Berita Terkini

4 jam yang lalu: Dakwaan rasuah OCPD: SPRM tahan 3 lagi polis 4 jam yang lalu: Kerjasama Malaysia-Indonesia mudahkan produk sijil halal tembus pasaran kedua negara 4 jam yang lalu: Malaysia di posisi baik manfaat potensi sebagai pengeluar hidrogen hijau - MOSTI 4 jam yang lalu: Lelaki disyaki dera bayi perempuan teman wanita ditahan 4 jam yang lalu: Syarikat korporat perlu melabur untuk sistem keselamatan siber - Fahmi

IKUTI KAMI


Terlepas Solat Sunat Aidilfitri Pada 1 Syawal? - Usah Risau, Ia Masih Boleh Diganti! 

Solat sunat Aidilfitri boleh diganti pada bila-bila masa tetapi adalah sebaik-baiknya ia disegerakan dilakukan pada awal pagi raya bahkan lebih afdal untuk dilaksanakan pada hari yang sama.

TARA Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 29 Apr 2023 10:17AM

Solat sunat Aidilfitri merupakan solat sunat al-Muaqqat iaitu solat sunat yang ditetapkan dan terikat waktunya, oleh itu sunat untuk menggantikannya pada bila-bila masa, namun sebaiknya disegerakan melakukannya walaupun pada hari raya. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kita semua sudah maklum bahawa solat sunat Aidilfitri merupakan ibadah sunat yang dilakukan setahun sekali iaitu pada 1 Syawal.  Namun, terdapat segelintir individu yang tidak sempat atau terlepas waktu untuk melakukan solat tersebut. 

Mungkin ada yang terlewat bangun pagi dan mungkin juga terlupa. Iyalah, orang kata membuat persiapan pada malam raya tentunya meletihkan. Jadi adakah ini bermakna mereka terlepas solat sunat ini dan perlu tunggu pada Aidilfitri tahun depan?

Solat sunat Aidilfitri merupakan solat sunat al-Muaqqat iaitu solat sunat yang ditetapkan dan terikat waktunya.
Solat sunat Aidilfitri merupakan solat sunat al-Muaqqat iaitu solat sunat yang ditetapkan dan terikat waktunya.

Usah jadikan ia satu kerisauan kerana Islam itu memudahkan umatnya! Menurut Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, secara umumnya solat sunat Aidilfitri merupakan ibadah sunat al-Muaqqat (dituntut) iaitu solat sunat yang ditetapkan dan terikat waktunya dan boleh dilakukan secara berjemaah atau bersendirian.

Oleh itu, sunat untuk menggantikannya pada bila-bila masa tetapi adalah sebaik-baiknya ia disegerakan pada awal pagi raya bahkan lebih afdal untuk dilaksanakan pada hari yang sama.

Perkara ini merujuk kepada pandangan muktamad dalam mazhab al-Syafie iaitu solat sunat Aidilfitri boleh diganti pada bila-bila masa sahaja sekiranya tidak berkesempatan menunaikannya pada hari raya. 

Hal ini jelas disebut oleh Imam al-Ramli di dalam karyanya:

(وَلَوْ) (فَاتَ النَّفَلُ الْمُؤَقَّتُ) كَصَلَاةِ الْعِيدِ وَالضُّحَى وَالرَّوَاتِبِ (نُدِبَ قَضَاؤُهُ) أَبَدًا

Maksudnya: Sekiranya luput waktu solat sunat al-Muaqqat seperti solat Hari Raya, Dhuha dan Rawatib, sunat menggantikannya pada bila-bila masa.

(Kitab Fiqh Nihayah al-Muhtaj ila Syarh al-Minhaj, Syamsuddin Muhammad al-Ramli, Dar Fikr Bairut, 1404H, 2/121)

Jadi, anda perlu qada solat sunat tersebut dan rukunnya tetap sama seperti sedia kala termasuk takbir al-Zawaid kerana ia sunat hai’ah (sunat yang tidak memberi kesan jika meninggalkannya) . Bagi menguatkan lagi perbincangan ini, disebut di dalam kitab Bughyah al-Mustarsyidin bahawa:

يُنْدَبُ قَضَاءُ النَّفْلِ المًؤَقًّتِ كَالعَيْدِ وَالوِتْرِ وَالرَّوَاتِبِ مُطْلَقًا

Maksudnya: Disunatkan qada solat-solat sunat yang terikat dengan waktu seperti solat sunat hari raya, Duha dan solat sunat Rawatib secara mutlak.

(Kitab Bughyah al-Mustarsyidin, Abd al-Rahman al-Ba’lawi al-Khadrami, Beirut: Dar al-Fikr, Hlm.102)

Sebagai manusia yang tidak lari dari kesilapan kita masih diberi peluang untuk solat Aidilfitri.

Tidak salah untuk kita berusaha melakukannya sebaik mungkin kerana ia berlaku setahun sekali sahaja. Semoga kita semua dirahmati dan selamat beramal! - Getaran, 29 April 2023

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Isu Pada

Muzik Motivasi Saya - Ismail Izzani

29 Apr 2023

Sorotan

1

336,592 Pelajar Perempuan Belum Disuntik Vaksin HPV

2

Malaysia-Indonesia Capai Kata Sepakat Pertahan Kepentingan Kelapa Sawit - PM

3

Jenaka Chia Tidak Gambarkan Pendirian Singapura, Kami Mohon Maaf - Pesuruhjaya Tinggi