Berita Terkini

32 minit yang lalu: Pindahan pesakit guna tangga di hospital Melaka ekoran kerosakan luar lif 33 minit yang lalu: Ketua Polis Pulau Pinang tidak tunduk dengan ugutan 34 minit yang lalu: Sukan APG Kemboja 2023 buka tirai dengan percikan bunga api 35 minit yang lalu: Pengeluaran ketam di Malaysia 16,000 tan metrik tahun 2022 35 minit yang lalu: JDT selesaikan pusingan pertama Liga Super 2023 dengan rekod bersih

IKUTI KAMI


4 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

Buntu mahu tonton apa minggu ini? Kami di Getaran ada cadangan. Setiap minggu, kami akan kongsikan empat tajuk yang boleh anda tonton lewat platform-platform penstriman yang ada di negara kita. Semoga terhibur!

TARA Dikemaskini 1 minggu yang lalu ยท Diterbitkan pada 21 May 2023 6:08PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

The Mother

Peminat Jennifer Lopez pasti sudah lama merindukan kelibat wanita ini untuk filem terbaharu. Dek itulah, apabila platform penstriman Netlix mula mempromosikan filem ‘The Mother’, ramai yang teruja.  

Filem aksi yang diarahkan oNiki Caro dan ditulis oleh Misha Green, Andrea Berloff dan Peter Craig ini mengisahkan tentang seorang penembak tepat (Jennifer Lopez) yang terpaksa melepaskan hak penjagaan anaknya dan melarikan diri dari pengedar senjata berbahaya Hector Alvarez (Gael García Bernal) dan Adrian Lovell (Joseph Fiennes).

Tindakannya itu bukan kerana tidak mahu bertanggungjawab, tetapi dia terpaksa demi memastikan keselamatan anaknya terjamin. Namun, apa yang ditakuti berlaku jua apabila pihak musuh dapat menjejaki anaknya dan menjadikannya tebusan bagi membalas dendam terhadap si ibu.

Penampilan Jennifer Lopez dalam filem ini mengingatkan kita bahawa wanita ini cukup selesa beraksi  dengan senjata. Tidak berlebihan jika meletakkan dia sebaris dengan Liam Neeson, Denzel Washington dan Bob Odenkirk yang sinonim dengan filem-filem aksi lasak yang mendebarkan. 

Biarpun filem ini dicadangkan sebagai filem yang mesti ditonton pada hujung minggu, suka diingatkan bahawa ia masih punya kelemahan yang mungkin menimbulkan rasa bosan pada sesetengah orang. 

Satu, jalan cerita agak klise. Tiada kejutan atau ‘plot twist’. Satu lagi, kupasan tentang konflik watak utama dengan musuhnya bagaikan tidak sampai. Namun, ia tetap menghiburkan.  

Anda boleh menonton filem ini di Netflix – Rahayu MN 

Mrs Chatterjee Vs Norway

Mrs Chatterjee
Mrs Chatterjee

Filem ini berdasarkan peristiwa sebenar dan ia  diarahkan Ashima Chibber serta dibintangi pelakon-pelakon papan atas India seperti Rani Mukerji, Anirban Bhattacharya, Neena Gupta, Jim Sarbh dan ramai lagi. 

Diinspirasikan dari peristiwa sebenar yang berlaku, filem ini mengisahkan tentang kisah tragik yang berlaku terhadap sepasang suami isteri yang telah berusaha berjuang untuk mendapatkan semula  hak penjagaan terhadap dua orang anaknya daripada kerajaan Norway.

Sagarika Chatterjee (Rani Mukerji) dan suaminya, Anup Chatterjee (Anirban Bhattacharya) telah berpindah ke Norway untuk mencari pekerjaan.

Sewaktu  menetap di sana, dua orang anak mereka telah diambil  oleh pihak berkuasa kebajikan kanak-kanak Norway  atas alasan Sagarika Chatterjee dan Anup Chatterjee tidak layak layan. 

Alasan itu pula bukanlah disebabkan oleh penderaan fizikal tetap lebih kepada perbezaan budaya dalam membesarkan anak-anak. Misalnya, tidur bersama mereka, menyuapkan makanan dengan tangannya serta menggunakan celak di mata mereka. 

Mrs. Chatterjee terpaksa berpisah dengan suaminya itu berusaha untuk memperjuangkan haknya dengan melakukan tuntutan pengadilan di mahkamah Norway. Namun, usahanya tersebut gagal dan telah ditolak oleh pihak pengadilan Norway dan hak penjagaan jatuh ke tangan saudara bekas suaminya itu.

Akhirnya, Sagarika meminta bantuan daripada Kementerian Luar Negeri India untuk mendapatkan kembali haknya sebagai ibu kepada anak-anaknya.Dengan campur tangan pihak pemerintahan India,  apakah Mrs Chatterjee berjaya memenangi kes ini? 

Diarahkan Ashima Chibber, Mrs Chatterjee Vs Norway dibintangi pelakon-pelakon hebat Bollywood seperti Rani Mukerji, Anirban Bhattacharya, Neena Gupta, Jim Sarbh dan ramai lagi. 

Saksikan filem menarik Mrs. Chatterjee Vs Norway  yang disenaraikan sebagai antara filem Top 10 di platform Netflix bagi ketahui kesudahanya. Selamat menonton! – Rubini Nagarajah.

Anna Nicole Smith: You Don’t Know Me 

Dokumentari baharu yang ditayangkan di Netflix ini berkisar mengenai kehidupan mengenai  pelakon, model dan bekas Playboy Playmate, Anna Nicole Smith yang sentiasa menjadi buruan tabloid dengan kisah-kisah yang cukup sensasi. 

Berasal dari sebuah pekan kecil yang terletak di Texas, Anna berjaya memiliki kehidupan yang diimpikan iaitu popular dan glamor serta berkahwin dengan lelaki hartawan biarpun jarak usia suaminya itu terlalu tua buat dirinya. 

Namun, di sebalik gemerlapan sebagai seorang selebriti Hollywood, penghujung hidupnya cukup menyedihkan. Dia melalui pelbagai tragedi dan trauma peribadi yang akhirnya mendorongnya menjadi ketagihan dadah dan alkohol. 

Pada tahun 2007, Anna meninggal dunia pada usia 39 tahun akibat pengambilan dadah yang keterlaluan. 

Dokumentari Anna Nicole Smith: You Don’t Me ini cuba membongkar setiap tragedi yang berlaku di dalam hidupnya. 

Bermula daripada kegagalan perkahwinan pertamanya, hubungannya dengan wanita sejenis, bapanya yang cuba menjalinkan hubungan seks dengannya, isu turun-naik mahkamah tentang harta peninggalan mendiang suami keduanya yang akhirnya tidak berpihak kepadanya serta kematian anak lelakinya yang benar-benar merobek perasannya dan hak penjagaan anak perempuan yang dirampas daripadanya. – Ellyna Ali 



Death at a Funeral 

Sebuah filem komedi berkisahkan tentang keluarga kulit hitam yang hadir ke upacara kematian salah seorang ahli keluarga mereka serta diuruskan oleh dua orang anak si mati bernama Edward dan Aaron (lakonan Chris Rock dan Martin Lawrence)

Upacara yang sepatutnya berjalan seperti biasa ini terganggu apabila timbulnya pelbagai situasi yang tidak dijangka. Antaranya ialah kemunculan seorang individu lelaki tidak dikenali yang mendakwa bahawa dia merupakan kekasih gelap kepada si mati. 

Individu itu huga turut mengugut untuk menyebarkan gambar intimnya bersama si mati, namun dia tidak akan berbuat demikian jika menerima bayaran sebanyak USD 30,000. 

Edward dan Aaron terkejut dan berpikir pelbagai cara untuk menyelesaikan keadaan tersebut samada membayar kepada individu itu atau menghapuskannya agar tidak diketahui oleh ahli keluarga lain. Pelbagai kaedah dan agenda lawak yang timbul semasa proses memikirkan masalah tersebut

Filem yang diarahkan oleh Neil LaBute dan ditayangkan pada 2010 kini boleh ditonton menerusi saluran Netflix.  – Izwan Ramlan – Getaran, 21 Mei 2023 

Sorotan

1

Pemimpin Asing Ucap Takziah, Angka Kematian Tragedi Kereta Api India Hampir 300

2

Hubungan Kukuh Negeri, Persekutuan Penting - Ahmad Zahid

3

Kadar Inflasi Malaysia Kekal Sederhana Pada 2023 - Rafizi

Disyorkan untuk anda

TARA 22 jam yang lalu

Ahirine Ahirudin: Namanya Semakin Panas!

oleh Helmi Anuar

TARA 20 jam yang lalu

Realisasikan Impian Cantik Dan Langsing Dengan Tenaga Ultrasound

CFU Ultima, rawatan muka dan badan bukan invasif baharu yang eksklusif menggunakan tenaga ultrasound untuk menyasarkan kawasan yang lebih sukar dirawat seperti...

oleh Rahayu MN

TARA 8 minit yang lalu

Ora Good Cat Warna Hijau Pistachio Merancakkan Dunia EV Automotif Malaysia

Pertunjukkan Ora Good Cat yang diadakan di Sunway Velocity baru-baru ini telah berjaya menarik perhatian pasaran apabila 20 unit model EV tersebut habis dijual...

oleh Izwan Ramlan

TARA 15 jam yang lalu

'Main Puteri' Dipentaskan Di Festival De I'Imaginaire, Paris Pada 7 Jun