Aishah, Lah Ahmad, Ziana Zain, Dr Soo Wincci, dan Datin Winnie Loo. Bahkan, Raja Puan Muda Kedah, Duli Yang Teramat Mulia Che Puan Muda Zaheeda, juga akan hadir dalam semua tiga hari acara tersebut.

Untuk maklumat lanjut mengenai Aman Central dan Kedah Fashion Week 2023, sila layari www.amancentral.com.my/. - Getaran, 9 Julai 2023 

Isu Pada

Danial Hansen Sedia Untuk Cipta Sejarah

08 Jul 2023

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini