web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Rawatan Thermal Shape Gandingan Terbaik Untuk Memaksimumkan Rutin Kecergasan

Rawatan ini dikatakan mampu melengkapkan dan juga meningkatkan rutin senaman anda dengan membantu menyasarkan tempat yang paling sukar untuk dibentuk.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jun 2023 12:13PM

Thermal Shape memberikan rangsangan tambahan untuk ‘menumpaskan’ sel-sel lemak degil yang terletak jauh di dalam lapisan dermis, membantu membentuk bahagian tubuh badan yang disasarkan dan yang paling penting rawatan ini tidak memaksa anda mengeluarkan peluh - Gambar ihsan Strip, Ministry of Waxing

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Usaha tanpa jemu pada rutin kecergasan untuk mendapatkan bentuk badan boleh memberi ganjaran yang memuaskan. 

Lebih memuaskan ialah apabila 'rakan bersenam' untuk melengkapkan semua usaha itu membantu merealisasikan impian anda. Maklumlah, crunches dan lunges dan squats kadangkala memerlukan rangsangan untuk membantu anda mendapatkan bentuk badan yang diidamkan. 

Rawatan Thermal Shape yang ditawarkan oleh Strip, Ministry Of Waxing mungkin adalah rawatan yang patut anda cuba seandaikan sudah beberapa kali melalui episod hampa di mana rutin senaman anda bagaikan tidak memberi sebarang kesan kepada tubuh badan. 

Rawatan Thermal Shape yang ditawarkan oleh Strip, Ministry Of Waxing mungkin adalah rawatan yang patut anda cuba seandaikan sudah beberapa kali melalui episod hampa di mana rutin senaman anda bagaikan tidak memberi sebarang kesan kepada tubuh badan
Rawatan Thermal Shape yang ditawarkan oleh Strip, Ministry Of Waxing mungkin adalah rawatan yang patut anda cuba seandaikan sudah beberapa kali melalui episod hampa di mana rutin senaman anda bagaikan tidak memberi sebarang kesan kepada tubuh badan

Rawatan yang diperkenalkan pada tahun lalu ini dikatakan mampu melengkapkan dan juga meningkatkan rutin senaman anda dengan membantu menyasarkan tempat yang paling sukar untuk dibentuk seperti punggung, perut dan peha. 

Thermal Shape memberikan rangsangan tambahan untuk ‘menumpaskan’ sel-sel lemak degil yang terletak jauh di dalam lapisan dermis, membantu membentuk bahagian tubuh badan yang disasarkan dan yang paling penting rawatan ini tidak memaksa anda mengeluarkan peluh. 

 

Gelombang ultrasonik pecahkan lemak

Bercerita lanjut tentang rawatan ini, Thermal Shape merupakan rawatan bukan invasif yang menggunakan sistem 4-dalam-1 yang unik, termasuk teknologi ultrasound dan Thermal O2, untuk membantu memecahkan lemak degil, mengurangkan kehadiran selulit sehingga penampilan kulit lebih licin dan berseri.

Ini kerana gabungan dua teknologi yang dinamakan Peronggaan Ultrasonik dan Thermal O2 ini berfungsi untuk mengemulsi sel-sel lemak, mengangkat dan menegangkan kulit untuk bentuk yang lebih cantik.

Peronggaan Ultrasonik menggunakan gelombang ultrasonik tahap rendah untuk memecahkan sel-sel lemak menjadi cecair, namun tidak menjejaskan tisu kulit. Sel-sel lemak yang diemulsi ini kemudiannya disingkirkan daripada sistem tubuh melalui proses penyingkiran semula jadi seperti peluh dan urin. Dek itulah, anda dinasihatkan supaya minum banyak air selepas melakukan rawatan ini. 

Gabungan dua teknologi yang dinamakan Peronggaan Ultrasonik dan Thermal O2 ini berfungsi untuk mengemulsi sel-sel lemak, mengangkat dan menegangkan kulit untuk bentuk yang lebih cantik
Gabungan dua teknologi yang dinamakan Peronggaan Ultrasonik dan Thermal O2 ini berfungsi untuk mengemulsi sel-sel lemak, mengangkat dan menegangkan kulit untuk bentuk yang lebih cantik

Satu lagi fakta yang anda harus tahu ialah, Thermal O2 menggunakan gabungan frekuensi radio, sedutan vakum dan tenaga haba untuk melancarkan peredaran darah dan meningkatkan proses detoksifikasi semulajadi badan. 

Pada masa yang sama, frekuensi radio menembusi jauh ke dalam lapisan dermis untuk mengecutkan gentian kolagen dari dalam untuk menegangkan kulit, sekaligus mengurangkan penampilan selulit dan garis halus. Ini juga menggalakkan pengeluaran kolagen baru untuk memastikan kulit tegang.

Suka juga diingatkan, ketika menjalani rawatan ini anda akan mendengar degungan atau deringan di telinga. Deringan ringan ini terjadi ekoran getaran mikro yang bergerak di sekitar tubuh, ia adalah perkara biasa dalam prosedur ini. Jadi, jangan panik kerana semuanya adalah normal.

Ketika mengikuti sesi rawatan baru-baru ini, ahli terapi yang bertugas memberitahu untuk hasil terbaik, lapan sesi perlu dilakukan, dengan jarak satu hingga dua minggu untuk setiap rawatan. Sebagai motivasi untuk mendapatkan bentuk badan yang diidamkan, Strip kini sedang mengadakan tawaran kali pertama untuk wanita yang ingin mencuba rawatan ini. 

Sah sehingga 31 Julai 2023, harga yang ditawarkan ialah serendah RM98. Untuk maklumat lanjut anda boleh melayari https://www.strip-my.com/ - Getaran, 10 Jun 2023 

NOTA: Thermal Shape bukanlah rawatan penurunan berat badan. Walaupun ia membantu memecahkan lemak degil dan membentuk bahagian badan yang disasarkan secara serentak, ia tidak membakar lemak. Pemakanan yang sihat dan senaman yang kerap sentiasa diperlukan dalam rutin kecergasan.

Isu Pada

Ahirine Ahirudin: Namanya Semakin Panas!

10 Jun 2023

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini