web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tiada Masalah Untuk Orang Bukan Muslim Memandikan Jenazah Muslim

Buat mualaf yang meninggal dunia, ahli keluarga mereka yang bukan Islam dibolehkan untuk bersama-sama melaksanakan proses tersebut dan hukumnya sah kerana ia tidak memerlukan niat.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jun 2023 12:18PM

Jika si mati merupakan individu yang baru sahaja memeluk agama Islam meninggal dunia, adakah dibolehkan untuk ahli keluarga lain yang bukan Islam bersama-sama membantu memandikan jenazah tersebut? - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bercakap mengenai kematian, proses memandikan jenazah merupakan fardu kifayah dan proses tersebut hukumnya wajib. Pelaksanaan ini biasanya dilakukan oleh ahli keluarga atau qariyah tempat masing-masing untuk membantu menyegerakan proses tersebut dan sunat hukumnya untuk ia disegerakan.

Persoalannya, jika si mati merupakan individu yang baru sahaja memeluk agama Islam atau lebih dikenali sebagai mualaf meninggal dunia, adakah dibolehkan untuk ahli keluarga lain yang bukan Islam bersama-sama membantu memandikan jenazah tersebut? Jawapannya boleh!

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, hukum mandi jenazah oleh orang bukan Muslim adalah sah kerana ia tidak memerlukan niat seperti mandi junub. 

Menurut mazhab Syafie, hukum seseorang bukan Islam memandikan jenazah muslim adalah sah dan perkara ini dinyatakan dalam kitab Fath al-Mu’in:

ويَكْفِي غُسْلُ كافِرٍ

Maksudnya: …dan sah mandian orang kafir terhadap jenazah seorang Muslim. 

(Fath al-Mu‘in bi Syarh Qurrah al-‘Ain bi Muhimmat al-Din oleh Zainuddin al-Malibari (t.t) Dar Ibn Hazm, Cetakan Pertama, hlm. 214)

Tambahan lagi, perkara ini telah dijelaskan dan dirujuk para ulama mazhab Syafie, antaranya Abu Bakr al-Dimyati atas alasan mereka yang bukan beragama Islam itu tidak memiliki kelayakan untuk berniat dalam mengerjakan sesuatu ibadah. 

Bilik mandi mayat di masjid - Gambar hiasan
Bilik mandi mayat di masjid - Gambar hiasan

Diterangkan lagi bahawa mandi jenazah itu adalah lebih kepada proses membersihkan tubuh badan si mati. 

Jadi tidak salah untuk ahli keluarga atau kenalan yang bukan Islam hadir bersama-sama membantu menjalankan proses tersebut mengikut tertib yang ditetapkan.

Sebab-sebab yang dikemukakan oleh Abu Bakr al-Dimyati dalam perbincangan tersebut dirujuk berdasarkan kitab I'anah al-Thalibin:

وذلك لحصول المقصود من غسله، وهو النظافة، وإن لم يكن أهلا للنية، لأن نية الغاسل لا تشترط على الأصح

Maksudnya: Hal tersebut kerana telah tercapai objektif daripada mandi jenazah, iaitu kebersihan, meskipun seseorang itu tidak mempunyai kelayakan memasang niat dalam ibadah. Ini kerana menurut mendapat yang lebih sahih dalam mazhab Syafie, niat orang yang memandikan bukannya syarat sah mandi jenazah.

(I‘anah al-Talibin ‘ala Halli Alfaz Fath al-Mu‘in oleh Abu Bakar al-Dimyati (1997) Dar al-Fikr, Cetakan Pertama, 2/125)

Oleh itu, diharapkan penjelasan dan penerangan ini dapat difahami dan dikongsikan kepada muslimin dan muslimat yang lain agar perkara ini tidak mengelirukan saudara islam baharu kita ini. 

Semoga golongan mualaf dapat menjalankan tanggung jawabnya sebagai umat Islam dengan baik dan dipermudahkan untuk ahli keluarga serta rakan-rakan lain yang bukan islam untuk diberikan hidayah oleh Allah supaya menganut agama suci ini. - Getaran, 18 Jun 2023

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Isu Pada

Ahirine Ahirudin: Namanya Semakin Panas!

17 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Bukan Hassan Yang Muat Naik Video Saifuddin

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Pemimpin Wajar Contohi Kepimpinan Rasulullah Urus Tadbir Negara Demi Kestabilan

3

Refleksi 3 tahun yang lalu

Kemampuan, Amanah, 2 Asas Penting Ditekankan Dalam Pemilihan Pemimpin

4

Luar Negara 3 tahun yang lalu

Polis Mekah Tahan Warga Tempatan Bantu Wartawan Bukan Islam Masuk Ke Tanah Suci Mekah

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini