web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Van’s Zahba Zion Model Kasut Signature ‘Skater’ Profesional Berkulit Hitam

Edisi khas kasut keluaran Van’s kali ini diinspirasikan oleh seseorang skater terkenal berkulit hitam dari Amerika Syarikat, Zion Wright yang merupakan model kasut signature di bawah kategori Pro.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 May 2023 2:28PM

Zahba Zion oleh Zion Wright telah dilancarkan di seluruh dunia pada 16 Mac lalu. - Gambar ihsan Van’s.com

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebut sahaja Van’s, pastinya ramai yang melebelkannya sebagai jenama kasut papan selaju di mana rata-rata pemain sukan tersebut (skater) kebanyakannya memakai kasut ini ketika beraksi di tapak sukan ekstrem tersebut. 

Namun, kasut Van’s tidak tertumpu kepada golongan skater sahaja malah terdapat ramai peminat kasut berkenaan yang memakainya untuk digayakan secara kasual.

Jika sebelum ini TARA pernah berkongsi kisah seorang lagenda skater Malaysia, sebagai Pa’din Musa bersama kasut Van’ versinya sendiri.

Baru-baru ini sebuah lagi model kasut terbaharu dikeluarkan oleh jenama ini iaitu Zahba Zion.

Ia diinspirasikan oleh seorang skater terkenal berkulit hitam dari Amerika Syarikat, Zion Wright, yang juga model signature di bawah kategori Pro. 

Zion Wright
Zion Wright

Hebatnya model kali ini, ia menampilkan inovasi terhadap element ImpactWaffle iaitu tapak kasut yang direka menggunakan kusyen impak dua lapisan buih.

Ia diperbuat daripada bahan yang dikenali sebagai VR3Cush dan 50 peratus daripada bahan tersebut berasakan dari bahan tumbuhan dikenali sebagai Bio Eva Foam.

Dibahagian kulit luar pula, Zahba Zion menggunakan kulit jenis lincin lembut disusuli dengan panel hitam getah di sepanjang dinding sisi kasut.

Jadi kasut ini dapat memberi perlindungan terhadap impak hentaman yang kuat ditambah lagi dengan pemasangan getah Vans’ SickStick yang memberikan lagi cengkaman tapak kasut terutamanya semasa berada di atas papan selaju.

Ciri-ciri ini akan menjadikan kaki anda terasa lebih padat, fleksibel dan selamat ketika menyarungnya.

Ia diperbuat daripada bahan yang dikenali sebagai VR3Cush dan 50 peratus daripada bahan tersebut berasakan dari bahan tumbuhan dikenali sebagai Bio Eva Foam. - Gambar oleh Izwan Ramlan
Ia diperbuat daripada bahan yang dikenali sebagai VR3Cush dan 50 peratus daripada bahan tersebut berasakan dari bahan tumbuhan dikenali sebagai Bio Eva Foam. - Gambar oleh Izwan Ramlan

Selain itu, itu gabungan dua warna utama iaitu hitam dan coklat pada kasut ini diilhamkan dari kampung halaman Zion Wright's sendiri di Jupiter, Florida yang merupakan sebuah kawasan pesisiran pantai.

Warna tersebut menampakkan sedikit sentuhan elemen klasik dan sesuai digaya samada bersama seluar pendek atau panjang.

Bagi melengkapkan edisi pakaian Zahba Zion, Van’s mengeluarkan tiga lagi item eksklusif iaitu seluar tukang kayu Denim dan T-shirt Tie Dye.

Item eksklusif iaitu seluar tukang kayu Denim dan T-shirt Tie Dye.
Item eksklusif iaitu seluar tukang kayu Denim dan T-shirt Tie Dye.

Kesemua item tersebut memiliki perkataan sulaman ‘Jupiter’ di tepi poket seluar dan di dada kiri baju sebagai tanda asal usul skater profesional tersebut.

Ini termasuk sepasang sandal La Costa Zahba turut dikeluarkan bagi item kategori selipar.

Apapuun, kolaborasi hebat Van’s bersama skater professional Zion Wright telah menguatkan lagi jenama ini sebagai kasut papan selaju terunggul di dunia.

Bahkan rekaan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa semakin menonjol dan berjaya menarik perhatian pengguna lain untuk dipakai secara kasual. - Getaran, 7 Mei 2023 

Isu Pada

Aiswarya Rai: Aura Nandini Dan Women Empowerment

06 May 2023

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas