Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI

OTW by Vans, Platform Untuk Penerokaan Produk Dengan Rakan Kolaborasi

OTW by Vans merupakan sebuah platform untuk meluaskan sempadan dan mencabar perkara yang menjadi kelaziman.

TARA Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jul 2023 4:13PM

OTW by Vans memanfaatkan asal-usul papan selajunya untuk memacu sudut pandangan yang berbeza dan unik. - Gambar oleh OTW by Vans 

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Vans memperkenalkan OTW by Vans: sebuah platform baharu di mana ekspresi produk dan pengalaman jenama yang paling tinggi disatukan dengan para pencipta seni, reka bentuk, gaya, budaya papan selaju dan hiburan.

OTW by Vans ialah satu visi baharu bagi ekspresi Vans yang tertinggi, yang diilhamkan di bawah pimpinan Ian Ginoza, Naib Presiden Hala Tuju Kreatif untuk Pinnacle.

Merupakan sebuah platform untuk meluaskan sempadan dan mencabar perkara yang menjadi kelaziman, OTW by Vans memanfaatkan asal-usul papan selajunya untuk memacu sudut pandangan yang berbeza dan unik.

Syarikat berkenaan bermula pada 1966 dan telah bekerjasama dengan ramai pemain papan selaju, kumpulan muzik serta gerakan yang telah mempengaruhi kehidupan, seni dan cara studio itu beroperasi.
Syarikat berkenaan bermula pada 1966 dan telah bekerjasama dengan ramai pemain papan selaju, kumpulan muzik serta gerakan yang telah mempengaruhi kehidupan, seni dan cara studio itu beroperasi.

"Kami sedang mengukuhkan fasa Vans yang seterusnya ke dalam sikap dan pemikiran sebenar jenama ini, yang ditakrifkan dan dibentuk oleh komuniti inovator asal. Bermain papan selaju sudah menjadi sebahagian daripada Vans, kami menerimanya selama bertahun-tahun." 

"Setiap langkah ke hadapan akan membenamkan semangat penentangan dan penerokaan asal seperti yang dilakukan oleh perintis dan pelopor papan selaju bertahun-tahun yang lalu dan yang terus dilakukan oleh pemain papan selaju hari ini. OTW by Vans ialah proses orientasi semula kepada identiti kami yang sebenar, iaitu kembali menjadi 'Berbeza (Off The Wall)',” ujar Ginoza.

Pakaian dan kasut Pinnacle akan dipersembahkan dalam dua kategori berbeza di bawah OTW by Vans: OTW, iaitu ruangan yang diperuntukkan untuk penerokaan produk dengan rakan kolaborasi demi meluaskan sempadan ekspresi reka bentuk, dan Standard Premium, iaitu koleksi klasik premium yang dipertingkatkan daripada rangkaian siluet ikonik Vans.

Fasa pengeluaran produk Vault by Vans akan dimuktamadkan pada penghujung tahun 2023, memberi laluan kepada pelancaran OTW by Vans pada awal tahun 2024, dengan pengalaman dan ketersediaan e-dagang miliknya yang tersendiri dengan pilihan rakan kongsi borong terpilih di seluruh dunia.

Pakaian dan kasut Pinnacle akan dipersembahkan dalam dua kategori berbeza di bawah OTW by Vans: OTW, iaitu ruangan yang diperuntukkan untuk penerokaan produk dengan rakan kolaborasi demi meluaskan sempadan ekspresi reka bentuk, dan Standard Premium, iaitu koleksi klasik premium yang dipertingkatkan daripada rangkaian siluet ikonik Vans.

Kedua-dua kategori ini diselia oleh pasukan OTW by Vans yang dilantik oleh Ginoza, termasuk Dylan Petrenka, Pengarah Reka Bentuk Kasut dan Lanie Alabanza-Barcena, Pengarah Reka Bentuk Pakaian & Aksesori, yang menerajui evolusi legasi Vans selama lebih 50 tahun.

Fasa pengeluaran produk Vault by Vans akan dimuktamadkan pada penghujung tahun 2023, memberi laluan kepada pelancaran OTW by Vans pada awal tahun 2024.
Fasa pengeluaran produk Vault by Vans akan dimuktamadkan pada penghujung tahun 2023, memberi laluan kepada pelancaran OTW by Vans pada awal tahun 2024.

OTW by Vans turut mengalu-alukan rakan kerjasama baharu, dimulai dengan S.R. STUDIO LA. CA. oleh Sterling Ruby, di mana keluaran sulungnya akan dilancarkan pada awal tahun 2024.

"Ini merupakan satu kerjasama peribadi dan merupakan kolaborasi SR. STUDIO. LA. CA. yang pertama. Vans sesuai untuk kami, ia mentakrifkan sejarah Pantai Barat yang tertentu.”

"Syarikat ini bermula pada tahun 1966 dan telah bekerjasama dengan ramai pemain papan selaju, kumpulan muzik dan gerakan yang telah mempengaruhi kehidupan, seni dan cara studio saya beroperasi secara keseluruhannya," ujar pemilik studio, Ruby.

Menjelang pelancaran kategori ini di peringkat runcit, OTW by Vans akan diserlahkan di arena global dengan pelbagai acara publisiti, termasuk pameran papan selaju secara langsung yang direka dengan kerjasama PLAYLAB, INC. dan California Skateparks di Minggu Fesyen Paris Pakaian Lelaki Musim Bunga/Musim Panas 2024 pada minggu ini. - Getaran, 30 Jun 2023 

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, ikut @OTWbyVans di Instagram.  

Isu Pada

Danial Hansen Sedia Untuk Cipta Sejarah

01 Jul 2023

Sorotan

1

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

2

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad

3

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

4

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

5

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

6

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM