web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Vietjet Sediakan Penerbangan Terus Ke Melbourne Dan Sydney Dari Ho Chi Minh

Untuk meraikan pelancarannya, Vietjet menawarkan promosi istimewa untuk semua laluan Vietnam-Australia pada setiap Isnin, Selasa dan Rabu dengan tambang rendah bermula dari hanya ASD 0.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Apr 2023 12:07PM

Penerbangan sulung ini menandakan permulaan enam penerbangan pergi balik mingguan Vietjet dari Ho Chi Minh City, ke Melbourne dan Sydney, dengan penerbangan ke Brisbane, dua kali seminggu akan bermula dari Jun - Gambar ihsan Vietjet

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jika anda seorang pengembara yang sering ‘melompat’ dari satu destinasi ke satu destinasi, ini ada berita baik untuk dikongsikan. 

Syarikat penerbangan tambang mampu milik, Vietjet baru-baru ini mengalu-alukan hampir 400 penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Sydney yang tiba dalam penerbangan sulungnya dari bandar Ho Chi Minh sebagai meraikan pelancaran penerbangan terus mereka dari Ho Chi Minh City ke Melbourne.

Penerbangan sulung ini juga menandakan permulaan enam penerbangan pergi balik mingguan Vietjet dari Ho Chi Minh City, metropolis terbesar Vietnam, ke Melbourne dan Sydney, dengan penerbangan ke Brisbane, dua kali seminggu akan bermula dari Jun.

Bercakap mengenai perkembangan terbaharu ini, Ketua Pegawai Operasi Vietjet, Michael Hickey berkata pelancaran penerbangan ini membuktikan komitmen pihaknya untuk membuka peluang kepada warga Australia untuk menerokai Vietnam dan destinasi Asia lain. 

Pelancaran penerbangan baharu ini membuktikan komitmen pihak Vietjet untuk membuka peluang kepada warga Australia untuk menerokai Vietnam dan destinasi Asia lain
Pelancaran penerbangan baharu ini membuktikan komitmen pihak Vietjet untuk membuka peluang kepada warga Australia untuk menerokai Vietnam dan destinasi Asia lain

“Dua laluan pertama yang menghubungkan Ho Chi Minh City ke Melbourne dan Sydney telah membuktikan komitmen Vietjet untuk menyediakan pelbagai perkhidmatan untuk warga Australia menerokai Vietnam dan destinasi Asia lain melalui kepelbagaian perkhidmatan kami, kelas Perniagaan SkyBoss, SkyBoss, Deluxe dan Eco.”

“Tambang mampu milik Vietjet dan perkhidmatan berdedikasi pada pesawat A330 baharu juga akan memudahkan perjalanan dari Asia ke Oceania, menjadikan perjalanan di rantau ini paling mudah pada masa akan datang.

“Penerbangan sulung kami telah menyaksikan kapasiti penerbangan penuh untuk kedua-dua arah dan kami berterima kasih atas maklum balas hebat daripada penumpang, rakan kongsi dan kerajaan kedua-dua negara kerana menjadikan pencapaian baharu Vietjet ini sesuatu yang  tidak dapat dilupakan,” ujar Michael.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Lapangan Terbang Sydney, Geoff Culbert berkata, pihaknya teruja mengalu-alukan Vietjet ke Lapangan Terbang Sydney, kerana syarikat penerbangan itu akan menyediakan pilihan kos rendah yang hebat untuk destinasi yang dicari.

“Kami sangat teruja dan mengalu-alukan Vietjet ke Lapangan Terbang Sydney. Ini kerana syarikat penerbangan ini akan menyediakan pilihan kos rendah yang hebat untuk destinasi yang dicari ramai ini.”

“Rangkaian domestik Vietjet yang luas juga akan memberikan pilihan yang lebih baik untuk penumpang yang ingin menerokai bandar lain di seluruh Vietnam. Memandangkan Australia menandakan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik dengan Vietnam, sewajarnya syarikat penerbangan ke-50 kami ialah syarikat penerbangan Vietnam,” ujar beliau.

Rangkaian domestik Vietjet yang luas juga akan memberikan pilihan yang lebih baik untuk penumpang yang ingin menerokai bandar lain di seluruh Vietnam
Rangkaian domestik Vietjet yang luas juga akan memberikan pilihan yang lebih baik untuk penumpang yang ingin menerokai bandar lain di seluruh Vietnam

Untuk meraikan pelancarannya, Vietjet menawarkan promosi istimewa untuk semua laluan Vietnam – Australia setiap Isnin, Selasa dan Rabu dengan tambang rendah bermula dari hanya USD0 (tidak termasuk cukai, yuran dan cuti umum, dan tertakluk pada terma dan syarat).

Beroperasi dengan A330, tiga penerbangan pergi balik pada setiap minggu, penerbangan Vietjet dari Ho Chi Minh City ke Sydney boleh didapati pada setiap Rabu, Jumaat dan Ahad dan penerbangan pergi balik setiap Isnin, Khamis dan Sabtu dari Sydney ke Ho Chi Minh City. 

Perkhidmatan tiga kali seminggu Vietjet dari Ho Chi Minh City ke Melbourne bermula pada 8 April, beroperasi dengan A330 pada setiap Selasa, Khamis dan Sabtu. Penerbangan pergi balik dari Melbourne ke Ho Chi Minh City akan berlepas setiap hari Rabu, Jumaat dan Ahad.

Penerbangan terus ini juga merupakan satu lagi pilihan untuk pelancong yang transit atau ingin meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur.

Beroperasi setiap hari, laluan Ho Chi Minh City ke Kuala Lumpur menawarkan perjalanan yang lengkap dengan segala kemudahan dan keselesaan dengan layanan legenda Vietjet. 

Maklumat lanjut boleh didapati di www.vietjetair.com. - Getaran, 23 April 2023 

Isu Pada

Muzik Motivasi Saya - Ismail Izzani

22 Apr 2023

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini