web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Piala Dunia Wanita 23 Kini Di Dalam Game FIFA 23!

Berita baik untuk kaum wanita yang mempunyai jiwa bola sepak! EA Sports mengumumkan kandungan permainan Piala Dunia Wanita terdapat di dalam game FIFA 23

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jul 2023 6:33PM

Grafik yang ditampilkan dilihat sangat jelas dan hampir sama seperti pemain sebenar di atas padang. - Gambar ea.com

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sungguhpun pelbagai jenis permainan video (game) dikeluarkan setiap tahun, bola sepak adalah antara game yang wajib dibeli kebanyakan pemilik konsol Playstation, Xbox atau PC.

Ini kerana ia menjadi permainan video yang memiliki peminat di seluruh dunia terutama golongan lelaki.

Tetapi, bagaimana pula dengan wanita sedangkan golongan ini juga terlibat dalam sukan dunia ini? Malah mereka mempunyai peminatnya tersendiri. 

Berita baik untuk kaum wanita yang mempunyai jiwa bola sepak! Baru-baru ini EA Sports telah mengumumkan terdapat kandungan perlawanan bola sepak wanita berdasarkan Piala Dunia Wanita di dalam game FIFA 23.

Kategori ini seiring dengan dengan kejohanan Piala Dunia Wanita 23 yang akan berlangsung bulan ini di Australia dan New Zealand.

Bukan sahaja kandungan terbaharu ini membolehkan pemain menggunakan pasukan-pasukan wanita yang terdiri daripada 31 negara yang terlibat. 

Malah, anda juga boleh mencipta dan melatih pemain atau pasukan ciptaan sendiri di dalam mod Lead Your Country.

Turut tersedia Mod Kejohanan dan Kick Off untuk anda berlawan di atas padang bersama rakan lain ataupun dengan AI.

FIFA 23 sudah dikeluarkan untuk konsol PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Nintendo Switch dan PC.
FIFA 23 sudah dikeluarkan untuk konsol PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Nintendo Switch dan PC.

Grafik yang ditampilkan dilihat sangat jelas dan kelihatan hampir sama seperti pemain sebenar di atas padang termasuklah ketika mereka berlari atau merembat bola.

Boleh dikatakan ia seakan-akan menyaksikan perlawanan bola sepak yang sebenar! Setiap pergerakkan nampak sangat lancar.

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan game FIFA 23 ini. 
Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan game FIFA 23 ini. 

FIFA 23 sudah dikeluarkan untuk konsol PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Nintendo Switch dan PC. Jadi kepada golongan wanita di luar sana, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan game FIFA 23 ini. 

Tonjolkan bakat anda semasa bermain permainan video ini dan buktikan bahawa anda sama hebat bahkan lebih hebat daripada golongan lelaki yang bermain game tersebut. - Getaran, 1 Jun 2023 

Sumber: ea.com

Isu Pada

Danial Hansen Sedia Untuk Cipta Sejarah

01 Jul 2023

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini