web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Testimoni Palsu Digunakan Dalam Produk Kecantikan? Ini Hukumnya! 

Menurut Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, perbuatan tersebut adalah sama seperti menipu pelanggan dan secara tak langsung ia menjadi iklan palsu. 

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jun 2023 4:17PM

Gambar hiasan dari Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kini banyak produk kecantikan yang kita lihat berada di pasaran. Sama ada ia dikeluarkan oleh ahli perniagaan atau selebriti terkenal, produk-produk seperti ini mampu menarik pelanggan terutama golongan wanita dengan tujuan mengekalkan kecantikan masing-masing. 

Berbicara mengenai kategori produk seperti ini, testimoni adalah salah satu kaedah penting untuk memberi keyakinan kepada penonton atau pembeli bahawa sesuatu produk itu berkesan.

Namun bagaimana pula jika testimoni yang dipaparkan pada label produk atau di dalam video itu palsu yang bertujuan semata-mata untuk meningkatkan jualan?

Menurut Jabatan Mufti Wilayah persekutuan, perbuatan tersebut adalah sama seperti menipu pelanggan dan secara tak langsung ia menjadi iklan palsu. 

Perkara ini perlu dititik beratkan kerana keberkesanan sesuatu produk mestilah dapat dibuktikan kebenarannya dengan mendapat pengesahan daripada pihak berwajid seperti cop SIRIM. Jika tidak, ia boleh mengundang bahawa kepada pengguna.

Malah tindakan ini adalah diharamkan dalam Islam dan boleh boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999. Dalam erti kata lain, konsep sama seperti najasy (tawaran palsu) yang dilarang dalam Islam. Rasulullah SAW bersabda:

وَلَا تَنَاجَشُوا

Maksudnya: Janganlah kamu melakukan Najasy (tawaran palsu).

Riwayat al-Bukhari (6066)

Perkara ini amat membimbangkan apatah lagi jika pengasas sesuatu produk kecantikan itu merupakan seorang individu yang terkenal. Pasti ada diantara pengikut mereka yang terus-menerus membelinya atas dasar sokongan peminat.

Tidak salah untuk membelinya dan tidak salah juga untuk mengenal pasti sama ada produk yang dipamerkan bersama testimoni itu benar atau tidak.

Berhati-hatilah ketika memilih produk di pasaran. - Gambar hiasan
Berhati-hatilah ketika memilih produk di pasaran. - Gambar hiasan

Menurut Imam Ibn Hajar al-Asqalani, najasy atau tawaran palsu ini adalah satu penipuan terancang oleh si penjual yang berperanan untuk menambah daya tarikan pada produk tersebut sehingga menyebabkan orang lain terpedaya dengannya. 

Merujuk kepada undang-undang Malaysia, individu yang mengeluarkan iklan palsu mengenai butiran kuantiti, kualiti, harga, keberkesanan dan sebagainya boleh didenda tidak lebih RM5,000 dan penjara tidak lebih daripada tiga tahun. 

Manakala pertubuhan (organisasi) boleh didenda tidak lebih RM100,000 bagi kesalahan pertama dan tidak lebih RM200,000 bagi kesalahan kedua.

Jadi kepada peniaga di luar sana, jangan lah sesekali anda mencalarkan imej atau rezeki yang datang daripada sebuah perniagaan. Seperti sedia maklum, berniaga merupakan salah satu pekerjaan yang mempunyai peluang rezeki yang amat besar. Kejujuran dalam berniaga amat penting dan perlu dipelihara dengan baik kerana dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Sa’id RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

التَّاجِرُ الصَّدُوقُ الأَمِينُ مَعَ النَّبِيِّينَ، وَالصِّدِّيقِينَ، وَالشُّهَدَاءِ

Maksudnya: “Peniaga yang jujur dan amanah akan bersama para nabi, orang yang jujur dan orang yang syahid.” [Riwayat al-Tirmizi (1209)][Hadith ini adalah hasan menurut Imam al-Tirmizi] - Getaran, 10 Jun 2023 

Sumber: Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan

Isu Pada

Ahirine Ahirudin: Namanya Semakin Panas!

10 Jun 2023

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini