Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kemampuan, Amanah, 2 Asas Penting Ditekankan Dalam Pemilihan Pemimpin

Ada antara kita lebih suka menyatakan sokongan kepada calon yang mempunyai ciri-ciri seorang pemimpin, berbanding melihat kepada parti politik yang diwakilinya. Anda bagaimana?

Refleksi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Nov 2022 11:04AM

Adakah parti-parti politik yang bertanding dalam PRU-15 ini benar-benar mahu memperjuangkan hak rakyat, atau semata-mata demi kelangsungan hidup mereka sendiri? - Gambar Fail

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pilihanraya Umum ke-15 pada Sabtu ini menyaksikan pertembungan calon yang ramai bagi kebanyakan kerusi yang dipertandingkan. Situasi ini berlaku ekoran keadaan semasa politik tanah air yang sentiasa bergolak dan menyebabkan banyak pakatan politik berlaku.

Bukan sedikit di antara kita yang mula keliru tentang perjuangan parti-parti politik yang ada ketika ini. Adakah mereka ini benar-benar mahu memperjuangkan hak rakyat, atau semata-mata demi kelangsungan hidup mereka sendiri.

Cuba anda tanya rakan-rakan atau ahli keluarga anda sendiri. Berapa ramai yang keliru atau tidak tahu calon yang manakah harus disokong pada 19 November ini? 

Gambar Hiasan oleh Abdul Razak Latif
Gambar Hiasan oleh Abdul Razak Latif

Bagi yang beragama Islam, pasti sebanyak sedikit, anda tahu tentang ciri-ciri yang harus ada pada seorang pemimpin.  Seorang pemimpin mestilah mampu memberi contoh teladan mengikut akhlak islam kepada diri dan orang di bawah pimpinannya. 

Selain itu, seorang pemimpin juga mestilah tidak fasik seperti tidak meninggalkan solat, beramal dengan segala amalan yang diketahui selagi mana amalan tersebut tidak menyalahi kata-kata dan perbuatan serta tidak menyalahi landasan islam.

Dek itulah, ada di antara kita lebih suka menyatakan sokongan kepada calon yang mempunyai ciri-ciri seorang pemimpin, berbanding melihat kepada parti politik yang diwakilinya. 

Namun, sekiranya anda ‘masih di atas pagar’, penjelasan daripada Pengerusi Akademi Al-Quran Antarabangsa, Ustaz Mohamad Anas bin Mohamad Naem ini boleh dijadikan rujukan dalam menentukan pilihan anda nanti. 

Pengerusi Akademi Al-Quran Antarabangsa, Ustaz Mohamad Anas bin Mohamad Naem
Pengerusi Akademi Al-Quran Antarabangsa, Ustaz Mohamad Anas bin Mohamad Naem

Berikut penjelasan beliau kepada tiga soalan yang telah diajukan oleh pihak Getaran.

 

1. Bagaimana memilih pemimpin mengikut ajaran islam?

Definisi pemimpin secara umumnya adalah merupakan seseorang individu yang boleh mempengaruhi individu lain di dalam sesuatu organisasi. Manusia secara dasarnya hidup berkelompok dan merupakan makhluk sosial yang saling memerlukan antara satu sama lain.

Oleh yang demikian, bagi mencipta keharmonian dan kesatuan di dalam sesebuah kelompok manusia itu, maka mereka memerlukan seorang ketua yang berperanan mengarahkan.

Gambar Hiasan Bernama
Gambar Hiasan Bernama

Al-Quwwah dan al-Amanah yang membawa maksud Kemampuan dan Amanah merupakan dua asas penting yang ditekankan dalam pemilihan pemimpin menurut Siyasah Syar’iyyah (Politik Islami).

Kata Syeikhul-Islam Ibn Taimiyyah dalam kitabnya Al-Siyasah al-Syar`iyyah fi Islah al-Ra`iy waal-Ra`iyyah: 

“Al-Quwwah dinilai pada setiap kepimpinan berdasarkan keadaannya. Al-Quwwah dalam mengetuai peperangan merujuk kepada keberanian hati, pengalaman dalam peperangan, tipu daya peperangan kerana peperangan itu adalah tipu daya dan kepada kemampuan dalam berbagai jenis peperangan.

Al-Quwwah dalam kehakiman manusia merujuk kepada ilmu mengenai keadilan seperti yang ditunjukkan oleh al-Quran dan al-Sunnah dan kepada kemampuan melaksanakan hukum, dan amanah pula merujuk kepada perasaan takutkan Allah, tidak menjual ayat-ayat Allah dengan harga yang murah dan tidak takutkan manusia.”

Gambar hiasan oleh Alif Omar
Gambar hiasan oleh Alif Omar

 

2. Seandainya di kawasan tempat mengundi tiada calon Islam yang bertanding, siapa calon yang layak kita pilih?

Secara asasnya perlu difahami, pemilihan pemimpin menurut sisi agama perlulah dipilih dari kalangan Muslim itu sendiri.

Menurut Al-Quran, kepimpinan dan Islam tidak dapat dipisahkan, memandangkan tujuan penciptaan manusia sendiri ialah untuk menjadi khalifah yang akan memakmurkan bumi. Firman Allah SWT yang bermaksud : 

“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. [Surah al-Baqarah :30] 

Gambar Hiasan oleh Alif Omar
Gambar Hiasan oleh Alif Omar

Namun, Ulama’ berbeza pandangan berkenaan isu pemilihan pemimpin di kalangan bukan muslim :

Haram memilih pemimpin bukan Muslim : Al-Qadhi ‘Iyadh, Ibnu Munzir dan Ibnu Hazm menyatakan bahawa para ulama sepakat bahawa kepemimpinan tidak boleh diserahkan kepada orang kafir. (Syarah Sahih Muslim: 6/315; Ahkam Ahl al-Dzimmah: 2/787; Maratib al-Ijma’: 208).

Harus memilih pemimpin bukan Muslim : Menurut Ibnu Hajar al-Haitami, adalah harus mengangkat orang bukan Muslim untuk suatu jawatan jika adanya maslahah padanya, dan jika jawatan tersebut tidak mampu dipikul mana-mana orang Islam, atau orang Islam  mempunyai sifat khianat dan yang bukan Islam tidak mempunyai sifat tersebut. 

Namun, pihak yang mengangkatnya ke jawatan tersebut perlu mengawal selia (muraqabah) dan mampu mencegahnya daripada melakukan sebarang kemudaratan terhadap orang Islam (Tuhfah al-Muhtaj ma’a Hashiyah al-Syarwini, 9/73).

Manakala, menurut pandangan ulama kontemporari pula seperti pandangan Dr Yusuf al-Qaradhawi, golongan bukan Islam mempunyai hak untuk menjawat jawatan-jawatan negara kecuali jawatan-jawatan yang lebih dominan unsur keagamaan seperti ketua negara, panglima tentera, penghakiman antara orang Islam dan pengurusan zakat. 

Gambar Hiasan oleh Azim Rahman
Gambar Hiasan oleh Azim Rahman

Adapun jawatan-jawatan selainnya, maka hukumnya harus bukan Muslim menjawatnya jika syarat-syarat kompetensi, amanah dan kesetiaan kepada negara dipenuhi. 

Bahkan beliau turut berpandangan bahawa tiada masalah untuk melantik bukan Muslim sebagai salah seorang timbalan Presiden sesebuah negara, khasnya jika bukan Muslim membentuk jumlah komposisi penduduk yang besar, seperti Sudan. [Rujuk Ghayr al-Muslimin fi al-Mujtama’ al-Islami (halaman 23-24)]

Menurut Syeikh Wahbah az-Zuhaily : Sewaktu mentafsirkan ayat 28 Surah Ali ‘Imran di atas, beliau menegaskan bahawa tahaluf (kerjasama), kesepakatan, memberi kepercayaan pada perkara-perkara tertentu bersama bukan Muslim adalah diharuskan, selagi mana mereka bukan dalam kalangan yang memusuhi agama Islam dan kaum Muslimin. [Rujuk Al-Tafsir alMunir (3/202-203)]

Setelah meneliti dalil dan pandangan para ulama’ yang dikemukakan di atas, kami berpandangan hukum mengundi bukan Muslim dalam pilihanraya dan melantik mereka sebagai pemimpin (kecuali pimpinan tertinggi) adalah harus dengan bersyarat.

 

3. Bolehkah kita memilih pemimpin dalam kalangan kaum wanita seandainya ada pilihan dalam kalangan lelaki?

Memilih pemimpin dalam kalangan lelaki adalah lebih baik dan utama berbanding pemimpin yang dipilih dari kalangan kaum wanita. Firman Allah Ta’ala, “Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita.”

Kerana lelaki lebih mulia dan lebih baik dari wanita, maka kenabian dikhususkan bagi lelaki.  Demikian pula kepimpinan tertinggi, berdasarkan sabda Nabi SAW :

“Tidak akan beruntung kaum yang dipimpin oleh seorang wanita.” [HR. Bukhari].

Gambar Hiasan oleh Azim Rahman
Gambar Hiasan oleh Azim Rahman

Ibnu Katsir rahimahullah berkata, “Maksudnya adalah seorang lelaki pemimpin bagi wanita. Dialah kepalanya, pemimpinnya dan pemberi keputusan serta mendidiknya jika bengkok.”

Namun, larangan untuk wanita menjadi pemimpin bukanlah bersifat mutlak. Ulama’ fiqh telah membahagikan kepimpinan ini kepada dua bahagian.

Pertama : Wilayah ammah, iaitu tampuk kepimpinan yang sangat luas dan tertinggi seperti jawatan ketua nombor satu sesebuah negara atau khalifah.

Kedua : Wilayah khas, iaitu tampuk kepimpinan di peringkat kecil dari jawatan-jawatan tertinggi dalam sesebuah negara. 

Majoriti ulama berpendapat, larangan tersebut hanya pada Wilayah Ammah iaitu yang memilih kepimpinan tertinggi dalam pemerintahan sesebuah negara.

Manakala wilayah khas tidak dilarang, bahkan diharuskan. Islam tidak membenarkan wanita berada di tampuk tertinggi negara. Antara sebabnya, ia merupakan penghormatan Islam untuk tidak membebankan dan memberatkan wanita yang mana tidak ada pada kaum lelaki iaitu mengandung dan melahirkan.

Ia juga tidak menghalang wanita bersama-sama dalam soal kepimpinan. Jadi, ia bukan menidakkan hak tetapi untuk memberikan maslahat atau faedah dan mengelakkan bencana yang mendatang. - Getaran, 18 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

3 ‘Superman’ Wanita Diberkas, Sertai Kelab Motosikal Awek Melaka

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Berlaku Aliran Peningkatan Penggunaan Vape, Termasuk Golongan Wanita - Lukanisman

3

Ekonomi 1 bulan yang lalu

PM Temui Pemimpin Industri Jerman Di Berlin

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Kajian SSPA Ambil Kira Waktu Kerja Penjawat Awam Wanita - Anwar

Sorotan

1

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini