web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jiwa Muda Untuk Warna Baharu Vespa Primavera Edisi ‘Color Vibe’ 

Didi Group memperkenalkan Vespa Primavera Color Vibe baharu yang menonjolkan ciri-ciri jiwa muda dan segar buat penunggang.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jun 2023 6:00PM

Inovasi dan evolusi yang dilakukan terhadap skuter ini menghasilkan sesuatu yang elegen, canggih dan ranggi. - Gambar oleh Izwan Ramlan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Suatu ketika dahulu, mungkin segelintir daripada peminat skuter melihat Vespa sebagai tunggangan untuk golongan yang sudah berusia, senang cerita orang tua saja yang menunggangnya. Mungkin kerana reka bentuk atau warnanya yang agak klasik menyebabkan timbul pandangan sebegitu.

Namun seperti mana lajunya masa itu bergerak, seperti itulah perubahan, inovasi dan evolusi yang dilakukan terhadap skuter ini supaya ia nampak elegen, canggih dan ranggi sehingga mampu menarik pelbagai golongan untuk memiliki sebuah Vespa.

Bagi memeriahkan lagi barisan model skuter Vespa, pengedar rasmi Vespa di Malaysia, Didi Group baru-baru ini, memperkenalkan Vespa Primavera Color Vibe baharu. Satu variasi warna yang luar biasa ditampilkan untuk varian Primavera menonjolkan lagi ciri-ciri jiwa muda dan segar.

Model ini dikatakan mempunyai sentuhan gaya abadi dan pasti mengghairahkan peminat dunia dua roda. 

Tersedia dalam varian warna Orange Tramonto dan Blue Audace, model ini dipadankan dengan grafik sisi dan papan kaki warna biru dan jingga. Ia mencipta suasana yang berani dan suka berhibur dan mewarnai sepanjang perjalanan menunggangnya. 

Siri istimewa ini dicipta sebagai tanda penghormatan kepada alam Vespa yang berwarna-warni dan riang. Ia memberi inspirasi kepada orang ramai untuk melarikan diri dari dunia kesibukan kepada fikiran yang positif dengan kegembiraan spontan. 

Warna funky ini sesuai untuk melahirkan perasaan penunggang yang ingin merasai dan memahami apa itu erti bebas ketika menunggang Vespa.

Keserlahan warna ini dilengkapi bersama hiasan penutup stereng pada perisai hadapan serta rim roda eksklusif kemasan metalik berkilat dipasangkan khas untuk keluaran Vespa Primavera.

Ini termasuk rangka lampu depan dan lampu belakang, komponen pelindung lumpur hadapan, spring suspension hadapan dan pemegang tepi penumpang menampakkan lagi keranggian kepada penunggangnya.

Vespa Primavera Color Vibe tersedia dalam versi 150 cc dan menawarkan harga bermula pada RM22,300. 

Kepada yang berminat jangan malu atau segan untuk singgah ke showroom Vespa terpilih di seluruh Malaysia atau anda boleh klik pautan ini untuk maklumat lebih lanjut.- Getaran, 3 Jun 2023 

Isu Pada

Ahirine Ahirudin: Namanya Semakin Panas!

03 Jun 2023

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini