Berita Terkini

2 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 4 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Permainan Video ‘Avatar: Frontiers of Pandora’ Bakal Menggegar Dunia Game Hujung Tahun Ini

Game ini menjadi anda seorang Na’vi (tentera) yang telah diculik pada waktu kecil oleh RDA untuk berlatih cara bertempur seperti manusia yang seakan-akan sama seperti dalam filem Avatar.

TARA Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jun 2023 2:00PM

'Avatar: Frontiers of Pandora' akan dikeluarkan pada 7 Disember 2023 - Gambar laman web Ubisoft

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Masih ingat sebuah filem tentang perjuangan sebuah kelompok bertubuh biru bertajuk Avatar? Filem berbentuk sains fiksyen ini telah dievolusikan dalam bentuk permainan video.

Bahkan seperti mana hangatnya sambutan orang ramai terhadap filemnya, seperti itu jugalah membaranya penantian permainan video ini yang bakal dikeluarkan di pasaran pada hujung tahun ini.

Ubisoft iaitu sebuah pembangun dan penerbit permainan dunia baru-baru ini  telah berkongsi secara lanjut tentang permainan ini yang bertajuk Avatar: Frontiers of Pandora

Mereka turut mendedahkan treler permainan tersebut di platform YouTube dan berkongsi lebih terperinci mengenai tata cara permainan ini dimainkan.

Avatar: Frontiers of Pandora adalah permainan aksi pengembaraan perseorangan dalam dunia Pandora (dunia Avatar) dan pemain boleh menggunakan Ikran iaitu haiwan terbang di dunia tersebut.

Di dalam permainan video ini, anda akan menjadi seorang Na’vi (tentera) yang telah diculik pada waktu kecil oleh Pentadbiran Pembangunan Sumber (RDA) untuk berlatih cara bertempur seperti manusia yang seakan-akan sama seperti dalam filem Avatar.

Namun, akibat peperangan yang berlaku, RDA telah meninggalkan kawasan tersebut. Selepas itu, watak pemain akan diletakkan di dalam cryosleep (sebuah kabin tidur) dan bangun 15 tahun kemudian sebagai seorang yang asing atau Avatar di tempat sendiri. 

Avatar: Frontiers of Pandora adalah permainan aksi pengembaraan perseorangan dalam dunia Pandora (dunia Avatar) dan pemain boleh menggunakan Ikran iaitu haiwan terbang di dunia tersebut
Avatar: Frontiers of Pandora adalah permainan aksi pengembaraan perseorangan dalam dunia Pandora (dunia Avatar) dan pemain boleh menggunakan Ikran iaitu haiwan terbang di dunia tersebut

Menyedari yang RDA kembali dan mengancam Pandora, pemain perlu cuba untuk bersama dengan puak-puak lain untuk menentang mereka. Manakala untuk pertempuran watak pemain yang dilatih oleh manusia, anda boleh menggunakan senjata-senjata manusia dan juga senjata tradisi Pandora semasa berperang.

Karakter yang dipilih mempunyai kemahiran yang boleh ditingkatkan untuk bergerak dengan lebih baik sehingga ke tahap menyelinap atau menggunakan senjata dengan lebih berkesan.

Selain melakukan misi utama, terdapat misi sampingan dimana pemain juga boleh menyerang tempat-tempat RDA yang membuat kekacauan di Pandora. Jika anda seorang yang gemar bermain permainan video berkonsepkan pengembaraan, ia seakan-akan sama seperti permainan Far Cry

Jadi nantikan permainan video Avatar: Frontiers of Pandora ini yang akan dikeluarkan pada 7 Disember 2023 dan ia khas dimainkan pada konsol PlayStation 5, Xbox Series dan PC. - Getaran, 18 Jun 2023 

Isu Pada

Ahirine Ahirudin: Namanya Semakin Panas!

17 Jun 2023

Sorotan

1

Мahkamah Benar Muhyiddin Dapatkan Pasport Bagi Lawat Kakak Sakit Di Australia

2

Mutang Tagal Masih Dirawat Di IJN, Keadaan Agak Serius

3

Aktiviti Ketenteraan Israel Di Rafah Mimpi Ngeri Kemanusiaan - Ketua PBB

4

PM Doakan Faisal Halim Segera Sembuh Dan Kembali Teruskan Perjuangan Bola Sepak

5

Hidup Bersama Secara Aman Antara 10 Resolusi Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Agama

6

Mangsa Pokok Tumbang Sempat Diajar Mengucap – Saksi

7

Gaji Polis, Bomba Patut Naik Lebih Tinggi - Teresa Kok