Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Bertamu di The Langham Jakarta Yang Jenamanya Sudah 158 Tahun Mendunia 

Bawalah diri ke The Langham Jakarta untuk pengalaman percutian yang luar biasa, tenggelam dalam kemewahan dan biarkan diri dilayan bagaikan puteri raja. 

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Mar 2023 8:05PM

Hotel The Langham Jakarta tersergam mewah di tengah-tengah kota Jakarta dan menjanjikan sebuah percutian serba mewah yang pastinya menjadi idaman ramai. - Gambar oleh Rahayu MN dan The Langham Jakarta

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jakarta, kota yang tidak pernah tidur dan sentiasa menjadi pilihan pengembara dari seluruh pelusuk dunia. Ia adalah destinasi pelancongan yang menjanjikan kepelbagaian. Sesuai untuk percutian menjimatkan, juga ideal untuk yang mendambakan pengalaman serba mewah. Tepuk dada, tanya selera, percutian yang bagaimana didambakan jika terbang ke sini. 

Bagi yang gemarkan kemewahan, bawalah diri ke The Langham Jakarta untuk pengalaman percutian yang luar biasa. Dua tahun ‘mengunci’ diri ke negara sendiri, mungkin inilah masanya untuk anda membawa diri, tenggelam dalam kemewahan dan biarkan diri dilayan bagaikan puteri raja. 

Anggap sahaja wang dibelanjakan adalah untuk terapi diri. Tutup telinga dengan cakap-cakap mereka yang ‘dengki’. Duit anda, anda yang tentukan. Asalkan anda bijak merancang perbelanjaan!

Jadi, mengapa The Langham Jakarta? Hotel yang tersergam mewah di tengah-tengah kota Jakarta ini menjanjikan sebuah percutian serba mewah yang pastinya menjadi idaman ramai. 

Memiliki 223 bilik dan suite yang luas, setiap kamar atau bilik di sini telah direka dengan teliti.
Memiliki 223 bilik dan suite yang luas, setiap kamar atau bilik di sini telah direka dengan teliti.

Dibina dengan megah di kompleks berprestij baru Daerah 8 di SCBD (Daerah Pusat Perniagaan Sudirman), hotel ini adalah penginapan yang sempurna bagi mereka yang mencari ketenangan, namun lebih suka kekal dekat dengan pusat bandar. 

Bahkan, anda tidak perlu pergi jauh untuk membeli-belah kerana ia bersebelahan dengan pusat membeli-belah dan dikelilingi oleh pelbagai kedai, restoran dan butik.

Ingin penulis memberi cadangan, manfaatkan masa dengan sebaik-baiknya apabila menginap di The Langham Jakarta. Adalah lebih baik jika anda memilih percutian ‘staycation’ selama beberapa hari di sini sebelum atau selepas sibuk mengembara ke luar kota Jakarta. 

Berendam dalam tab mandi juga adalah cara untuk mengatasi tekanan.
Berendam dalam tab mandi juga adalah cara untuk mengatasi tekanan.

Penulis yang membawa diri ke sini pada Januari lalu merasakan masa berlalu begitu pantas kerana ada banyak aktiviti yang boleh dilakukan di dalam hotel. Boleh bermalasan di bilik, berenang di dua kolam renang yang menjanjikan pemandangan kota, memanjakan diri di spa serta menjamu selera dengan pelbagai hidangan hebat. 

Tiga hari, dua malam menghabiskan masa berkualiti bersama teman rapat memang berbaloi. Pengalaman yang dikutip adalah lebih bernilai daripada harga yang kami bayar.

Anda boleh berenang di dua kolam renang yang menjanjikan pemandangan kota yang menarik.
Anda boleh berenang di dua kolam renang yang menjanjikan pemandangan kota yang menarik.

Memiliki 223 bilik dan suite yang luas, setiap kamar atau bilik di sini telah direka dengan teliti, selaras dengan gaya reka bentuk dalaman kontemporari moden tanpa menjejaskan sebarang kemewahan. Suite dan bilik mempunyai keluasan yang cukup selesa, bilik mandi yang elegan serta akses internet berkelajuan tinggi yang lengkap dengan sistem hiburan rumah termasuk saluran TV satelit. 

Mengintai ke tingkat 6 hotel, di sinilah terletaknya Chuan Spa yang menjanjikan rawatan badan untuk sebuah kelegaan. Tetamu hotel boleh menikmati rawatan tanpa ragu-ragu di spa seluas 670 meter persegi yang menawarkan bilik rawatan peribadi serta pusat kecergasan yang serba lengkap 

Berenang sambil menikmati pemandangan kota raya Jakarta yang menakjubkan.
Berenang sambil menikmati pemandangan kota raya Jakarta yang menakjubkan.

Tidak ketinggalan kolam renang infiniti dalaman tertinggi di Jakarta dengan pemandangan bandar yang menakjubkan. Di sinilah tempatnya untuk anda merakam memori sepuas-puasnya untuk dijadikan kenangan. 

Menjamu selera di restoran berbintang Michelin

Restoran berbintang Michelin ini menjanjikan pengalaman kulinari yang lain daripada yang lain. - Gambar oleh Rahayu MN
Restoran berbintang Michelin ini menjanjikan pengalaman kulinari yang lain daripada yang lain. - Gambar oleh Rahayu MN

Jika bilik yang ditempah berserta dengan hidangan sarapan pagi percuma, jangan sesekali malas bangun pagi untuk menjamu selera di Tom’s by Tom Aikens. Restoran berbintang Michelin ini menjanjikan pengalaman kulinari yang lain daripada yang lain. 

Anda boleh makan sepuas-puasnya dengan hidangan yang tersedia di kaunter ataupun memesan hidangan yang tersedia di daftar menu yang ada di atas meja. Ada pilihan citarasa barat dan juga tempatan, seperti nasi goreng, soto ayam dan mi goreng. 

Ambil masa untuk menghayati setiap menu yang dipesan, kerana tiada sesiapa yang akan menghambat anda keluar. Sebaliknya, setiap permintaan anda akan dipenuhi dengan sebaik-baiknya.

Memandangkan anda telah bersarapan bagaikan raja, mungkin anda tidak punya nafsu untuk makan tengahari dek kekenyangan. Jadi bolehlah bermalasan di bilik atau curi masa sebentar untuk meneroka setiap inci hotel yang menawarkan dekorasi indah. Pakai cantik-cantik, heret telefon pintar, dan bidik telefon kamera anda ke sudut-sudut yang anda rasakan menarik perhatian.

Suasana di bahagian lobi hotel dengan rekaan yang menarik.
Suasana di bahagian lobi hotel dengan rekaan yang menarik.

Pabila perut kembali lapar, panjangkanlah kaki ke Alice, kafe yang terletak di pintu masuk utama hotel ini. Untuk pengetahuan anda The Langham London merupakan hotel pertama yang menyajikan minum petang pada tahun 1865 dan sejak itu tetamu terus menghargai keseronokan petang ini di semua hotel The Langham di seluruh dunia. 

Di Jakarta, legasi minum petang The Langham diteruskan di Alice di mana tetamu boleh bersantai di di emporium makan yang indah dan gah. Minum petang yang berharga Rp298,000 ++ ini dihidangkan pad setiap hari dari jam 2.00 hingga 6.00 petang.

Jelas sekali, The Langham Jakarta menepati namanya sebagai hotel lima bintang di tengah-tengah CBD Jakarta. Pengalaman yang dikutip pasti menggamit memori dan membuatkan anda terasa ingin kembali. Sesekali menikmati pengalaman mewah, apalah salahnya! - Getaran, 19 Mac 2023 

Isu Pada

Thanuja Ananthan Bukan Hanya Glitz And Glam

18 Mar 2023

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi