web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Velvet Crème Poring Latté - Minuman Warna Merah Jambu Gabungan ‘Gaming’, Cinta, Kopi Dan Aplikasi Teknologi

Minuman edisi terhad telah diperkenalkan direka khas untuk membuahkan rasa teruja serta bahagia umpama anda memulakan pengembaraan bersama pasangan tercinta.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jul 2023 10:28AM

Menu baharu ini turut menggabungkan unsur gaming, keistimewaan rasa dan inovasi teknologi terbaharu - Gambar ihsan ZUS Coffee

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Platform pengedaran aplikasi global terkemuka Huawei App Gallery bersama ZUS Coffee dan permainan mudah alih Ragnarok Origin (ROO) telah bergabung tenaga dan mengumumkan kempen kerjasama mereka dalam menghasilkan minuman baharunya iaitu Velvet Crème Poring Latté. 

Minuman merah jambu edisi terhad yang menggiurkan ini telah diperkenalkan baru-baru ini dan direka khas untuk membuahkan rasa teruja serta bahagia umpama anda memulakan pengembaraan bersama pasangan tercinta.

Menariknya, menu baharu ini turut menggabungkan unsur gaming, keistimewaan rasa dan inovasi teknologi terbaharu. 

Pastikan anda merebut peluang untuk menemui kelazatan ini di cawangan ZUS Coffee kerana ia hanya ditawarkan secara eksklusif sehingga 31 Julai ini sahaja. 

Sebagai tambahan, pelanggan yang membeli Velvet Crème Poring Latté turut mendapat ganjaran eksklusif dan aktiviti yang menarik bagi meningkatkan lagi kenikmatan ketika meminum menu tersebut.

Antara ganjaran yang boleh ditawarkan adalah pek hadiah in-game istimewa tumbler “Original Love” edisi terhad, tertakluk pada terma dan syarat. Wah comel betul tumbler ini!

Antara ganjaran yang boleh ditawarkan adalah pek hadiah in-game istimewa tumbler “Original Love” edisi terhad
Antara ganjaran yang boleh ditawarkan adalah pek hadiah in-game istimewa tumbler “Original Love” edisi terhad

Minuman istimewa Velvet Crème Poring Latté yang manis lagi menyegarkan ini pasti menambat selera peminat kopi. Memandangkan ia adalah kolaborasi bersama aplikasi di Huawei App Gallery, pelanggan berpeluang untuk membuat pembelian di aplikasi tersebut.

Pengasas Bersama ZUS Coffee, Terence Ho memaklumkan, pihak mereka telah mencipta Velvet Crème Poring Latté untuk menunjukkan unsur kegembiraan, pengembaraan, dan emosi yang timbul hasil aktiviti gaming. Kami yakin bahawa minuman ini akan mendatangkan kenikmatan kepada pemain Ragnarok Origin.”

Jadi ini merupakan salah satu gabungan yang agak luar biasa dan sangat menarik melibatkan dunia sebuah aplikasi, game dan juga kopi. 

Strategi ini dilihat dapat meninggalkan kesan dan pengalaman yang berharga kepada setiap individu menikmatinya. Untuk mengetahui lebih lanjut klik pautan ini.  - Getaran, 8 Julai 2023 

Isu Pada

Danial Hansen Sedia Untuk Cipta Sejarah

08 Jul 2023

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa