Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Danial Hansen Sedia Untuk Cipta Sejarah 

Sejak mula menyertai male pageant dengan menjuarai gelaran Mister Tourism World 19, Danial Hansen sekali lagi bakal membawa nama Malaysia ke pentas antarabangsa melalui pertandingan Mister Supranational 2023 yang bakal berlangsung di Poland pada 15 Julai ini.

TARA Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jul 2023 10:32AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dunia pageant di Malaysia mungkin tidak sebesar negara lain seperti di Filipina, mahupun di negara-negara Amerika Latin. Namun itu tidak menghalang, anak Malaysia untuk mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa. 

Kavita Sidhu misalnya, pernah menjuarai pertandingan ratu cantik Miss Charm International pada tahun 1990.

Begitu juga dengan Lina Teoh yang berjaya memenangi tempat ketiga di pertandingan Miss World 1998. 

Tidak kurang hebatnya dengan jejaka tampan yang menghiasi muka depan TARA edisi Julai ini. Danial Hansen, jejaka berusia 28 tahun berasal dari Selangor ini pernah menjuarai pertandingan Mister Tourism World 2019 yang berlangsung di Malta. 

Tahun ini Danial sekali lagi akan berentap di pentas antarabangsa selepas dia dinobatkan sebagai Mister Supranational Malaysia 2023.

Jejaka berdarah kacukan Melayu, Denmark dan Cina ini akan mewakili Malaysia ke pertandingan Mister Supranational 2023 yang bakal berlangsung di Poland pada 15 Julai ini.

Danial akan berangkat ke Poland pada 2 Julai ini untuk menyempurnakan misinya mengharumkan nama negara di mata dunia. 

Sejurus selepas dinobatkan sebagai Mister Supranational Malaysia, saya terus menghubungi pengurusnya iaitu Apple Green Luna untuk mengaturkan sesi fotografi wajah depan TARA. 

Jadual Danial agak padat dengan persiapan untuk ke Poland, namun dia sempat mencuri masa untuk melakukan sesi fotografi bersama kami. 

Selepas berjaya mendapatkan tarikh, saya hubungi jurufoto terkenal, Bustamam Mokhtar untuk mendapatkan khidmatnya merakam foto wajah TARA edisi Julai ini. Ini kali pertama Danial menjalani sesi fotografi dengan Bustamam. Gembiranya bukan kepalang dapat bekerjasama dengan jurufoto bertaraf legenda ini. 

Setiap gambar yang dibidik lensa Bustamam terakam sempurna. Danial sudah sebati dengan kamera. Tidak kekok langsung. Menjadikan tugas kami begitu mudah. Namun apabila semua gambarnya cantik, pening juga kepala untuk memilih yang terbaik. 

Pernah Ditolak Kerana Rupa Tidak Menarik

Tidak dapat dinafikan, wajah Danial sangat tampan. Ditambah dengan bentuk tubuhnya yang sasa, hati siapa yang tidak akan tertawan. 

Namun kata Danial, wajah yang dilihat tampan sekarang hadir dengan disiplin yang tinggi dan kerja kerasnya selama bertahun-tahun.

“Saya bukanlah seorang yang kacak sewaktu di bangku sekolah. I was the ugly duckling! Tiada perempuan yang ingin mendekati saya dulu. 

“Kali pertama saya berpacaran dengan wanita dalam hidup adalah ketika waktu pandemik yang lalu. Maknanya ketika zaman sekolah dan kolej, saya adalah seorang loser. Tidak kira betapa kuat saya cuba untuk memenangi hati wanita dulu, mereka tetap menolak saya. 

“Jika anda tanya kawan-kawan sekolah saya dulu sama ada mereka terfikir saya akan menjadi Danial Hansen seperti hari ini, tiada siapa yang akan menjawab ya. 

“Tetapi hari ini, inilah saya. Saya mahu menjadi inspirasi kepada orang di luar sana. Saya juga pernah menjadi loser. Tetapi tidak selamanya kita akan kekal begitu. Kita juga boleh bangkit dan capai cita-cita kita dengan disiplin dan keazaman yang tinggi,” katanya mengimbas masa lalu. 

Kongsi anak kedua daripada dua beradik ini lagi, dia juga pernah menjadi mangsa buli satu ketika dahulu yang menyebabkan dia akhirnya mengambil keputusan untuk menyendiri. 

“Saya rasa tidak lagi mahu lepak bersama kawan-kawan saya kerana sering dibuli. Mereka hanya melihat saya sebagai the joker of the group. Saya ingat mereka ketawa bersama saya, tetapi sebenarnya mereka ketawakan saya. 

“Selepas saya sedar, saya ambil keputusan untuk tidak lagi bersama mereka dan buat hal saya sendiri. 

“Sejak itu saya mula tumpukan perhatian pada pelajaran dan mula pergi ke gimnasium. Tiba-tiba saya menjadi pelajar paling cemerlang dalam kelas. Saya dapat markah yang tinggi,” ujar jejaka berkulit putih mulus ini. 

Mahu Cipta Sejarah Buat Malaysia

Bercerita tentang pembabitannya dalam dunia male pageant, kata Danial dia hanya tahu tentang kewujudan pertandingan seumpamanya pada tahun 2018.

“Sebelum ini saya hanya tahu tentang pertandingan Miss Universe. Tetapi ada individu yang memberitahu bahawa saya patut sertai pertandingan male pageant. 

“Sebelum sertai pageant, saya sertai pertandingan bina badan. Tetapi agak sukar untuk menang. Paling tinggi yang saya pernah raih adalah naib juara,” kongsinya.

Tuah menyebelahi dirinya apabila percubaan pertamanya dalam dunia ‘pageant’ membuahkan hasil. Gelaran Mister Tourism World 2019 menjadi miliknya. Dan kali ini Danial sekali lagi mempertaruhkan nasib untuk meletakkan nama Malaysia di aras tertinggi dalam dunia ‘male pageant’. 

Ditanya bagaimana dia menangkis dakwaan serta cakap-cakap negatif yang mengatakan bahawa dia seorang yang tamak memandangkan dia sudah punya gelaran di peringkat antarabangsa sebelum ini. Kata Danial, cita-cita dan impian tidak punya batas. 

“Saya tidak rasa saya seorang yang tamak. Mungkin saya seorang yang memiliki cita-cita yang tinggi. Impian saya adalah to leave a mark in the pageant industry. Saya benar-benar ingin menang untuk Malaysia. Tambahan pula ini adalah kali pertama Malaysia menyertai pertandingan Mister Supranational. I want to make history for Malaysia!

“Apa yang membuatkan saya bertambah yakin adalah sokongan daripada peminat-peminat ‘pageant’ di Malaysia yang mempercayai saya dan sering memberikan kata-kata semangat untuk saya cuba sekali lagi mewakili Malaysia. Mereka telah menyokong saya sejak dari hari pertama saya ceburi bidang ini. 

“Begitu juga dengan pengurus saya iaitu Apple Green Luna yang merupakan salah seorang pakar dalam industri ini. Dia banyak membantu saya dari segi persediaan untuk ke pertandingan Mister Supranational di Poland nanti,” jelasnya penuh bersemangat. 

Impian Bergelar Pelakon Di Hollywood

Salah satu impian Danial adalah untuk bergelar pelakon. Dan dia mahu mengejar cita-citanya itu nun jauh di Hollywood. Tanya saya padanya, kenapa tidak mulakan kerjaya lakonan di Malaysia terlebih dahulu? 

Kata Danial ada beberapa tawaran yang hadir, tetapi disebabkan Bahasa Melayunya yang masih belum lancar, dia enggan menyusahkan pihak produksi dan memalukan diri sendiri.

“Tetapi saya telah berjanji dengan diri sendiri, selepas ini saya akan memantapkan lagi penguasaan Bahasa Melayu saya. 

“Pernah dulu saya dikecam kerana tidak fasih berbahasa Melayu. Ketika itu saya baru pulang dari Malta selepas memenangi Mister Tourism World. 

“Saya lakukan satu wawancara televisyen. Selepas itu saya dihentam netizen yang mempersoalkan penggunaan Bahasa Melayu saya. Memang sedih, tetapi kini Bahasa Melayu saya sudah lebih baik dari dulu. 

“Saya benar-benar mahu menjadi seorang pelakon. Jika saya berpeluang ke Amerika, saya akan fokus kejar cita-cita untuk menjadi pelakon. Saya mahu mencuba watak yang berat seperti watak ‘Joker’. Ataupun watak ‘bad guy’.

“Pernah satu ketika dahulu saya ditawarkan untuk melakonkan watak sebagai anggota polis dan perlu melakukan latihan seperti anggota sebenar. Tetapi saya tolak kerana watak itu tidak menunjukkan wajah saya,” ujarnya. 

Ditawar RM50,000

Lumrah menjadi lelaki kacak dan dikenali ramai, Danial juga tidak terlepas daripada menerima gangguan nakal daripada para peminatnya. Malah dia pernah ditawarkan sebanyak RM50,000 oleh seorang lelaki yang mahu menidurinya. 

“Hampir setiap hari saya terima mesej nakal daripada pengikut di Instagram dan kebanyakannya daripada lelaki. Namun, saya tidak melayan permintaan mereka. Saya akan balas dengan emoji sahaja. 

“Macam-macam yang mereka tawarkan kepada saya termasuk wang, kereta dan rumah. Tetapi dengan syarat saya perlu ‘melayan’ mereka. 

“Saya tidak pernah terfikir untuk mendapatkan wang dengan cara sebegitu. Setakat ini Alhamdulillah, rezeki saya dalam bidang peragaan masih cukup untuk menampung keperluan saya,” katanya mengakhiri perbualan.

Kami di Getaran ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat maju jaya buat Danial Hansen. Semoga berjaya membawa pulang gelaran Mister Supranational 2023 buat Malaysia. Malaysia Boleh! 

DISEBALIK TABIR PEMBIKINAN WAJAH TARA – GETARAN

Wajah TARA : Danial Hansen

Editor Gaya Hidup & Hiburan : Ellyna Ali

Teks : Helmi Anuar

Konsep & Arahan Seni : Helmi Anuar

Penata Gaya : Helmi Anuar

Busana : Bernard Chandran, Masyadi Mansoor, Outdwell

Jurufoto : Bustamam Mokhtar

Tatarias Wajah & Rambut : El Manda Zuhairy

Lokasi : White Studio Hulu Langat 

Isu Pada

Danial Hansen Sedia Untuk Cipta Sejarah

08 Jul 2023

Sorotan

1

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

2

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

3

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

4

Piala Thomas: Malaysia Jumpa Jepun Di Suku Akhir

5

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

6

Tiada Daya Juang Tinggi, Rexy Kesal Dengan Pemain Perseorangan Wanita Negara