web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI

Mungkinkah Kereta Terbang Akan Berjaya Dilaksanakan Suzuki? Ia Tidak Mustahil!

Suzuki telah menandatangani perjanjian untuk membina model electric vertical take-off and landing (eVTOL) SkyDrive iaitu sebuah pesawat kereta terbang.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jul 2023 4:13PM

Operasi produksi pesawat kereta terbang ini dijadualkan bermula tahun depan. - Gambar globalsuzuki.com

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebut sahaja kereta terbang, pasti terdapat segelintir daripada masyarakat kita yang  ketawa kecil dan memandang sinis kerana beranggapan ia adalah sesuatu yang mustahil untuk dicipta. 

Namun, zaman semakin berubah dan dunia semakin pesat dengan pelbagai teknologi yang luar biasa maju. Isu mengenai kereta terbang ini mungkin bukan lagi sebuah retorik atau sekadar ilusi. 

Pengurus Besar Eksekutif Suzuki, Hidetoshi Kumashiro (kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif SkyDrive, Tomohiro Fukuzawa  telah menandatangani perjanjian untuk membina model electric vertical take-off and landing (eVTOL) SkyDrive iaitu sebuah pesawat kereta terbang di kilang Suzuki yang terletak di Wilayah Shizuoka, Jepun.

Buktinya, syarikat pengeluar Suzuki baru-baru ini telah menandatangani perjanjian untuk membina model electric vertical take-off and landing (eVTOL) SkyDrive iaitu sebuah pesawat kereta terbang di kilang Suzuki yang terletak di Wilayah Shizuoka, Jepun. 

Penglibatan syarikat automotif terhadap pembinaan kenderaan udara ini bukanlah perkara baharu. Langkah ini menguatkan lagi pandangan bahawa merealisasikan kereta terbang ini bukan hanya sekadar mimpi.

Pesawat eVTOL ini dilaporkan akan dikendalikan oleh syarikat subsidiari SkyDrive dan Suzuki pula akan bekerjasama dengan anak syarikat SkyDrive tersebut permulaan untuk memulakan operasi pengeluaran termasuklah tenaga kerja yang diperlukan.

Pembinaan pesawat eVTOL tersebut akan dilaksanakan di kilang tersebut dengan tiga tempat duduk yang memiliki 12 unit rotor kipas dan dijangka memberi keupayaan kelajuan terbang sehingga 100 km/j dan jarak gerak sejauh 15 km.

Operasi produksi dijadualkan akan bermula tahun depan dan sekiranya semua langkah dan gerak kerja berjalan dengan lancar, SkyDrive dijangka akan memperoleh pensijilan kelayakan penerbangan pada tahun 2026.

Bahkan syarikat itu turut menyasarkan permohonan untuk memperoleh pensijilan daripada Federal Aviation Administration (FAA) bagi membolehkan SkyDrive beroperasi di negara Amerika Syarikat seterusnya berkembang di serata dunia.

Jadi adakah anda masih merasakan penciptaan kereta terbang sesuatu yang mustahil? Sama-sama kita nantikan perkembangannya sehingga 2026. - Getaran, 2 Julai 2023 

Sumber globalsuzuki.com

Isu Pada

Danial Hansen Sedia Untuk Cipta Sejarah

01 Jul 2023

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini