Berita Terkini

2 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 3 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Panduan Penjagaan Kesihatan Lelaki Dari Hujung Rambut Ke Hujung Kaki

Dalam satu kenyataan baru-baru ini, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) berkata jangka hayat lelaki di Malaysia kini berkurangan kepada 70.8 tahun.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 16 Apr 2023 7:02PM

Perkara yang sering diabaikan oleh lelaki ialah penjagaan kesihatan secara keseluruhan - Gambar Hiasan Unsplash

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Diam tak diam, sudah beberapa bulan berlalu untuk 2023 ini, dan anda mungkin sudah atau tidak berjaya mencapai matlamat yang ditetapkan untuk tahun ini. Bagi kebanyakan lelaki, menjadi sihat selalunya bermakna pergi ke gim dan mendapatkan bentuk badan yang khusus. 

Walaupun senaman itu penting, perkara yang sering diabaikan oleh lelaki ialah penjagaan kesihatan secara keseluruhan. Dalam satu kenyataan baru-baru ini, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) berkata jangka hayat lelaki di Malaysia kini berkurangan kepada 70.8 tahun. 

Salah satu faktor penyebab kepada dapatan ini mungkin disebabkan oleh fakta bahawa lelaki biasanya mengelak daripada mendapatkan rawatan perubatan dan tidak mengutamakan pemeriksaan kesihatan untuk pencegahan.

Walaupun jangka hayat yang lebih rendah ini membimbangkan, tetapi berita ini bukanlah satu malapetaka. Sebaliknya ia harus menjadi ejen pencetus kepada lelaki di Malaysia untuk memberi mula memberi perhatian terhadap penjagaaan kesihatan mereka. 

Walaupun berjumpa dengan doktor mungkin mengundang kebimbangan atau kelihatan menakutkan bagi sesetengah lelaki, pemikiran yang lebih terbuka boleh membantu. Lebih baik lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala, daripada anda perlu menjalani prosedur kesihatan yang lebih serius apabila dijangkiti penyakit merbahaya tanpa pengesanan awal.

Lakukan seperti mana anda menjaga ‘kesihatan’ kereta anda. Jika tidak dibawa ke bengkel mengikut jadual, pasti banyak masalah yang berlaku. Pernah dengar pepatah yang mengatakan, cegah sebelum parah? 

Sebab itulah anda perlu tahu tahap kesihatan anda dari semasa ke semasa. Jika ada yang tidak kena, pemeriksaan kesihatan sangat membantu untuk mencegah masalah yang lebih serius. 

Untuk membantu anda bermula, berikut adalah senarai ringkas beberapa isu terbesar yang dihadapi oleh lelaki Malaysia, dan langkah pencegahan yang boleh diambil.

 

Botak

Di peringkat global, masalah botak menjejaskan kira-kira 50 peratus lelaki pada usia 50 tahun dan masalah ini boleh bermula seawal usia 20-an. Ini boleh menjejaskan harga diri lelaki serta kualiti hidup seseorang. 

Di peringkat global, masalah botak menjejaskan kira-kira 50 peratus lelaki pada usia 50 tahun dan masalah ini boleh bermula seawal usia 20-an - Gambar hiasan Unsplash
Di peringkat global, masalah botak menjejaskan kira-kira 50 peratus lelaki pada usia 50 tahun dan masalah ini boleh bermula seawal usia 20-an - Gambar hiasan Unsplash

Walaupun genetik memainkan peranan yang besar, faktor seperti tekanan, kekurangan zat besi, dan kekurangan zat makanan juga menyumbang kepada semua keguguran rambut itu.

Jika anda sedang mencari cara untuk mengelakkan rambut gugur, menjalani kehidupan yang lebih sihat, fizikal dan mental, benar-benar boleh membantu mencegah masalah botak pada usia muda. 

Pastikan anda memasukkan senaman ke dalam rutin harian anda, tidur yang cukup, dan bugarkan badan anda dengan vitamin dan mineral yang betul. Vitamin D, E, C dan Zink amat membantu untuk pertumbuhan rambut.

Jika semua ini sudah dilakukan, tetapi hasilnya masih sama, jangan risau, bantuan masih tersedia! Terdapat rawatan untuk kebotakan lelaki, termasuk rawatan rambut topikal dengan ubat-ubatan seperti finasteride dan minoxidil yang telah terbukti berkesan untuk kebanyakan lelaki. 

Hisential, klinik kesihatan lelaki pertama di Malaysia, juga telah memperkenalkan gel rambut meremajakan untuk membantu keguguran rambut. Tempah perundingan untuk bercakap dengan pakar tentang keguguran rambut dan kesihatan anda - dari situ, mereka boleh menetapkan rawatan dan ubat yang betul berdasarkan keperluan individu anda. Prosedur pemindahan rambut juga boleh menjadi pilihan untuk dipertimbangkan.

 

Kesihatan jantung

Baik lelaki mahupun wanita, menjaga kesihatan jantung harus menjadi keutamaan! Bagaimanapun, penyakit jantung terus menjadi salah satu punca utama kematian dalam kalangan lelaki di Malaysia. 

Perlu diingatkan supaya anda melakukan pemeriksaan berkala untuk mengesan masalah yang mungkin timbul - Gambar hiasan Pexels
Perlu diingatkan supaya anda melakukan pemeriksaan berkala untuk mengesan masalah yang mungkin timbul - Gambar hiasan Pexels

Walaupun kita semua tahu bahawa pemakanan dan kardio adalah kunci untuk mengekalkan kesihatan jantung yang baik, perlu diingatkan supaya anda melakukan pemeriksaan berkala untuk mengesan masalah yang mungkin timbul.

Berikut adalah faktor utama yang dilihat oleh doktor mengenai kesihatan jantung:

Tekanan darah: Bermula pada umur 18 tahun, anda harus memeriksa tekanan darah anda sekurang-kurangnya sekali pada setiap dua tahun. Ini bertujuan untuk memeriksa tekanan darah tinggi kerana ini adalah faktor risiko penyakit jantung dan strok.

Tahap kolesterol: Anda harus memulakan pemeriksaan kolesterol anda dari umur 20 tahun, terutamanya jika anda mempunyai faktor risiko lain, seperti sejarah keluarga penyakit jantung. Jika anda belum melakukannya, mulakan sekarang. Lakukan pemeriksaan sekurang-kurangnya sekali setiap dua hingga empat tahun. 

Diabetes jenis 2: Tidak ramai yang menyedari perkara ini, tetapi pesakit diabetes juga berkemungkinan mempunyai risiko penyakit jantung. Jika anda berisiko dengan diabetes, seperti berat badan berlebihan atau mempunyai sejarah keluarga diabetes, anda disyorkan buat pemeriksaan awal. Jika tidak, saringan disyorkan sekurang-kurangnya setiap tiga tahun bermula pada umur 45 tahun.

 

Kesihatan usus

Selalunya diabaikan oleh lelaki, kesihatan usus adalah kunci untuk menguruskan pelbagai penyakit lain. Usus merupakan salah satu organ untuk sistem pencernaan yang terdiri daripada kebanyakan organ utama termasuk perut, hati, pankreas dan kolon anda.

Jika anda sedang mencari cara untuk meningkatkan kesihatan usus anda, makanlah lebih banyak makanan yang tinggi serat, kurangkan pengambilan gula yang diproses - Gambar hiasan Unsplash
Jika anda sedang mencari cara untuk meningkatkan kesihatan usus anda, makanlah lebih banyak makanan yang tinggi serat, kurangkan pengambilan gula yang diproses - Gambar hiasan Unsplash

Memandangkan ia merangkumi begitu banyak organ utama, usus anda mempengaruhi banyak fungsi badan. Ini bermakna saluran penghadaman yang tidak berfungsi boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan daripada alahan hilanggal kepada penyakit autoimun. 

Mikrobiom usus juga menghasilkan bahan kimia yang meningkatkan mood, seperti dopamin, dan serotonin. Jadi, bakteria baik dan jahat dalam usus anda perlulah seimbang. Jika anda sedang mencari cara untuk meningkatkan kesihatan usus anda, makanlah lebih banyak makanan yang tinggi serat, kurangkan pengambilan gula yang diproses, hadkan makanan yang tinggi lemak tepu dan natrium, dan kekal terhidrat. 

Anda boleh menjalani ujian mikrobiom untuk mendapatkan pemahaman yang lebih baik tentang sistem pencernaan anda dan minta doktor menyediakan suplemen prebiotik yang sesuai. Ingat, kesihatan usus yang optimum bermakna fungsi badan dan minda juga dalam keadaan terbaik.

 

Kesihatan seksual

Apabila berbicara tentang kesihatan seksual lelaki, ramai lelaki sangat tertutup untuk berbicara tentang perkara ini. Ramai yang sanggup tidak berbuat apa-apa, daripada menemui pakar untuk menyelesaikan masalah seksual mereka.

Disfungsi erektil boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuk diabetes, penyakit jantung dan obesiti - Gambar hiasan Pexels
Disfungsi erektil boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuk diabetes, penyakit jantung dan obesiti - Gambar hiasan Pexels

Di peringkat global, kira-kira 40% lelaki berumur 40 tahun dan ke atas pernah mengalami beberapa bentuk disfungsi erektil (ED) atau kebimbangan berkaitan seksual lain termasuk ejakulasi pramatang, ejakulasi tertunda atau ketidakupayaan untuk mengalami orgasme semasa ejakulasi. 

Bagi sesiapa yang bergelut dengan isu ini, penting untuk mengetahui bahawa anda tidak bersendirian dan bantuan itu tersedia.

Pertama sekali, anda perlu memahami sebab-sebabnya. Disfungsi erektil misalnya, boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuk diabetes, penyakit jantung dan obesiti.

Walaupun ini biasa diketahui, kebanyakan orang tidak menyedari bahawa ED juga boleh menjadi masalah psikologi. Perasaan kebimbangan, kegelisahan dan tekanan benar-benar boleh menjejaskan kesihatan mental anda, yang seterusnya mencerminkan prestasi fizikal dan seksual anda juga.

Jika anda salah seorang yang bergelut dengan masalah ini, pastikan anda mencari cara untuk menghilangkan tekanan dan, yang paling penting, jujurlah dengan pasangan anda.

Mengurangkan kebimbangan dan sebarang kegelisahan dalam perhubungan boleh menjadi rangsangan yang baik kepada harga diri anda sekali gus membantu anda mengatasi beberapa halangan mental yang mungkin anda alami.

Jika cara ini tidak berkesan, terdapat juga pelbagai rawatan perubatan yang tersedia - klinik seperti Hisential akan menawarkan pelbagai rawatan bergantung pada keperluan anda, termasuk ubat oral atau Terapi Gelombang Kejutan Ekstracorporal (ESWT). 

Walaupun rawatan ini boleh terdengar menakutkan, ia bukan invasif dan pengamal penjagaan kesihatan anda akan memastikan anda selesa sepanjang masa.

Peringatan penting: Jika anda mahu mendapatkan rawatan untuk ED, sentiasa pastikan anda pergi ke klinik dan pusat yang dilesenkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Sentiasa ingat, sebaiknya bercakap dengan pakar perubatan Kesihatan Lelaki dan dapatkan siasatan untuk mengetahui punca sebenar ED anda.

 

Kesihatan mental

Walaupun kesihatan mental bukan lagi tabu seperti dahulu, ia masih menjadi salah satu kebimbangan kesihatan terbesar bagi lelaki. Kajian menunjukkan bahawa walaupun tahap kemurungan wanita di Malaysia lebih tinggi, namun lelaki Malaysia adalah tiga kali lebih berkemungkinan mati akibat bunuh diri. 

Walaupun kesihatan mental bukan lagi tabu seperti dahulu, ia masih menjadi salah satu kebimbangan kesihatan terbesar bagi lelaki - Gambar hiasan Pexels
Walaupun kesihatan mental bukan lagi tabu seperti dahulu, ia masih menjadi salah satu kebimbangan kesihatan terbesar bagi lelaki - Gambar hiasan Pexels

Ini kerana lebih suka memendamkan perasaan daripada berbicara dengan orang yang mereka sayang, apatah lagi mendapatkan bantuan profesional apabila bergelut secara mental. Untuk memerangi isu ini, kaum lelaki perlu mengubah naratif bagaimana bercakap kepada diri sendiri dan satu sama lain.

Pertama, lelaki perlu mengakui bahawa tindakan yang stereotaip ini hanya akan memakan diri sendiri. Sama seperti wanita, lelaki juga memerlukan sokongan orang lain jika berhadapan dengan krisis kehidupan yang menghimpit dan membebankan. 

Orang-orang yang berada di sekeliling juga harus memberi sokongan kepada keluarga atau rakan lelaki yang cuba meluahkan sesuatu kepada anda. 

Selain itu, anda juga boleh mengambil cuti untuk terapi diri. Lakukan perkara yang anda suka. Sekurang-kurangnya ia juga memberi peluang untuk anda meluangkan sedikit masa di alam semula jadi. Terdapat banyak bantuan untuk kesihatan mental di Malaysia, jadi jangan takut untuk mendapatkan nasihat profesional jika perlu.

 

Tip Bonus: Jangan lupa krim pelindung matahari anda

Petua penjagaan kulit nombor satu yang semua lelaki perlu ingat ialah menggunakan krim pelindung matahari! Dengan cuaca Malaysia yang terik, terdedah kepada sinaran UV tanpa perlindungan boleh membahayakan kulit anda dalam jangka masa yang lama. 

Jika tiada apa-apa lagi yang boleh meyakinkan anda, ingat bahawa George Clooney pernah berkongsi bahawa dia tidak pernah meninggalkan rumah tanpa SPF!

Dengan semua tip yang dikongsikan di atas, kini terpulanglah kepada anda untuk mengamalkan langkah-langkah ini untuk menjadi versi diri anda yang paling sihat.

Jika anda sedang mencari tempat untuk memenuhi semua keperluan penjagaan kesihatan anda, maka jangan teragak-agak untuk singgah ke Klinik Hisential Bangsar. Boleh juga layari https://hisential.com untuk mendapatkan maklumat lanjut. - Getaran, 16 April 2023 

Isu Pada

Ismail Izzani: Muzik Motivasi Saya

15 Apr 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Polis Tahan Lelaki Disyaki Bunuh Anak Usia 6 Bulan

2

Video & Galeri 1 bulan yang lalu

Harap Pihak Masjid Beri Penjelasan, Ramai Dah Keliru Ni

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Sila Padam, Jangan Sebar Video Lelaki Dibelasah Di Semenyih - MCMC

4

Video & Galeri 2 bulan yang lalu

Angkara Aksi Drift, Lelaki Ditahan

Sorotan

1

Bakal PM Singapura Umum Barisan Kabinet

2

Arab Saudi Nasihat Umat Islam Tidak Terpedaya Iklan Haji Palsu Di Media Sosial

3

Terengganu Langkah Kanan, Syafiq Ahmad Jaring Gol Terpantas Di Selayang

4

25 Tahun PKR: Hayati Perjuangan, Jangan Alpa Kuasa Dimiliki - Anwar

5

PRK KKB: Warga Emas Sanggup Tempuh 200 KM Untuk Mengundi

6

AJK Masjid Arah Terbalikkan Baju Sudah Beri Penjelasan Dan Mohon Maaf - Exco