web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lisdawati Kongsi Kembara Kerohanian Ke Tanah Suci

'Saya faham sebagai hamba kita perlu kembali kepada Allah, sebagai pendosa saya mengharapkan pengampunan daripada Allah dan semoga mendapat haji mabrur,” katanya dalam nada sebak.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jun 2023 2:47PM

Lisdawati (kanan) bersama ibunya Risda Chalidi terpilih menjadi dhuyufurrahman (tetamu Allah) bagi musim haji 1444 Hijrah. - Gambar dari Instagram @lisdawati15

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MAKKAH - Pelakon terkenal Lisdawati yang kini berada di Tanah Suci tidak keberatan untuk berkongsi kembara kerohaniannya selepas terpilih menjadi antara 31,600 jemaah haji Malaysia tahun ini.

Ketika ditemui pemberita di sini, Lisdawati atau nama sebenarnya Nisdawati Nazaruddin, 45, menitiskan air mata kerana tidak menyangka terpilih menjadi dhuyufurrahman (tetamu Allah) bersama ibunya, Risda Chalidi, 67, bagi musim haji 1444 Hijrah.

Lisdawati berkata dia juga banyak bertanya dengan kenalan yang pernah menunaikan haji bagi mendapatkan gambaran dan nasihat dalam menjalani ibadat itu.
Lisdawati berkata dia juga banyak bertanya dengan kenalan yang pernah menunaikan haji bagi mendapatkan gambaran dan nasihat dalam menjalani ibadat itu.

Menyedari kekurangan diri dari segi ilmu agama, katanya beliau mendapatkan khidmat guru agama untuk menambah pengetahuan dalam usaha memperoleh haji mabrur (haji yang diterima Allah SWT) sebelum berangkat ke Tanah Suci pada 22 Mei lepas.

“Saya faham sebagai hamba kita perlu kembali kepada Allah, sebagai pendosa saya mengharapkan pengampunan daripada Allah dan semoga mendapat haji mabrur,” katanya dalam nada sebak.

Menurutnya beliau juga banyak bertanya dengan kenalan yang pernah menunaikan haji bagi mendapatkan gambaran dan nasihat dalam menjalani ibadat itu.

Ditanya sekiranya akan meneruskan karier sebagai anak seni selepas ini, pelakon filem KL Menjerit itu berkata beliau akan terus mencari rezeki dalam bidang itu kerana ia sumber pendapatannya dalam membantu keluarga.

Bagaimanapun, Lisdawati berkata beliau menetapkan syarat seperti menutup aurat dan menjaga batas sebagai seorang muslim dalam memilih watak. - Bernama

Isu Pada

Ahirine Ahirudin: Namanya Semakin Panas!

03 Jun 2023

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa