Berita Terkini

6 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Ini Himpunan 6 Lagu Melayu Tempatan Popular Tentang Insan Bernama Ibu Yang Cukup Menusuk Kalbu 

Sempena Hari Ibu, Getaran himpunkan lagu-lagu Melayu tempatan popular tentang insan-insan bergelar ibu yang sehingga sekarang masih memberikan kesan kepada kita semua. 

TARA Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 14 May 2023 5:00PM

Tiada perkataan yang mampu diungkapkan bagi menggambarkan betapa besar pengorbanan dan jasa ibu dalam melahir serta mendidik anak-anak. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jasa seorang insan bergelar ibu memang tidak ternilai harganya dengan wang ringgit. Ibu adalah insan yang memberikan kita kehidupan apabila melahirkan dan membesarkan kita untuk menjadi insa yang berguna di muka bumi ini. 

Ibu sentiasa melindungi kita dalam apa juga situasi, sentiasa memberi kita kekuatan kala susah dan senang serta sentiasa memberikan kita semangat untuk bangkit semula apabila kita tersungkur serta sanggup berkorban apa saja demi melihat kita senang dan berjaya di dalam kehidupan.

Atas sebab itu, darjat seorang ibu sentiasa dimuliakan dan berada di tingkat yang paling atas, hingga di dalam Al-Quran sendiri turut tercatat bahawa syurga itu terletak di bawah telapak kaki seorang ibu. 

Sempena Hari Ibu, Getaran himpunkan lagu-lagu Melayu tempatan popular tentang insan-insan bergelar ibu yang sehingga sekarang masih memberikan kesan kepada kita semua. 

Selamat Menyambut Hari Ibu buat seluruh insan-insan bergelar ibu! Semoga ibu-ibu akan terus diberikan kekuatan untuk melalui kehidupan yang semakin mencabar ini. 

Untukmu Ibu – Exist 

Mamat - Gambar dari Facebook Mamat Exists
Mamat - Gambar dari Facebook Mamat Exists

Inilah lagu yang telah berjaya menaikkan nama Exist bersama vokalis pertama mereka, Mamat sewaktu mereka mula-mula muncul di dalam industri muzik dan ketika itu. 

Ia mengisahkan tentang ratapan dan luahan hati seorang anak setelah pemergiannya ibunya dan bagaimana hidupnya sepi tanpa ketiadaan ibu di sisinya. 

Vokal Mamat yang ketika masih belum pecah saat membawakan lagu ini memang cukup menusuk kalbu. 

Lagu pop rock ciptaan komposer Rahim Othman dan lirik oleh Megat Ismail Ibrahim ini dimuatkan dalam album stido pertama Exist yang juga menggunakan judul yang sama dengan nama kumpulan mereka. 

Bonda – Datuk M Nasir 

M Nasir 
M Nasir 

Lagu Bonda ini adalah antara lagu hits ciptaan dan nyanyian Datuk M Nasir, manakala liriknya ditulis oleh Nurbisa atau Loloq. 

Ia telah dimuatkan dalam album studio solonya keempatnya, Canggung Mendonan yang dilancarkan pada tahun 1993. 

Lagu yang bernuansa muzik nusantara  ini juga merupakan suatu luahan rindu seorang anak kepada ibunya dan tiadanya kasih sayang yang setanding dengan seseorang ibu. 

Umi – Dato Shake 

Dato Shake - Gambar dari Facebook
Dato Shake - Gambar dari Facebook

Penyanyi kacak dan hebat kelahiran Johor ini memulakan kerjaya nyanyiannya di Perancis dan telah berjaya mencipta nama di beberapa negara di Eropah termasuk Belgium, Switzerland dan Greece. 

Kejayaan tersebut mendorongnya untuk menghasilkan album studio pertama dalam bahasa Melayu iaitu Kau Bungaku pada 1983. 

Album ini memuatkan beberapa lagu hits termasuk Umi. Lagu yang berentak pop moden ini menceritakan bagaimana seorang anak cuba membahagiakan seorang ibunya yang telah sekian lama menderita. 

Syurga Di Telapak Kaki Ibu – Datuk Aishah 

Aishah - Gambar dari Instagram @aishahjmm
Aishah - Gambar dari Instagram @aishahjmm

Antara penyanyi wanita yang memiliki vokal hebat di tanah air, Aishah memulakan kerjaya solo nyanyian setelah mencipta nama dengan kumpulan Aishah & The Fan Club di New Zealand di peringkat antarabangsa apabila lagu Don’t Make Me Fall Alone berkarya dalam tersenarai dalam carta Billboard 100. 

Menerusi album solonya yang juga menggunakan judul namanya yang dilancarkan pada 1990, ia telah memuatkan beberapa lagu hits dan Aishah telah merakamkan semula lagu  Syurga DI Telapak Kaki Ibu ciptaan dan nyanyian S Effendi dengan suntikan susunan muzik baharu. 

Lagu ini menceritakan tentang jasa dan pengorbanan seorang ibu yang sanggup melahirkan dan membesarkan seorang anak dan tidak akan bahagia seseorang anak tanpa restu seorang ibu kerana syurga itu berada di telapak kaki ibu. 

Ibu – Tan Sri P Ramlee 

Allahyarham P Ramlee - Gambar dari media sosial
Allahyarham P Ramlee - Gambar dari media sosial

Sebuah lagu ciptaan nyanyian Biduan Negara, Tan Sri P Ramlee yang cukup menyentuh hati dan merupakan lagu runut bunyi untuk filem Ibu arahan S Ramanathan yang mula dilancarkan di panggung pada tahun 1953 (zaman sebelum Malaysia dan Singapura masih belum berpecah dan dikenali sebagai Tanah Melayu). 

P Ramlee sendiri turut membintangi filem ini dan telah menjadi anak derhaka apabila memilih untuk memperisterikan Ratna lakonan Aini Hayati sekali pun mendapat tentangan daripada ibunya, Raihah (Neng Yatimah). 

Ratna juga telah  bersekongkol dengan beberapa orang lain untuk meyingkingkan ibu mertuanya. Di akhir cerita, P Ramlee menyedari dan menyesal akan perbuatannya.

Lagu ini adalah luahan hati seorang anak yang meletakan dirinya sebagai seorang ratu yang sentiasa membahagiakan dirinya di kala duka dan tempat untuknya menyerahkan kasih. 

Mawar Putih Buat Mama – Datuk Sharifah Aini 

Allahyarham Sharifah Aini - Gambar ihsan The Star 
Allahyarham Sharifah Aini - Gambar ihsan The Star 

Diiktiraf sebagai bidunita negara selepas Allahyarham Puan Sri Saloma, penyanyi hebat ini telah menghasilkan berpuluh album dalam tempoh empat dekat iaitu 70-an, 80-an, 90-an dan 2000 dan ke atas. 

Lagu Mawar Putih Untuk Mama ini telah dimuatkan di dalam album Harum Dalam Kenangan dan dilancarkan EMI Malaysia pada 1981. 

Lagu ciptaan S Haron Ahmad ini mengisahkan tentang luahan seorang anak tentang keagungan kasih seorang ibu dan sekuntum bunga mawar putih dihadiahkan buat si ibu, sebagai lambang kesucian cintanya buat insan yang banyak berjasa di dalam hidupnya itu. – Getaran, 14 Mei 2023 





 

Isu Pada

Aishwarya Rai - Aura Nandini dan ‘Women Empowerment’

13 May 2023

Sorotan

1

90 Kes Jenayah Seksual Direkod Di Kelantan Dalam Tempoh 4 Bulan

2

MB Perlis Beri Keterangan Hampir 9 Jam Di SPRM

3

Muat Naik Video Dikatakan Aibkan YDPA, Papagomo Ditahan Polis

4

Pengurus Dan Pegawai Keselamatan Kebakaran Di Premis, JBPM Dalam Proses Pinda Akta

5

Isu Kasino Forest City: Chegu Bard Tak Mengaku Salah Terbit Kenyataan Menghasut

6

Skuad Piala Uber Malaysia Pulang Awal