web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sesen Pun Hak Aku, Tak akan Aku Halalkan 7 Keturunan - Ayu Puteh Terus Lepaskan Geram Terhadap Awesome TV Pasal Isu Bayaran

“Siapa yang nak tanggung pinjaman bank untuk siapkan drama untuk stesen kamu? Hasilnya, kamu yang makan,” Ayu Puteh.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Apr 2023 5:00PM

Ayu Puteh

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Masih lagi belum mendapatkan baki bayaran untuk drama bersiri, Di Sebalik Dia yang diterbitkan untuk Awesome TV, penerbit drama, Datuk Ayu Puteh sekali lagi meluahkan rasa geram dan tidak puas hati terhadap penganiayaan yang diterimanya daripada stesen televisyen tersebut.

“Kamu telah aniaya aku dan dah ambil rezeki anak-anak aku. Menyusahkan aku, keluarga dan semua yang terlibat.

“Siapa yang nak tanggung pinjaman bank untuk siapkan drama untuk stesen kamu? Hasilnya, kamu yang makan.

“Hati sedih mengenangkan Kehidupan bekerjasama dengan kamu. Dari bulan puasa tahun lepas hingga tahun Ini, nazak bila nak mintak bayaran kerja aku.

“Bagi kamu kecil tapi bagi kami penerbit ni sangat besar. Semua hutang aku kena fikir dan kena tanggung,” katanya dalam satu hantaran yang dimuat naik di Instagram baru-baru ini.

Menurut Ayu Puteh lagi, dia juga sedih dengan sikap pihak Awesome TV yang cuba memanipulasi tentang soal isu bayaran melibatkan drama terbitannya itu.

“Nak kena layan lagi putar alam manipulasi kamu kerana tak nak bayar hasil kerja aku. Whatsapp, call semua tak berjawab.

“Kenapalah kau jadi manusia jahat hati dan sombong? Aniaya penerbit dan orang industri dalam negara ni? Hasilnya, kamu yang makan.

“Ingatlah. Tidak halal yang masuk di darah daging kamu. Sesen pun tidak aku halalkan tujuh keturunan. Termasuk semua yang bersubahat. Tidak aku halalkan,” katanya.

Terdahulu, Ayu Puteh menerusi syarikat produksinya, Pencil Pictures & Records Sdn Bhd telah mengeluarkan saman terhadap Awesome TV kerana gagal membayar RM704,000 untuk drama 26 episod, Di Sebalik Dia yang sudah ditayangkan di stesen TV berkenaan pada 14 September hingga 27 Oktober tahun lalu.

Namun, selepas menghantar notis kedua meminta Awesome TV menjelaskan bayaran, tiba-tiba pihaknya menerima Surat Pembatalan Kontrak drama melalui e-mel, back dated pada 9 Januari 2023 sedangkan surat berkenaan bertarikh 24 November 2022.

Bahkan, Awesome TV turut memberikan satu surat tuntutan yang tidak munasabah iaitu berjumlah RM162,192,000.00 kepada pihaknya dengan alasan lewat memberikan bahan siaran dan gagal memenuhi syarat kontrak drama yang sepatutnya berjumlah 28 episod.

Sedangkan isu perubahan 28 episod kepada 26 episod ini sudah dimaklumkan kepada pihak Awesome TV melalui lisan dan emel bertarikh, 13 September.

Drama berkenaan menjadi 26 episod kerana pihaknya sudah memadatkan jalan ceritanya untuk menjadikan ia lebih menarik selepas Awesome TV menukar jadual tayangan lebih awal. - Getaran, 22 April 2023

Isu Pada

Muzik Motivasi Saya - Ismail Izzani

22 Apr 2023

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 2 tahun yang lalu

‘Penggantungan Awesome TV Tidak Beretika, Salahi Undang-Undang’ - Adam 

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Faktor Masa Punca Awesome TV Digugurkan Daripada Perbarisan Hari Kebangsaan - Fahmi

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Peguam Datuk Ayu Puteh Memohon Membatalkan Tuntutan Balas Awesome TV Sebanyak RM142 Juta Di Mahkamah 

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Memasuki Usia 40 Tahun Dan Masih Belum Bertemu Jodoh, Sherry Ibrahim Tak Kisah Andai Digelar ‘Andartu’

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini