Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Penyakit TB, Jangan Ambil Mudah!

TB yang pernah dikenali sebagai consumption merupakan satu penyakit yang melemahkan badan dan sering disalahanggap sebagai batuk biasa.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Apr 2023 8:23PM

Sebaran penyakit ini adalah sama seperti demam denggi dan terbaharu, COVID-19. - Gambar hiasan Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tahukah anda bahawa Tuberculosis (TB) atau batuk kering adalah salah satu penyakit yang begitu dekat dengan realiti kehidupan kita berbanding batuk biasa.

Kesedaran mengenai penyakit yang sering diambil ringan, kini perlu diberi perhatian. 

Adakah anda mengetahui tanda-tanda jangkitan TB? 

Antara tandanya ialah apabila seseorang itu mengalami batuk kronik, tubuh yang semakin susut secara perlahan-lahan dan wajah pucat berikutan peningkatan usia atau terlalu kuat bekerja.

Lebih parah lagi jika batuk tersebut berlarutan sehingga berlakunya simptom batuk berdarah. 

TB adalah sejenis penyakit yang melemahkan badan dan sering disalah anggap bahawa ia hanya batuk biasa. - Gambar hiasan Pexels
TB adalah sejenis penyakit yang melemahkan badan dan sering disalah anggap bahawa ia hanya batuk biasa. - Gambar hiasan Pexels

TB, pernah dikenali sebagai consumption merupakan satu penyakit yang melemahkan badan dan sering disalahanggap sebagai batuk biasa.

Bahkan, penyebaran penyakit ini adalah sama seperti demam denggi dan terbaharu, COVID-19. 

​Ia merupakan penyakit berjangkit yang menjadi pembunuh terbesar di dunia, malah sebelum kehadiran COVID-19, seramai 1.5 juta orang meninggal dunia akibat TB pada setiap tahun.

TB disebarkan melalui titisan air yang datang dari batuk atau air liur anda. 

Antara langkah pencegahan yang diambil untuk membendung penyakit berkenaan ialah menerusi vaksin BCG ( Bacille Calmette-Guerin) yang diberikan semasa bayi dan di waktu sekolah rendah.

Pastinya anda pernah melihat parut tersebut pada lengan sesetengah individu bukan?

Vaksin BCG ( Bacille Calmette-Guerin) yang diberikan semasa bayi dan di waktu sekolah rendah adalah antara usaha pencegahan. - Gambar hiasan Pexels
Vaksin BCG ( Bacille Calmette-Guerin) yang diberikan semasa bayi dan di waktu sekolah rendah adalah antara usaha pencegahan. - Gambar hiasan Pexels

Suntikan tersebut adalah bagi melindungi anda daripada penyakit TB namun apa yang tidak kita ketahui adalah keberkesanannya akan berkurang dari tahun ke tahun.

Ini kerana apabila kita sudah dewasa, ramai di kalangan kita yang sudah tiada imuniti badan yang kuat..

TB juga berpunca daripada bakteria Mycobacterium tuberculosis (PTB) yang menyerang bahagian-bahagian berbeza pada organ manusia dan organ paling biasa dijangkiti ialah paru-paru.

Tambah bahaya lagi, mereka yang paling terdedah kepada jangkitan ini adalah warga emas serta individu yang rendah imuniti seperti pesakit kencing manis dan yang sedang menjalani terapi steroid kronik termasuk penghidap HIV. 

Empat simptom utama PTB ialah batuk kronik, kuat berpeluh pada waktu malam, penurunan berat badan dan peningkatan suhu badan yang berulang pada waktu petang. - Gambar hiasan Pexels
Empat simptom utama PTB ialah batuk kronik, kuat berpeluh pada waktu malam, penurunan berat badan dan peningkatan suhu badan yang berulang pada waktu petang. - Gambar hiasan Pexels

Kanak-kanak turut menjadi golongan yang lebih berisiko untuk menghidap penyakit ini kerana sistem imun mereka masih lagi berkembang.

Sebab itulah mereka diberikan suntikan BCG sejak kecil lagi. Punca lain adalah mereka yang tinggal di ruang kediaman yang sesak seperti pekerja asing, kerana bakteria lebih mudah disebarkan.

Empat simptom utama PTB ialah batuk kronik, kuat berpeluh pada waktu malam, penurunan berat badan dan peningkatan suhu badan yang berulang pada waktu petang.

Ia menampakkan bahagian nodus limfa pada badan yang membengkak, sakit belakang kronik, tulang rapuh dan perut sensitif. 

Lebih parah jika bakteria sudah menjangkiti otak, ia boleh menyebabkan sawan, sakit kepala, sering keliru dan perubahan dalam personaliti pesakit. 

Jika anda mengalami batuk berterusan selama dua minggu, jangan tunggu sampai batuk berdarah. - Gambar hiasan Pexels
Jika anda mengalami batuk berterusan selama dua minggu, jangan tunggu sampai batuk berdarah. - Gambar hiasan Pexels

Jadi, jika anda mengalami batuk berterusan selama dua minggu, jangan tunggu sampai batuk berdarah. Jumpalah doktor dengan segera untuk membuat pemeriksaan lanjut. Doktor akan tahu sama ada perlu melakukan ujian TB atau tidak.

Tindakan yang sama perlu dilakukan jika anda berpeluh-peluh pada waktu malam tanpa sebab dan mengalami penurunan berat badan bersekali nodus limfa membengkak atau sakit belakang yang kronik.   

Pesakit TB akan diberikan ubat rawatan dan pengambilan ubat-ubatan tersebut perlu tepat pada masanya dan mengikut preskripsi.

Diingatkan, jika pesakit tidak melengkapkan rawatan penuh atau tertinggal dos atau ubat yang diberi, ubat tersebut tidak akan berkesan dan boleh menyebabkan serangan bakteria semula atau lebih dikenali sebagai superbugs.

Jika pesakit tidak melengkapkan rawatan penuh atau tertinggal dos atau ubat yang diberi, ubat tersebut tidak akan berkesan. - Gambar hiasan Pexels
Jika pesakit tidak melengkapkan rawatan penuh atau tertinggal dos atau ubat yang diberi, ubat tersebut tidak akan berkesan. - Gambar hiasan Pexels

Malaysia mencatatkan antara negara yang mempunyai kes jangkitan TB yang tinggi iaitu antara 20,000 hingga 25,000 kes yang mengakibatkan purata 1,500 hingga 2,000 kematian setahun.

Oleh itu, cara terbaik untuk mengelakkannya adalah dengan memastikan gaya hidup sihat supaya seseorang yang sihat dengan sistem imun yang baik dapat melawan TB tersebut.

Pada yang sudah pulih daripada penyakit tersebut, jagalah pemakanan, bersenam dan jangan merokok. Jika tidak, anda boleh dijangkiti TB semula dan ketika itu ia boleh menjadi lebih teruk.- Getaran, 16 April 2023 

Sumber: IN.Deed Communications

Isu Pada

Muzik Motivasi Saya - Ismail Izzani

22 Apr 2023

Berita Berkaitan

1

Refleksi 1 tahun yang lalu

Kes Resdung Semakin Meningkat - Pakar

Sorotan

1

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

2

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

3

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

4

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

5

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

6

Kemenangan Ke Atas Hong Kong Lonjak Keyakinan Kem Perseorangan - Jun Hao