Berita Terkini

9 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Afgan Melebarkan Sayap ke Persada Dunia

Getaran mendapatkan temu bual eksklusif bersama penyanyi kegilaan ramai dari Indonesia, Afgan tentang projek antarabangsanya yang terbaharu.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 May 2021 9:20AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Rezeki jangan ditolak dan impian menjadi kenyataan.

Itulah yang boleh dikatakan mengenai penyanyi papan atas dari Indonesia, Afgansyah Reza. Lebih dikenali sebagai Afgan oleh para peminatnya, penyanyi berusia 32 tahun itu memberitahu bahawa ada sebuah label dari Amerika Syarikat bernama Empire ingin merealisasikan impiannya untuk menerbitkan sebuah album Inggeris.

Empire mempunyai senarai artis yang hebat-hebat seperti Snoop Dogg dan Adam Lambert. Penerbitan album Inggeris Afgan berjudul Wallflower itu juga mencipta sejarahnya sendiri kerana ia adalah kali pertama label tersebut menandatangani artis yang bukan berasal dari Amerika Syarikat.

Album yang berjudul Wallflower itu menonjolkan kelainan dari Afgan dengan 10 buah lagu Inggeris yang dirakamkan sepenuhnya di Amerika Syarikat pada tahun 2019. Ia juga merupakan album global pertama penyanyi tersebut.

Afgan yang dihubungi menerusi panggilan telefon dari Jakarta secara eksklusif, menerangkan beliau berpeluang bertemu dengan pemilik label Empire di Singapura pada awalnya. 

Ia menjadi titik-tolak di mana pelantun lagu 'Terima Kasih Cinta' itu ditawarkan menjadi artis rakaman label tersebut. 

“Cara mereka kerja berbeza dengan di Indonesia. Dalam satu lagu mungkin ada tujuh atau lapan orang di studio untuk muziknya. Saya menulis bersama tujuh lagu, ada melodinya, ada liriknya.

“Semuanya boleh jadi secara spontan di studio. Semua boleh berubah dalam masa satu saat meskipun kita sudah rencanakan yang lain. Semua boleh memberi idea masing-masing. Sebab itu saya suka berkolaborasi dan bertukar idea,” jelas Afgan.

Antara lagu-lagu yang terkandung dalam album Wallflower ialah 'M.I.A' (bersama Jackson Wang), 'Touch Me', 'Hurt Me Like You', 'If I Don’t Have Your Love', 'Say I’m Sorry' dan 'Don’t Forget About You.' Kesemua lagu boleh ditonton di saluran YouTube Afgan kini.

Temu bual ini menjadi rancak apabila Afgan bercakap mengenai kerjasamanya bersama rapper dan penyanyi terkenal merangkap anggota GOT7 iaitu Jackson Wang menerusi single mereka berjudul 'M.I.A.'

GOT7 adalah sebuah boy band yang cukup terkenal dari Korea Selatan.

Mereka bertemu di Korea Selatan pada 2019. Meskipun hanya sempat bercakap selama 5 minit sahaja ketika itu (mereka membuat persembahan di acara yang sama), mereka sempat berbincang untuk bekerjasama pada suatu hari nanti.

Malangnya, pandemik tidak mengizinkan mereka untuk bertemu untuk merakamkan video muzik bersama namun kecanggihan teknologi berjaya menyelesaikannya. 

“Saya berbincang dengan Jackson jika dia boleh tolong saya kerana saya betul-betul mahu dia ada untuk video. Kami saling mempercayai satu sama lain secara kreatif untuk video ini.

“Saya di Indonesia, dia di Korea. Ramai yang ingat kami filemkan video ini sama-sama. Aneh rasanya kalau dia tidak ada dalam video ini,” kongsi Afgan dengan gembira.

Hasil video muzik tersebut amat mengagumkan. Lagu 'M.I.A' bersama Jackson Wang berjaya meraih sejumlah 5.5 juta tontonan di YouTube dalam masa sebulan ia diedarkan.

Namun, lagu manakah menjadi kegemaran penyanyi yang sinonim dengan lesung pipitnya itu?

“Susah nak pilih. Lagu 'Hurt Me Like You' dan saya suka 'Don’t Forget About You.' Saya tulis bersama melodi dan lirik lagu 'Hurt Me Like You.' Lagu itu pengalaman sendiri melawan anxiety.

“Ini sesuatu yang orang luar tidak perasan tentang public figure. Kami lalui kehidupan sebenar di sebalik closed doors jadi saya ingin katakan saya mempunyai insecurities dan fears,” akuinya tenang dalam temu bual ini.

Artis di bawah naungan syarikat Trinity Optima Production itu menjelaskan lagi bahawa artis juga seperti manusia biasa yang turut melalui banyak perkara dalam kehidupan mereka.

“Ini tidak bermakna kita tidak boleh mengatasinya. Ia mengajar kita sesuatu. Menulis lagu itu adalah satu terapi. Setiap kali saya mendengar lagu itu, saya merasa pulih. Mungkin juga ramai melaluinya sekarang ini dengan pandemik yang membuatnya lebih buruk lagi,” tambahnya.

Mengimbas kembali pengalamannya diterjah anxiety sewaktu mula menyanyi ketika usianya 18 tahun, banyak persoalan yang timbul. Afgan harus juga berdepan dengan pendengar serta penonton yang ramai dan harus ke sana-sini sebagai penyanyi.

I was thrown into this limelight. Masih muda waktu itu, tidak tahu apa yang saya lalui. Sangat menjengkelkan dan tidak selesa. Bila sudah dewasa kalau anxiety datang kita sudah tahu apa yang harus dilakukan. Itu hal yang terbaik bila kita semakin dewasa,” jawabnya sambil ketawa.

Lagu 'Hurt Me Like You' juga ingin mewujudkan lebih banyak kesedaran bahawa jika seseorang mendapatkan terapi, ini tidak bererti dia tidak sihat. Sebaliknya, ia adalah jalan ke arah kesembuhan.

Syukur, episod didekati anxiety suatu ketika dahulu telah pun berlalu kini.

Menerusi lagu 'Don’t Forget About You' pula, Afgan ingin menyampaikan apabila kita mengenakan sesuatu (impose) pada diri sendiri, ia adalah sesuatu yang tidak baik.

Demi menjadi pasangan yang lebih baik, seseorang itu perlu menjaga diri dan memberi keutamaan pada diri sendiri juga agar tidak ‘hilang diri’ dalam perhubungan. Tiada sesiapa yang boleh menyakiti diri kita lebih daripada diri kita sendiri.

Namun, lagu 'Don’t Forget About You' tiada kena mengena dengan diri penyanyi itu kerana ia telah disiapkan oleh penerbit.

Lagu-lagu Inggeris Afgan kini boleh diperolehi di platform penstriman Spotify. Segeralah ke sana untuk menikmati kelainan yang beliau tampilkan kali ini! 

Buat masa ini, Afgan juga sedang berusaha untuk mendapatkan pengurusan di Amerika Syarikat.

“Kami rancang untuk mengedarkan album di Amerika Syarikat dan Kanada. Kami masih berbincang tentang rencana ini,” katanya menutup bicara.

Selamat maju jaya kami ucapkan kepada Afgan. Semoga kerja keras beliau membuahkan hasil untuk tembusi pasaran antarabangsa suatu hari nanti! – Getaran, 16 Mei 2021.

Semua gambar: Ihsan Afgan

Isu Pada

Kemilau Bintang Wany Hasrita

15 May 2021

Sorotan

1

PM Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Sunday Kepada Penganut Kristian

2

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

3

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

4

Bas Terbalik Di Lebuhraya KLK: 2 Maut, 13 Cedera

5

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

6

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

7

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak