Berita Terkini

5 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Koleksi ExaSoothe Untuk Si Penderita Ekzema, Kulit Sensitif

Pakar telah mengklasifikasikan oat sebagai emolien kerana ia berupaya menahan kelembapan pada kulit, membantu melembutkan dan menenangkannya.

TARA Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 29 Apr 2023 8:23PM

ExaSoothe oat, menggunakan oat penenang kulit yang kuat untuk membantu melegakan dan menenangkan kulit yang sangat kering, terdedah kepada ekzema, sambil memberikan kelegaan yang lebih lama daripada kerengsaan. - Gambar dari Murad

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jika anda salah seorang penderita ekzema, pasti anda sudah melalui pelbagai episod mengecewakan dalam pencarian set penjagaan kulit yang perfect untuk menangani masalah kulit yang gatal dan kemerahan?

Berasa sangat kecewa, tidak berdaya dan menahan kesakitan gara-gara kulit yang terlalu kering akibat ekzema adalah perkara biasa bagi kebanyakan individu yang ada masalah kulit yang berkait rapat dengan faktor genetik ini. 

Siapalah yang tidak kecewa apabila wajah sentiasa dipenuhi dengan tompok-tompok merah dan mengelupas. Sehinggakan walaupun dicuci lembut dan dilap perlahan-lahan pun, kesakitannya cukup luar biasa. 

Murad, jenama yang dipercayai dalam merawat masalah kulit yang spesifik dengan produk yang selamat, terbukti secara klinikal dan bebas kekejaman - teruja memperkenalkan rangkaian produk terbaharunya, Koleksi ExaSoothe.

Ia merupakan sistem penjagaan kulit 3 bahagian yang menggunakan oat penenang kulit yang kuat, untuk membantu melegakan dan menenangkan kulit yang sangat kering, terdedah kepada ekzema, sambil memberikan kelegaan yang lebih lama daripada kerengsaan.

Kenapa oat? Pakar telah mengklasifikasikannya sebagai emolien kerana ia berupaya menahan kelembapan pada kulit, membantu melembutkan dan menenangkannya. Ia juga mempunyai kualiti anti-radang dan melegakan kegatalan. 

Atas sebab-sebab inilah Koleksi ExaSoothe Murad menggunakan ekstrak oat, dan ekstrak piawainya kaya dengan antioksidan dan mempunyai manfaat menenangkan yang luar biasa.

"Koleksi baharu ini bukan sahaja sangat berkesan untuk penjagaan ekzema, bahkan ia adalah sistem penjagaan kulit yang mewah yang pastinya diidamkan oleh sesiapa sahaja yang mempunyai kulit sensitif. Sistem Kawalan Ekzema 3 bahagian kami memberikan ketenangan  luar biasa tanpa menipiskan kulit akibat steroid," ulas Pengarah Urusan Perubatan Deacon, Lim Chang Chern.

Koleksi ExaSoothe juga sesuai untuk kulit seimbang, berminyak dan kombinasi.
Koleksi ExaSoothe juga sesuai untuk kulit seimbang, berminyak dan kombinasi.

Koleksi baharu ini terdiri daripada:

i) Soothing Oat and Peptide Cleanser untuk muka dan mata. Jika anda menganggap membersihkan wajah hanya memburukkan ekzema anda, pembersih yang selamat dan lembut berkrim ini dicipta dengan mengambil kira tentang anda. 

Diformulasikan untuk membersihkan — bukan menanggalkan — kulit yang terdedah kepada ekzema, pembersih micellar yang berkrim dan sangat lembut ini membersihkan kotoran, minyak dan solekan dengan selamat, sambil mengekang kerengsaan dan meninggalkan kelembapan yang bermanfaat. 

Ia diperkaya dengan ekstrak oat yang menenangkan kulit, gula penghidratan kompleks yang jarang didapati dalam pembersih muka jenis bilas, dan mentega shea yang berkesan untuk membendung kerengsaan dan menambah penghalang pengurangan kelembapan (faktor biasa untuk kulit yang terdedah kepada ekzema). 

ii) Quick Relief Moisture Treatment untuk muka, mata dan badan. Inilah yang anda perlukan untuk kelegaan segera. Krim terapeutik ini bertindak pantas dengan kandungan 5 peratus oatmeal koloid yang terbukti secara klinikal, melawan kegatalan, kerengsaan dan ruam. 

Manakala, campuran proprietari dan ceri tanah menghidrat untuk melegakan ketidakselesaan dan kemerahan dan seterusnya memulihkan keadaan kulit. Ia juga membantu mengurangkan risiko pendedahan kulit terhadap isyarat pencetus ekzema, supaya anda boleh menarik nafas lega lebih lama sebelum kerengsaan berikutnya.

iii) Daily Defense Cream untuk muka dan mata: Jadikan produk ini sebagai pelembap pertahanan harian anda. Dengan campuran proprietari oatmeal koloid, niacinamide dan gula rumput mondo yang mengunci kelembapan kritikal dan lipid untuk menguatkan kulit dari dalam, sambil memanjangkan kelegaan daripada serangan eczema.

Ia juga membantu mengurangkan kegatalan dan ketidakselesaan akibat ekzema kerana asid lemak daripada mentega shea membantu melembutkan, menghidrat dan melindungi kulit yang kering dan pecah-pecah.

Selain kulit kering dan sensitif, koleksi ExaSoothe juga sesuai untuk kulit seimbang, berminyak dan kombinasi.

Setiap botol yang digunakan untuk produk Murad juga diperbuat daripada 100% kaca kitar semula dan unit yang dicetak di atas karton menggunakan kertas yang diperakui 100% FSC, menggunakan dakwat sayuran. 
Setiap botol yang digunakan untuk produk Murad juga diperbuat daripada 100% kaca kitar semula dan unit yang dicetak di atas karton menggunakan kertas yang diperakui 100% FSC, menggunakan dakwat sayuran. 

Murad juga berbangga untuk berkongsi bahawa koleksi ini dirumus tanpa paraben, sulfat, phthalates, pewangi, formaldehid, alkohol, minyak mineral, petrolatum, oxybenzone, dimethicone, silikon, pewarna, dan bahan-bahan yang berasal dari haiwan.

Lebih menarik lagi, setiap botol yang digunakan untuk produk Murad juga diperbuat daripada 100% kaca kitar semula dan unit yang dicetak di atas karton menggunakan kertas yang diperakui 100% FSC, menggunakan dakwat sayuran. 

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk ini, sila ikuti pautan ini. 

Selain menggunakan produk rawatan kulit di atas, anda juga boleh menggunakan produk berasaskan bahan-bahan semulajadi berikut untuk membantu mengawal keradangan kulit akibat ekzema.

1) Gel lidah buaya

Gel ini mempunyai pelbagai kegunaan.  Salah satu fungsi umumnya adalah sebagai cara merawat ekzema dewasa . Gel ini mempunyai ciri-ciri antibakteria, antimikrobial, meningkatkan sistem imun dan penyembuhan luka.

Anda boleh membeli gel lidah buaya ini dari farmasi tetapi anda perlu berhati-hati dengan kandungan lain yang terdapat di dalamnya seperti pewarna, pewangi, alkohol atau bahan pengawet. Ini kerana bahan-bahan ini boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit yang sensitif. 

2) Madu 

Madu memang menjanjikan 1001 khasiat untuk kesihatan tubuh badan dan juga kecantikan. Ia merupakan agen anti bakteria dan anti keradangan semula jadi kerana dapat membantu menyembuhkan luka dan meningkatkan fungsi imun yang bermakna dapat membantu melawan jangkitan.

Madu dapat membantu mencegah jangkitan semasa melembapkan kulit dan mempercepatkan penyembuhan bagi individu yang mengalami ekzema serta mengurangkan gejala keradangan kulit.

Sapukan madu ke bahagian kulit wajah atau bahagian yang bermasalah.

3) Minyak biji bunga matahari

Berfungsi untuk meningkatkan ciri pelindung kulit dan membantu mengekalkan kelembapan serta mempunyai fungsi anti keradangan.

Anda boleh menyapu minyak ini kepada kulit individu dewasa sebanyak dua kali sehari, dengan salah satu sapuan dilakukan selepas mandi dalam keadaan kulit masih basah.

Tetapi jika alah kepada biji bunga matahari, hindarkan penggunaannya. - Getaran, 29 April 2023 

Selamat mencuba!

Isu Pada

Muzik Motivasi Saya - Ismail Izzani

29 Apr 2023

Sorotan

1

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand

2

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

3

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

4

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

5

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

6

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City