Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Lebih Banyak Pilihan Untuk Terbang Ke Jakarta, Indonesia Kini Ada TransNusa 

Laluan antarabangsa yang pertama diperkenalkan oleh syarikat penerbangan ini menjanjikan pengalaman yang lebih jimat, selamat dan selesa.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Apr 2023 12:11PM

TransNusa, baru-baru ini berbangga mengumumkan pembukaan laluan antarabangsa pertamanya, Jakarta ke Kuala Lumpur mulai 14 April ini. - Gambar dari TransNusa

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pembukaan sempadan antarabangsa sejak tahun lalu menyaksikan lebih banyak syarikat penerbangan meluaskan laluan mereka bagi memberi lebih banyak pilihan kepada pengembara. 

Terbaharu, PT TransNusa Aviation Mandiri, TransNusa, baru-baru ini berbangga mengumumkan pembukaan laluan antarabangsa pertamanya, Jakarta ke Kuala Lumpur.

Laluan ini akan mula beroperasi dua kali sehari dengan penerbangan pergi dan pulang berkuatkuasa pada 14 April ini. 

Dalam satu kenyataan, syarikat penerbangan ini menjelaskan pembukaan laluan antarabangsa ini selain menyokong rancangan kerajaan Indonesia yang berusaha untuk mempercepatkan pemulihan ekonomi dan sektor pelancongan negara itu. 

Selain itu, ia juga merupakan bukti komitmen TransNusa untuk memenuhi permintaan penumpang, terutama mereka yang ingin pulang ke kampung pada cuti Aidilfitri.

Harga istimewa dan semua faedah yang ditawarkan tersedia di semua platform jualan. - Gambar dari Twitter @transnusa_idn
Harga istimewa dan semua faedah yang ditawarkan tersedia di semua platform jualan. - Gambar dari Twitter @transnusa_idn

Bagi meraikan pembukaan laluan ini, TransNusa menyediakan promo istimewa Jakarta - Kuala Lumpur - Jakarta, di mana bakal penumpang boleh mendapatkan tiket laluan Jakarta ke Kuala Lumpur bermula daripada IDR RP990,000 (RM 291.06) dan tiket laluan Kuala Lumpur ke Jakarta bermula dari RM299, termasuk bagasi percuma 30 kilogram serta fleksibiliti untuk menukar jadual penerbangan tanpa had (tertakluk terma dan syarat). 

Semua penerbangan Transnusa turut dilengkapi perkhidmatan dalam penerbangan premium iaitu makan dan minum serta tempat duduk dengan ruang kaki yang luas.

Bagi memastikan kemudahan dan keselesaan kepada bakal penumpang, harga istimewa dan semua faedah yang ditawarkan tersedia di semua platform jualan, bermula dari laman web rasmi syarikat penerbangan, https://www.transnusa.co.id/ , ejen pelancongan dan platform jualan tiket rasmi lain.

Kuala Lumpur adalah titik permulaan bagi TransNusa yang menghubungkan pasaran domestik dan antarabangsa.
Kuala Lumpur adalah titik permulaan bagi TransNusa yang menghubungkan pasaran domestik dan antarabangsa.

Pengarah Utama TransNusa, Bayu Sutanto berkata, TransNusa akan terus konsisten mengekalkan kepercayaan dan memenuhi permintaan orang ramai terutama pelanggan yang selama ini setia menggunakan TransNusa sebagai pilihan terbaik pengangkutan udara mereka.”

“Sesuai dengan tagline ‘Safe, Affordable, and Comfortable’ (Selamat, Jimat dan Selesa), kami berharap kehadiran TransNusa yang menghubungkan Jakarta - Kuala Lumpur - Jakarta dengan tawaran harga dan pakej terbaik, akan lebih menguntungkan pelanggan serta menjadi pilihan orang ramai yang ingin pulang serta melancong semasa cuti raya nanti,'' katanya.

Jelas Bayu lagi, penerbangan dengan TransNusa, laluan domestik dan antarabangsa dari dan ke Jakarta, beroperasi di Terminal 3 Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, dengan kod penerbangan 8B dan menggunakan pesawat AIRBUS A320 Neo dan A320 Ceo baharu.

“Daripada rekod 2022 PT Angkasa Pura II (Persero) sebagai pengurus Lapangan Terbang Soekarno-Hatta, Malaysia masih antara laluan penerbangan antarabangsa kegemaran. Selain untuk tujuan perniagaan dan pelancongan, Malaysia juga merupakan negara destinasi pilihan mahasiswa Indonesia untuk melanjutkan pelajaran,'' jelanya.

Beliau berkata, menerusi data ini, ia dapat dilihat bahawa keperluan orang ramai terhadap pilihan pengangkutan udara ke laluan ini masih sangat tinggi.

Kuala Lumpur, katanya adalah titik permulaan bagi TransNusa yang menghubungkan pasaran domestik dan antarabangsa.

Pada masa hadapan, pihaknya akan terus mengembangkan sayap untuk memenuhi keperluan setiap penumpang, baik dalam kalangan pelancong, ahli perniagaan mahupun pelajar untuk melakukan penerbangan domestik dan luar negara dengan selamat, jimat dan selesa,” ujar Bayu.

TransNusa sentiasa melaksanakan protokol kesihatan dan mengajak semua penumpang untuk turut memenuhi keperluan perjalanan mengikut peruntukan terkini yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Untuk berita, aktiviti, promosi dan maklumat terkini, ikuti Instagram TransNusa di @transnusa.idn dan Facebook di TransNusa Indonesia. - Getaran, 2 April 2023 

Isu Pada

Ismail Izzani: Muzik Motivasi Saya

01 Apr 2023

Sorotan

1

3 Lemas, 3 Masih Hilang Dalam Kejadian Kepala Air Di Lahad Datu

2

Agong, Raja Permaisuri Tiba Di Singapura Untuk Lawatan Negara Sulung

3

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

4

Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101

5

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

6

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini