Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


4 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

Buntu mahu tonton apa minggu ini? Kami di Getaran ada cadangan. Setiap minggu, kami akan kongsikan empat tajuk yang boleh anda tonton lewat platform-platform penstriman yang ada di negara kita. Semoga terhibur!

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Mar 2023 7:00PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Reunited World (Korea)

Hujung minggu ini apa kata curi masa dengan menonton Reunited World yang dibintangi oleh Yeo Jin-goo, Lee Yeon-hee dan Ahn Jae-hyun sebagai teraju utama.

Cerita ini ditulis dengan indah biarpun ia hanyalah fantasi penulis. Jadi, jika anda tidak keberatan untuk menangis sama ada pada permulaan mahupun di penghujung cerita, drama 40 episod ini adalah untuk anda.

Sebenarnya, dari awal lagi kita sudah boleh meneka bahawa kesudahan cerita ini pasti menyedihkan. Iyalah, mana mungkin orang yang sudah mati boleh kembali dan hidup berlama-lama di dunia. Apabila misinya terlaksana, pasti dia dijemput pulang ke alam kematian. 

Setiap watak berjaya dihidupkan dengan baik setiap pelakon terlibat. Perasan yang paling menyenangkan ketika menonton drama ini ialah, jalan ceritanya tidak memeningkan kepala. Ada sahaja adegan lucu yang mencuit hati. Dalam masa yang sama, penulis dan pengarah bijak mencipta suasana yang menghibakan hati. 

Cerita ini memberikan mesej ringkas supaya setiap individu perlu menjalani hidup untuk diri sendiri, bukannya untuk orang lain. Anda harus tetap hidup untuk diri sendiri kerana itu akan membuat orang yang disayangi lebih gembira, bukan melakukan sesuatu yang bodoh. 

Drama ini mengisahkan tentang Sung Hae-sung (Yeo Jin-goo), seorang pelajar sekolah menengah atas. Pada hari lahir Hae-sung, teman wanitanya Jung Jung-won (Jung Chae-yeon) mahu membuat kejutan untuknya di rumah keluarga Hae-sung. 

Untuk melengahkan masa, Jung-won memintanya pergi ke sekolah untuk mengambil dompetnya yang kononnya tertinggal. Sebaik tiba di sekolah, Hae-sung dikejutkan dengan insiden mengejutkan. 

Ketika cuba mendapatkan bantuan, dia dilanggar sebuah kereta dan meninggal dunia. 12 tahun kemudian, Hae-sung bangun di bumbung bangunan sekolahnya, dan dia bertemu Jung-won (Lee Yeon-hee) sekali lagi. Tonton siri ini di Netflix. – Rahayu MN 

 

Vaathi (Tamil)

Disenarai antara filem yang trending di platform Netflix, Vaathi merupakan sebuah filem aksi yang   daripada  pengarah terkenal kollywood, Venky Atluri.

Dibintangi bakat yang memiliki ‘full package’ seperti Dhanush bersama Samyuktha dan Samuthirakani, ia menjadikan filem Vaathi ini, antara wajib ditonton dalam senarai hujung minggu anda! 

Filem karya kontemporari yang berlatar era 90-an ini membawa kisah seorang kehidupan guru muda dan perjuangannya melawan privatisasi pendidikan.

Kisahnya bermula apabila tiga pelajar kolej menemui sebuah kotak yang mengandungi sejumlah tape video yang memaparkan seorang sarjana sedang mengajar subjek matematik yang sukar dengan cara  mudah. Mereka kemudian terjumpa satu resit yang tertulis nama A. S. Murthy. 

Mereka menyangka bahawa A.S. Murthy adalah sarjana tersebut dan cuba mencari lelaki itu, namun diberitahu bahawa dia bukanlah seorang pensyarah tetapi hanyalah sekadar anak murid. 

Untuk menyelesaikan rasa ingin tahu mereka tentang sarjana itu, mereka terpaksa mencari A.S Murthy. Adakah pencarian mereka itu berjaya? Dan, siapakah sarjana itu sebenarnya? Untuk mengetahui kesudahannya, jangan lupa tonton ‘Vaathi’ di Netflix. - Rubini Nagarajah

 

Men Of Honor (Hollywood)

Sebuah filem aksi diinpirasikan dari kisah benar tentang jurulatih selam pertama Afrika Amerika kulit hitam dalam Angkatan Laut Amerika (US Navy), Master Chief Petty Officer, Carl Brashear. Carl lakonan Cuba Gooding Jr. telah menyertai Angkatan Laut Amerika tersebut dan telah mengikuti kursus kemahiran pakar menyelam. 

Keazaman Carl dalam melaksanakan pelbagai ujian telah dibuktikan setelah dia berjaya menghabiskan tugasan yang diberi dengan jayanya walaupun berlaku sabotaj yang diarahkan oleh pihak atasan terhadapnya bagi memastikan dia gagal dalam kursus tersebut.

Setelah itu, Carl diuji sekali lagi dengan sebuah kemalangan di atas kapal yang menyebabkan kaki kirinya cedera parah sehingga terpaksa dipotong.

Namun dia mengambil keputusan untuk terus berkhidmat dengan menjalani beberapa ujian untuk menyatakan dia masih mampu untuk menjadi penyelam.

Filem yang diarahkan oleh George Tillman Jr ditayangkan pada 2000 ini  boleh ditonton menerusi saluran Netflix. – Izwan Ramlan

 

We Have A Ghost (Hollywood)

 

Sebuah filem supernatural komedi seram, We Have A Ghost yang diterbitkan Netflix pada tahun ini diadaptasi daripada cerita pendek, Ernest karya Geoff Manaugh pada 2017. 

Ia diarahkan Christopher Landon dan dibintangi  David Harbour, Jahi Winston, Tig Notaro, Jennifer Coolidge dan Anthony Mackie. 

Kisah bermula apabila keluarga Presleys telah membeli sebuah rumah yang terlalu rendah harganya di pasaran. Walaupun pada mulanya mereka agak curiga dengan harga rumah tersebut, namun ejen rumah telah menyakinkan mereka bahawa pasaran harga rumah itu memang rendah selama ini. 

Apa yang keluarga Presleys tidak tahu bahawa rumah itu sebenarnya berhantu. Pada malam pertama, Kevin iaitu anak bongsu kepada keluarga Presleys tidak dapat tidur kerana terdengar bunyi-bunyian di loteng rumah tersebut. 

Kevin cuba menyiasat dan mendapati bahawa rumah itu didiami hantu bernama Ernest. Biarpun Ernst berusaha menakutkan Kevin, namun anak muda langsung tidak takut, bahkan tertawa apabila melihat Ernest berusaha menakut-nakutkan dirinya. Mereka akhirnya menjadi kawan. 

Rahsia Kevin berkawan dengan hantu itu akhirnya diketahui oleh abangnya, Fulton dan Fulton kemudian memberitahu perkara itu kepada bapa mereka, Frank. Tersedak untuk mencari duit, Frank telah memuat naik footage hantu Ernest di dalam saluran YouTube mereka dan dalam sekelip mata mereka bintang internet yang masyhur. 

Biarpun pada awalnya, Frank dan Fluton dikaburi dengan kemasyhuran tersebut, namun akhirnya ia turut mendatangkan pelbagai masalah buat keluarga tersebut . Apa seterusnya berlaku? Ikuti filem We Have A Ghost di Netflix – Ellyna Ali 

Isu Pada

Thanuja Ananthan Bukan Hanya Glitz And Glam

25 Mar 2023

Sorotan

1

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

2

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

3

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

4

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

5

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

6

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

7

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya