Berita Terkini

6 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Bomb Battle, Permainan Video Imersif Dengan Bom Cat Terbesar Pertama Di Asia

Terdapat lima permainan arked imersif penuh yang menarik dan diinspirasikan oleh filem aksi, game shows, permainan escape room dan e-sukan, menghasilkan suatu pengalaman permainan yang istimewa. 

TARA Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 14 May 2023 8:33PM

The Bomb Battle yang terletak di Tingkat 7, Berjaya Times Square adalah permainan yang diinspirasikan oleh filem aksi, game shows, permainan escape room dan e-sukan - Gambar dari Bomb Battle

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setiap kali menjelang hujung minggu, pasti anda tercari-cari aktiviti untuk dilakukan bersama keluarga atau kawan-kawan. 

Jika mencari hiburan dan keseronokan, bolehlah panjangkan langkah ke pusat beli-belah, Berjaya Times Square untuk mencuba satu tarikan terbaharu, The Bomb Battle yang terletak di Tingkat 7.

Permainan video alam nyata berkumpulan ini dipersembahkan oleh pencipta konsep dan permainan, Mission Group Ltd, dan ia merupakan pertama seumpamanya di Asia. 

Konsep permainan Bomb Battle dipelopori oleh usahawan Datin Sheehan Tee dan pengasas bersamanya Tai Lee Chuen.
Konsep permainan Bomb Battle dipelopori oleh usahawan Datin Sheehan Tee dan pengasas bersamanya Tai Lee Chuen.

Terdapat lima permainan arked imersif penuh yang menarik dan diinspirasikan oleh filem aksi, game shows, permainan escape room dan e-sukan, menghasilkan suatu pengalaman permainan yang istimewa. 

Konsep permainan Bomb Battle dipelopori oleh usahawan Datin Sheehan Tee dan pengasas bersamanya Tai Lee Chuen. Mereka yakin permainan ini mampu menjadi salah satu ruang hiburan paling inovatif dan seronok di negara ini. 

Sheehan Tee (lima dari kiri) pada pelancaran Bomb Battle.
Sheehan Tee (lima dari kiri) pada pelancaran Bomb Battle.

Portfolio Sheehan yang mengagumkan mencakupi peranannya sebagai Ketua Pegawai Operasi Escape Room dan The Rift, taman tema realiti maya dan realiti terimbuh yang pertama dan terbesar di Malaysia, termasuk juga pengasasan MyBestBox, taman hiburan dalam bangunan yang diinspirasikan oleh rancangan Korea popular Running Man dan rancangan aneka ragam Wipeout.  

Direka sebagai destinasi hiburan berkumpulan terunggul, permainan berteknologi tinggi ini mencabar kecekapan pemainnya untuk meredakan fius berdetik bom cat sebelum masa 75 minit berakhir. 

Jika anda gagal, bersedia untuk ‘diletupkan’! Tapi usah bimbang, ia hanya mengakibatkan letupan berwarna-warni, di mana semburan cat  dilepaskan kepada para pemain dan memberikan lonjakan adrenalina yang tiada tandingannya dalam dunia hiburan tempatan Malaysia.

Terdapat dua pilihan pakej yang boleh dibeli iaitu Bomb Mission atau VIP Mission, harganya bermula dari RM89 seorang.
Terdapat dua pilihan pakej yang boleh dibeli iaitu Bomb Mission atau VIP Mission, harganya bermula dari RM89 seorang.

Dalam pada itu, Sheehan Tee ketika mengulas mengenai Bomb Battle berkata:

“Kami gembira memperkenalkan permainan unik, Bomb Battle kepada masyarakat Malaysia. Ia merupakan gabungan sempurna antara keseronokan, daya fikir dan kemahiran supaya anda boleh meluangkan masa berkualiti bersama dengan keluarga dan rakan-rakan.”

“Permainan ini mempunyai lima bilik unik, di mana setiap bilik mempunyai tiga tahap kesukaran masing-masing yang mampu mencabar pemain di setiap tahap kemahiran. Permainan ini direka oleh kami supaya setiap pemain dapat menikmati pengalaman yang begitu menggembirakan dan tidak dapat dilupakan.”

“Untuk memastikan keselamatan setiap pemain, pihak kami turut menyediakan baju bahan berbahaya (hazmat suit) yang melindungi seluruh badan dan peralatan pelindung. Permainan Bomb Battle dilengkapi skrin sentuh canggih syarikat kami, sistem IoT, dan perkakasan laser maze yang memberikan anda pengalaman permainan unik daripada gabungan teknologi dengan hubungan sosial manusia,” ujar beliau.

 Bomb Battle telah bekerjasama dengan perintis dan pelopor kamera aksi terunggul di dunia, GoPro sebagai rakan rasmi kamera.
Bomb Battle telah bekerjasama dengan perintis dan pelopor kamera aksi terunggul di dunia, GoPro sebagai rakan rasmi kamera.

Pasti anda yang tertanya-tanya tentang cara untuk merakam gambar atau video untuk dijadikan kenang-kenangan bukan? Maklumlah, mana mungkin punya kesempatan untuk lakukan sendiri kerana sibuk menyelesaikan cabaran yang diberi.

Dek itulah, Bomb Battle telah bekerjasama dengan perintis dan pelopor kamera aksi terunggul di dunia, GoPro sebagai rakan rasmi kamera. Dengan menggunakan kamera GoPro, pemain mudah merakam setiap detik permainan yang mendebarkan dan memori ini boleh dibawa pulang, seterusnya dikongsi di akaun media sosial masing-masing.

Selain itu, Bomb Battle juga bekerjasama dengan Klook Malaysia yang berperanan sebagai ejen pelancongan rasmi dalam talian untuk memberikan perkhidmatan pembelian tiket yang eksklusif kepada pelanggannya. Manakala, Hausboom merupakan pembekal minuman rasmi mereka. 

Terdapat dua pilihan pakej yang boleh dibeli iaitu Bomb Mission atau VIP Mission, harganya bermula dari RM89 seorang. Untuk maklumat lanjut dan terkini, sila layari laman sesawang rasmi Bomb Battle atau ikuti Instagram mereka. - Getaran, 14 Mei 2023

Isu Pada

Aishwarya Rai - Aura Nandini dan ‘Women Empowerment’

13 May 2023

Sorotan

1

90 Kes Jenayah Seksual Direkod Di Kelantan Dalam Tempoh 4 Bulan

2

MB Perlis Beri Keterangan Hampir 9 Jam Di SPRM

3

Muat Naik Video Dikatakan Aibkan YDPA, Papagomo Ditahan Polis

4

Pengurus Dan Pegawai Keselamatan Kebakaran Di Premis, JBPM Dalam Proses Pinda Akta

5

Isu Kasino Forest City: Chegu Bard Tak Mengaku Salah Terbit Kenyataan Menghasut

6

Skuad Piala Uber Malaysia Pulang Awal